webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 7 : Mission Impossible

Satu. Dua.

Dua kelibat kepala muncul di bawah plak plastic berwarna hijau pekat dengan tulisan putih yang tertulis perkataan 'WAKTU LAWATAN TAMAT PADA JAM 8 MALAM'.

Dua orang jururawat bertugas sedang tekun menghadap komputer sambil memeriksa papan carta pesakit sewaktu dua orang berpakaian serba hitam menyelinap sorok dari tepi dinding ke tepi dinding sepanjang koridor sebelum berhenti semasa jururawat lain melintasi keluar melewati lorong depan mereka.

Setelah memastikan kawasan clear dan selamat, dua orang itu bercakung dan mula jalan itik melintasi meja dua orang jururawat tadi. Sebab terlalu cemas seorang dari mereka jatuh melungkup di atas lantai dan berakhir dalam kedudukan merangkak.

Suasana tegang itu seumpama mereka sedang jalani mission impossible.

Selepas merangkak dengan senyap dua orang itu kembali berdiri dan mula jalan menjengket kaki menghampiri satu dari pintu di situ dan masuk ke dalam ruangan pesakit.

Dan orang terakhir yang masuk tadi memandang sekeliling buat kali terakhir seperti memeriksa tiada siapa yang nampak, pintu wad itu di tutup dengan senyap.

Krit~~

Perlahan-lahan pintu wad berpemegang besi itu terbuka sebelum satu kepala terjegul di kuakan pintu dan diikuti kepala ke dua.

"Dah tidur ke?" bisik Sarah.

Krit~~

"Nenek...?"bisik Zara sambil jalan menjengket mendekati katil dimana wanita dengan topeng oksigen di muka.

Sarah toleh ke arah pintu sekali sekala, takut kalau tiba-tiba ada orang terjah masuk dan menangkap mereka sebab pecah masuk hospital pada waktu tamat melawat.

"Zara?"balas Belinda dengan suara serak baru terjaga dari tidur.

Zara tersenyum senang.

"Nenek!"sebu dada Zara selepas mendengar suara itu. Lama dah dia tak dengar suasa neneknya sejak wanita itu dibawa masuk ke hospital sebab komplikasi jantung tersumbat.

"Apa kamu buat di sini?"soal Belinda yang memandang ke arah Sarah yang menarik senyum kambing sambil melambai tangan ke arahnya. "Dia tahu kamu di sini?"soal Belinda dengan nada cemas.

Zara duduk di kerusi sebelah katil sambil mencapai tangan Belinda. Mengucupnya dengan kasih. Susah dia nak jumpa neneknya. Iaitu ibu kepada ibu kandung Zara.

Satu-satunya wanita yang tahu siapa ibu kandung Zara.

"Tak...dia tak tahu..kalau dia tak tahu mana mungkin Zara ada dekat sini..."bisik Zara. "Maafkan Zara nenek. Sebab ambil masa yang lama untuk jumpa nenek."

Dah masuk lima bulan Belinda di tahan dekat hospital. Tapi Zara langsung tiada peluang untuk jumpa neneknya kerana sering sahaja di halang dan di tegah dengan ayahnya sendiri.

Punca kenapa dia perlu berkelakuan seperti penjenayah sekarang semata hendak melawat neneknya dan melanggar begitu banyak peraturan.

Belinda menatap sedih wajah cucu bongsunya.

"Maafkan nenek sayang..."

Zara menggeleng kepala, dia mengusap pipi Belinda dengan belakang buku ruas tangannya.

"It okay...bukan salah nenek..."Zara memberi senyuman mesra pada Belinda.

Sarah yang semakin resah itu berdesis keras.

"Kita kena gerak sekarang!"

Zara berpaling memandang Sarah sebelum kembali memandang Belinda.

"Nenek...Zara tak boleh lama."Zara kucup dahi Belinda dengan kasih sebelum bangun dari situ. "Nenek...tunggu Zara. Zara janji Zara akan bawa mama balik secepat mungkin..."bisik Zara dengan tergesa-gesa sebelum berjalan mendekati pintu wad tersebut.