webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 55 : Maafkan mama

Zara pegang lengan Kennedy. Menarik gadis itu bersama naik ke atas pentas sewaktu dia jalan menaiki tangga. Membuatkan Kennedy kebingungan tetapi dia turutkan. Damon dan Sarah memandang bingung ke arah tindakan Zara.

"Apa kau cuba lakukan ni?""bisik Sarah dengan kening berkerut.

"Kau tak dengar ke apa yang pengacara tu katakan?"kata Zara.

Zara pandang Damon dengan renungan berharap lalu mencapai tangan lelaki tu dan di letakkan tangan Kennedy ke atas tapak tangan Damon. "

"Dia adalah pilihan yang betul...""sebut Zara sebelum undurkan diri.

Flash kamera mula menyimbahi pentas tersebut. Sarah yang kebingungan memandang Damon. Meminta lelaki itu melakukan sesuatu. Waktu itu Benz muncul membisikan sesuatu pada Damon. Damon mengetap rahang selepas dia mendengar bisikan itu. dan terus mencapai cincin dari Sarah lalu disarungkan ke jari Kennedy.

Muat-muat. Tak longgar tak ketat!

Damon tersentak, baru dia sedar apa yang sedang berlaku. Zara telah rancang terlebih dahulu semua perkara ini.

Dari cincin dan lakonan yang dilontarkan Zara untuk buatkan hal ini seperti dirancang oleh James sendiri.

Damon memaling kepala ke arah Zara sewaktu gadis itu menuruni tangga.

James yang melihat kejadian itu terus jalan mencelah tetamu di situ untuk mendapatkan Zara. Sementara Kennedy, Sarah dan Damon yang masih kebingungan berdiri di atas pentas sambil tersenyum di depan kamera dan media berita.

"Ikut ayah!"deram James dengan berang.

James menarik lengan Zara keluar dari dewan itu lalu berdiri di tengah koridor. "Apa kamu fikirkan ha!"bentak James depan muka Zara. "Kamu sedar tak apa kamu sedar lakukan ni!"

Zara sikit pun tidak tersentak malah dia hanya memandang kosong ke wajah James.

"Kennedy adalah pasangan yang layak untuk Damon..."kata Zara.

"Mereka pilih kamu bukan Kennedy. Kamu cuba malukan ayah depan mereka ke?"

"Tak..bukan malukan kau tapi lindungi kau dari ditipu dengan lelaki tamak bernama Benz tu." fikir Zara dalam hati. "Kau paksa aku buat perkara ni..."kata Zara dengan senyuman sinis.

"

Waktu itulah pintu dewan terbuka. Muncul Sarah, Kayla dan Benz di belakang. Mereka semua berwajah berang.

"James apa semua ni?""soal Benz dengan berang. ""Kau cuba permainkan aku ke!"

James memandang ke  Benz dengan kening mencerlung. "

"Aku tak tahu apa yang berlaku..."nafi James.

"Kau tahu...bukan ini perjanjian kita...""Benz berdiri di depan James sewaktu Sarah menarik Zara ke tepi.

"Apa semua ni Zara?Kau setuju untuk tunang dengan Damon kenapa tiba-tiba kau pasangkan Kennedy dengan dia pulak...!"marah Sarah.

"Asal kau marahkan aku..pengacara tu sendiri yang war-warkan nama Kennedy bukan aku.." jawab Zara dengan bersahaja.

" Aku tahu semua ni rancangan kau Zara...kau ingat aku tak tahu...kenapa dengan kau ni!"

"Lagipun Kennedy sukakan Damon..bukan aku apa salahnya."kata Zara.

"Huh?Apa kau merepekkan ni?Damon sukakan kau bukan dia...kalau tak mananya dia nak bertunang dengan kau...!""luah Sarah keberangan.""Kau tak suka orang permainkan kau...tapi tengok sekarang siapa permainkan siapa! Kau marah aku sebab tak berkata benar pada kau! Sekarang siapa yang tak jujur?"marah Sarah.

Zara ketawa mengejek lalu menyilang tangan ke dada.

"Macam mana...seronok tak rasa dipermainkan? Suka bila rasa kepercayaan yang kita dah bagi dimusnahkan macam tu je?"tanya Zara.

