webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 54 : Damon please awak kena percayakan saya

Seminggu kemudian....

Hampir tertangkap selepas dia selinap kad ucapan yang telah diubah isi kandungannya. Zara sengaja cipta scene untuk tidak buatkan situasi tersebut kekok.

"TAK NAK!"

Suara orang arah kedengaran sayup sebelum daun pintu bilik persiapan terbuka luas dan seseorang keluar berlari keluar diikuti lebih dari lapan orang lelaki bersut berkemeja putih bertali leher hitam di belakang mengejar langkahnya.

"Zara!"panggil Sarah yang bergelut dengan kain dressnya yang labuh menyapu lantai. "Tangkap dia...dia tak pakai kasut lagi tu!"arah Sarah di depan pintu bilik solek dengan kening berkerut. Dari pagi tadi dia tak rehat gara-gara nak heret Zara ke hotel.

Entah angin apa yang dah rasuk Zara, dua hari lepas Zara tak berhenti dari buat perangai. Zara asyik cuba larikan diri, menyorok dan paling teruk histeria menjerit 'tak nak bertunang' berulang kali.

Sarah yang tidak tahu apa yang berlaku sudah diserang migraine sebab tak tidur cukup semata hendak awasi Zara supaya tidak larikan diri.

Pengawal-pengawal keselamatan muncul dari arah depan mengejar. Seperti permainan musang menangkap anak ayam, Zara menyelinap di celah bawah lengan pengawal di situ.

Mereka semua sampai ada yang tersungkur jatuh gara-gara nak tangkap Zara yang lincahnya seekor ayam. Sambil berlari Zara memegang kain dress tinggi-tinggi untuk elakkan dirinya dari terjatuh. Dia toleh ke belakang dimana lelaki-lelaki bersut sedang berlari mengejarnya. Memanggilnya supaya berhenti.

Sekali bila Zara paling ke depan, dia terlanggar seseorang dengan kuat sebab kelajuan dia berlari membuatkan impak perlanggaran itu menjatuhkan mereka berdua ke atas lantai dan saling mengaduh kesakitan.

"Auw..."ngerang orang di bawah Zara sambil memegang belakang kepala.

Tangan Zara berada di atas dada orang itu untuk sokong badannya supaya bangun dari situ.

"Tuan Damon..."ujar suara dari depan.

Zara dongak memandang ke atas dimana empat lelaki bersut tetapi bertali leher biru gelap mendekati mereka berdua.

Bunyi derap kaki berhenti berlari kedengaran dari belakang.

"Cik Zara..."

Damon menopang lengannya untuk naikkan badannya bersama dengan Zara.

"Apa yang dah berlaku ni?"tanya lelaki itu dengan nada jengkel. Damon angkat Zara bangun bersama dengannya sebelum menghadap pengawal-pengawal milik James di depannya.

"Maaf tuan...Cik Zara dia cuba larikan diri.." jawab mereka yang suka sangat tengok Zara dalam masalah. Sebab itu mereka cakap benda yang boleh sakitkan hati orang.

Zara pandang pengawal-pengawal itu dengan kening mencerun. Dia bencikan mereka!

Bencikan mereka sebab James lebih sayangkan pengawal-pengawal dari dirinya. Sampaikan segala yang dikatakan mereka sentiasa di percayai oleh James. Dan sekarang giliran Damon pula untuk menghukumnya seperti James.

Zara tunduk memandang ke lantai.

Damon memegang belakang badan Zara. Tunduk memeriksa Zara sekiranya gadis itu cedera atau sakit. Dia memandang pengawal-pengawal James dengan renungan dingin tanpa perasaan.

"Tak apa. Biar saya hantar dia..."

Dengan patuh pengawal-pengawal James tunduk hormat dan mula memberi laluan.

Zara memandang takut ke arah pintu dimana Sarah dan yang lain berada. Lakonan dia kena berkesan supaya lelaki itu tidak akan mencurigainya.

Damon dengan muka tak ada perasaannya hanya pandang kedepan sewaktu Zara menggoncang lengannya dengan terdesak.

