webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 73 : I love you too Nerd.

Senyap sahaja suasana dalam pesawat itu. Semua orang tenggelam dalam dunia masing-masing. Tiada satu suara pun kedengaran, kecuali turbine pesawat tersebut.

Sambil menguntil hujung jari telunjuk runcing milik Daniel, Zara termenung memandang keluar tingkap pesawat. Melihat awan putih yang sedang disimbahi matahari yang mahu terbenam melalui tingkap kaca pesawat.Terbenam dengan semua perasaan sedihnya bersama di senja itu.

Perlahan-lahan dia palingkan kepala."Dah selesai jugak semua akhirnya..."keluh Zara dengan lega."Dapatlah saya berehat lepas ni dengan aman..."selorohnya sambil memandang Taylor yang duduk di depannya.

Taylor bertentang mata dengan Zara. Lama dia tenung mata itu sebelum menundukkan mata selepas mendengarnya. Tiada hati hendak bersuara. Takut kalau dia bersuara terkeluar perkataan yang tak sepatutnya.

Daniel memaling kepala ke sebelah kiri. Memandang tepi wajah Zara sewaktu gadis itu tersenyum lega.

"

"Semua perkara yang awak ingin telah pun di laksanakan Zara..."ujar Daniel di sebelah.

"

"Umm..."jeda Zara dengan lemah. Waktu itu dia merasakan tenaganya semakin berkurangan. Hendak bernafas pun susah apa lagi bercakap.

"Sekarang boleh awak tunaikan permintaan saya pula?"tanya Daniel.

Zara perlahan-lahan memalingkan kepala ke kanan. Memandang lemah ke arah Daniel. Lalu mengangguk kepala dengan renungan redup ke mata Daniel.

"Sudah tentu. Apa permintaan awak?Selagi saya mampu saya akan cuba tunaikannya.." balas Zara dengan senyuman nipis di bibir.

"

Daniel menanggalkan seatbeltnya. Lelaki itu tiba-tiba sahaja melutut sebelah kaki di depan kaki Zara lalu mengocek sesuatu dari poket jaket. "

Daniel mengangkat kepala saat mengengam sesuatu di dalam tangan. Mata dibalik cermin mata bingkai petak itu kemerahan."Zara Delisha...""sebut Daniel sambil membuka bekas baldu biru di depan Zara. Menayangkan sebentuk cincin di dalamnya. "Sudikah awak menjadi isteri saya?"lafaz Daniel dengan gumpalan sendu di dalam kerongkong.

Bibir pucat Zara mengukir senyuman nipis. Wajah pucat lesi wanita itu berseri ceria.

"

"Yes.""sebut Zara dengan tenggelam timbul.

Daniel mengeluarkan cincin itu dari kotak lalu disarungkan ke jari manis  tangan kanan Zara lalu dikucup. Lelaki itu kemudiannya melutut kedua-dua kaki dan memeluk Zara dari lantai pesawat itu. "

"I love you Loser..."ucap Daniel dengan sedih. Dia tahu yang dia akan terluka lebih daripada ni. Tapi ianya adalah perkara yang dia perlu lakukan untuk berikan kebahagiaan terakhir buat insan yang dicintainya ini.

Zara membalas pelukan itu. Waktu itu dia berasa sangat letih dan mengantuk. Matanya yang berat minta di tutup.

"I love you too..Nerd..""lafaz Zara sambil memejam mata dan melentokkan kepala ke bahu Daniel.

Daniel tunduk lalu menangis di bahu Zara. Dia memeluk badan Zara dengan sebak. Bahu lelaki itu menggigil teruk kerana menangis tanpa suara.

Zara menepuk lembut belakang badan Daniel. Bibir pucatnya menarik senyuman bahagia. Segala keinginannya telah pun dikecapi. Insan dalam hidupnya sudah pun bahagia. Dan permintaan terakhir dia sudahpun terlaksana. "

"Shhh....jangan menangis. It okay. I'm happy." pujuk Zara apabila dia mendengar esak tangis dari Daniel. "Awak tahu, ramai-ramai lelaki yang saya pernah kenal, awak adalah satu-satunya lelaki yang paling banyak menangis..dibandingkan dengan saya..."gelak Zara dengan perlahan.

"

"Jangan tinggalkan saya Zara...""nangis Daniel yang menyembamkan mukanya ke ceruk leher Zara.

"Ya...saya tak tinggalkan awak. Ada jer dekat sini.."senyum Zara sewaktu memandang Taylor di depannya. Terus dia hulur tangan pada lelaki itu. "Maafkan saya sebab tak dapat nak bahagiakan awak..."ujar Zara yang sebenarnya ditujukan pada Taylor. Tapi dia tidak luahkannya. Dia tahu Taylor cukup bijak untuk faham.

Taylor pandang tangan Zara dengan renungan teringin dan mahu, tetapi teragak-agak. Bibir bawahnya digigit kerana sebak.

Zara mengenggam lepas tangan, mengisyaratkan dia mahu Taylor capai tangannya.

Akhirnya Taylor mengalah. Lelaki itu mencapai tangan Zara sebelum tertunduk menekup muka dengan sebelah tangan dan mula menangis.

Zara melepaskan hela nafas lega lalu tersenyum saat memejam mata sebelum kepalanya terlentok di bahu Daniel. Dan tangan yang sedang menepuk belakang badan Daniel kemudiannya jatuh longlai tidak berdaya.

Hal itu disedari Daniel apabila dia tidak lagi merasakan kehangatan dari tubuh itu.

Esak tanggis Daniel semakin kuat ke dengaran selepas itu. Lelaki itu masih melutut dan enggan melepaskan pelukan tersebut.

"Saya janji pada awak Zara untuk hidup bahagia..."ucap Daniel dalam tanggis sedu sedannya.