webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 60 : ...demi kebaikan semua

Sambil berjalan riang masuk ke kafe itu Zara menolak daun pintu kaca itu sebelum bertentang mata dengan Emily yang berdiri di depan meja berdekatan dengan pintu tersebut

"Kak Em!"panggil Zara dengan girang.

Emily tersentak. Terus dia meletakkan gelas dan kain buruk di tangan pada meja sebelum mendapatkan Zara.

"Oh my goodness...you here. Where have you been Zara...dah lama saya tak nampak kamu?"soal Emily sambil memberi pelukan hangat pada Zara.

Zara ketawa kecil dengan reaksi Emily. Dia membalas pelukan itu dengan perasaan hiba dan gembira dalam masa yang sama.

"Tak ke mana...Cuma ada urusan yang tak dapat dielakkan..."kata Zara.

Emily membelek wajah Zara dengan kening berkerut.

"Kamu nampak kurus..."

"Mana ada..biasa jer..."Zara menurunkan tangan Enily dari pipinya. Lalu diramas lembut tangan wanita itu. " Sebenarnya saya datang sini sebab nak beritahu dekat kak Em yang saya akan berhenti kerja di sini..."

Air muka ceria Emily terus menjadi muram selepas mendengarnya. Senyuman dibibir terus hilang.

"Berhenti?"soal Emily dengan nada kecewa.

Zara mengangguk kepala sambil mengetap bibir.

"Ya...memikirkan saya ada banyak perkara hal yang perlu diuruskan dan tak dapat bertugas dengan baik. Seeloknya saya berhenti supaya tidak menganggu flow perniagaan kak Em dekat sini..."kata Zara.

Emily memegang tangan Zara dan mula merengek.

"Janganlah pergi. kerja jer bila kamu free...saya tak kisah..."rayu Emily.

Zara memegang tangan Emily dengan senyuman lebar di bibir.

"Janganlah sedih. Saya berhenti sebab nak uruskan hal saya. Bila saya dah selesai saya datang lah ke sini..."

Emily tunduk sedih memandang tangan Zara. Sejuk sangat tapak tangan gadis itu. Hairan dia.

"Lama ke?"tanya Emily.

"Sekejap jer."jawab Zara bersama senyuman maaf pada Emily."Kak Em jangan lah tunggu saya. Kalau nak upah pekerja lain. Upahlah...saya tak apa-apa"minta Zara yang mulai mahu menangis. Tapi dia tetap paksa bibirnya mengukir senyuman.

Ya, jangan tunggu dia sebab dia takkan dapat kembali ke sini sekalipun dia mahu.

Emily mengangkat kepala. Hairan dengan cara ucapan Zara. Entah kenapa dia rasa seperti Zara bakal meninggalkannya buat masa yang lama.

"Okay."angguknya.

Zara menghulur tangan lalu menarik Emily ke dalam pelukan. Memeluk wanita yang telah menyara hidupnya selama lima tahun ini. Wanita yang telah membantu dia untuk teruskan hidup. Menemani dia sewaktu dia perlukan kawan. Menjadi penasihat dan pendengar sewaktu dia kesunyian.

"Kak Em...Zara nak ucapkan terima kasih untuk segalanya. Sekiranya ada salah kata atau terkasar sikap dengan kakak harap maafkan..."ucap Zara sambil menggosok belakang badan Emily dengan kasih. Dia tak nak lepaskan pelukan ni.

Emily mengangguk kepala. Tiba-tiba sahaja dia berasa sedih dan sebak.

"Kamu pun sama Zara."

Zara merehatkan kepalanya ke bahu Emily. Menggosok belakang badan wanita itu untuk menenangkan Emily. Alangkah bagusnya kalau semua ni tak menimpa dirinya.

"Maafkan salah silap Zara. Sekiranya Zara ada sakiti kak Em dalam diam atau terang-terang Zara minta direlakan..."ucap Zara sambil memandang ke lantai.

Emily menolak Zara supaya mereka berpisah peluk. Dia pandang pelik dengan tingkah laku Zara. Terus dia pukul lengan Zara main-main.

"Apa ni kenapa cakap macam kamu nak tinggalkan saya terus?"soal Emily.

Zara hanya ketawa mendengarnya.

"Mana ada."katanya.

"Jangan risau..sepanjang masa kamu di sini. Saya tak pernah terasa atau dikasari dengan kamu Zara..."

Zara menatap wajah Emily dengan rasa sedih dan hiba yang amat sangat.

"Maafkan Zara sebab pergi macam ni...ianya demi kebaikan semua. Zara tak nak orang lain bersedih kerana Zara."ucap Zara dalam hati.