Kayla yang sejak tadi berdiri di situ hanya memerhati kekalutan tersebut.

Benz sedang memarahi James.

Sarah yang sedang mengamuk depan Zara.

Kayla sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak menyangka Zara akan lakukan keputusan sebegini.

Kayla memandang ke arah Zara. Kebetulan waktu itu juga Zara memandang ke arahnya dengan renungan kosong sebelum kembali memandang Sarah.

"Habis tu kau nak batalkan pertunangan ni?"soal James pada Benz.

"

"Putus?Kau gila?Habis jatuh saham aku nanti kalau dia orang dengar aku putuskan tunang lepas tak sampai satu hari. Dah kalau benda dah jadi ya tak boleh nak buat apa..."renggus Benz sebelum berlalu pergi dari situ setelah tidak mampu hendak bertekak lagi.

Meninggalkan James di situ.

James berpaling apabila mendengar suara marah-marah Sarah di belakangnya.

"

"Kau tahu...aku menyesal sebab berkawan dengan kau!Dasar manusia tak ada hati dengan perasaan. Sebab hal kecil macam tu kau balas dendam dekat family aku!"bentak Sarah sebelum berjalan pergi. Meninggalkan Zara yang hanya membatu di situ.

James kembali memandang Zara, tanpa amaran terus dia tampar muka Zara sekuat hatinya sampai tercampak Zara ke dinding sebelum duduk bersimpuh di atas lantai.

Kayla yang lihat terus mendapatkan James.

"

"Awak berhenti!""tegah Kayla sambil memegang bahu James.

"Dasar anak tak sedar di untung! Kau dah malukan aku depan Benz. Rosakkan rancangan aku dengan idea tak masuk akal kau! Dah lama aku sabar dengan kau tahu tak! Disebabkan tindakan kau ni!Jangan kau mimpi untuk jumpa nenek kau apatah lagi tahu siapa ibu kandung kau yang sebenarnya!"jerkah James dengan berang.

Zara memejam mata saat kepalanya berpinar sakit akibat tamparan itu. Perlahan-lahan dia kebilkan mata dan gagahkan diri untuk dongak memandang James.

"Kau dengan mak kau sama jer! Menyusahkan! Sikit pun tak menyenangkan! Takkan lah tolong ayah kau sendiri tak boleh! Kenapa kau ni pentingkan diri sangat!"jerkah James selantangnya.

"James...hentikannya..."minta Kayla.

James pandang Kayla lalu tolak wanita itu dengan kasar. "

"Ini salah kau dengan anak perempuan kau yang lemah tu! Sebab dia Zara ambil keputusan untuk tunangkan Kennedy pada Damon. Sebab apa?Sebab anak kau yang suka cuba bunuh diri tu tak boleh terima kenyataan Zara lebih bagus dari dia!"bentak James di depan muka Kayla pula.

Kayla tersentak, dia memandang terkedu ke James.

Dengan renggusan kasar James memandang Zara.

"Mulai saat ini. Kau bukan lagi anak aku. Takkan pernah aku mengaku kau anak aku. Apatah lagi satu sen dari harta aku takkan kau dapat. Sekarang keluar. Pergi jauh dari mata aku dan jangan muncul depan aku sampai bila-bila!""James menunding jari ke arah hujung koridor.

Kayla tersedu menangis selepas mendengarnya. Dia pandang serba salah ke arah Zara yang masih terduduk di atas lantai dengan muka berbirat merah kesan tamparan tadi.

James terus berpaling dari situ dengan wajah tegang tanpa perasaan.

Kayla hampir hendak tunduk mendapatkan Zara sebelum suara James di belakang membentaknya.

"Kayla!"panggil James dengan marah.

Kayla pandang Zara dan James silih ganti. Dilema hendak pilih yang mana. Akhirnya dia berpaling ke arah James. Meninggalkan Zara sendirian di situ. "

"Maafkan mama Zara..."ucap Kayla sebelum beredar dari situ.

Akhirnya, senyap juga tempat itu dari suara orang marah-marah.

Zara bersandar lemah di dinding. Kepalanya dongak memandang siling sebelum dia memejam mata. Hela nafas letih dilepaskan panjang.