"Awak tak tahu apa yang James tengah rancang...please...letakkan perasaan awak ke tepi. Lindungi apa yang awak miliki...Damon tolonglah..."rayu Zara dengan nada perlahan saat dongak memegang kolar kot Damon dengan kuat.

"James..dia rancang sesuatu....awak tak kenal dia macam mana.."pesan Zara. Sebenarnya James tak ada kaitan pun. Dalam hal ni Zara saja nak letakkan kesalahan tu pada James supaya lakonan ini lebih realistik.

Damon memegang tombol pintu berwarna emas itu lantas menolak pintu tersebut.

Mendedahkan semua orang wanita berdiri dalam ruangan itu memandang mereka berdua.

"Damon...please awak kena percayakan saya"bisik Zara sewaktu Sarah mendekat.

"Itupun..kenapa dengan kau ni Zara?"tanya Sarah sambil menarik Sarah jauh dari Damon. "Lari macam tu jer?Tetamu tunggu tahu tak.."

Damon berdiri situ memandang Zara buat beberapa saat sebelum berpaling dari situ untuk menyertai ayahnya bersama dengan James di ballroom hotel.

Avenue majlis pengumuman pertunangan secara besar-besarannya.

Damon tiba di ballroom tidak lama kemudian. Kehadirannya disambut meriah oleh tetamu di situ yang mana kebanyakannya adalah bekas klien dan ahli lembaga pengarah syarikat.

Seorang demi seorang menyapa Damon. Cuba tarik perhatian lelaki itu, tapi Damon hanya memberi anggukan kecil pada mereka sehinggalah dia tiba pada James dan Benz.

"Datang pun..."sambut Benz dengan senyuman gembira di bibir.

Damon yang lihat senyuman plastic Benz hanya mendiamkan diri. Kalaulah James tahu apa yang tengah berlaku pasti lelaki disebelahnya ini tidak akan mampu tersenyum lagi. "

"Maaf lambat."ucap Damon.

James yang dengar menepuk bahu Damon.

"Tak mengapa..."ucap James.

Damon memandang James dengan renungan curiga. Masih teringat akan kata-kata Zara sebentar tadi.

"Tak lama lagi...kita akan jadi keluarga. Rasa macam tak percaya pulak, permusuhan kita bertukar menjadi besanan pula..."ujar Benz.

James yang dengar menarik senyuman nipis di bibir.

"Ya...betul kata kau tu..."balas James.

Waktu itu pengacara majlis naik ke pentas sambil memegang mikrofon. Sudah mahu memberi ucapan. Menarik perhatian semua orang dalam dewan itu.

Pada masa itu Zara muncul bersama dengan Sarah, Kennedy dan Kayla di tepi pentas.

"Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini."pengacara majlis tunduknmembaca kad ucapannya. "Malam ini kita akan meraikan pergabungan dua buah keluarga besar dalam negara ini..."

Tepukan gemuruh bergema dalam dewan ballroom itu sewaktu semua tetamu bertepuk tangan.

Sepanjang waktu itu James dengar dengar tekun sementara Benz dan Damon saling menjeling antara satu sama lain dengan senyuman sinis di bibir.

"Tanpa membuang masa marilah kita menjemput dua mempelai yang bakal mengikat tali pertunangan mereka iaitu Damon Benz dan Kennedy James...."ucap pengacara itu selepas membaca nama yang tertera pada kad ucapan tersebut.

Semua di situ bersorak gembira dan bertepuk tangan. Sementara James, Benz, Damon,Sarah,Kayla dan Kennedy sendiri terkejut dengan makluman itu. Sementara Zara dengan muka selamba berdiri di sisi Kennedy.

Damon memandang Zara sewaktu dia mendaki tangga. Matanya tidak memandang yang lain sepanjang masa itu. Hanya Zara sahaja yang berada di matanya waktu itu. Sarah datang bersama dulang berisi dua bekas cincin dari bawah pentas sebelum berdiri di sebelah Damon.