webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 47 : Jangan Tinggalkan Saya Zara

Seperti haiwan buas yang menakutkan Daniel jalan merentasi bilik tidur itu dengan langkah yang luas menuju ke arah Zara yang berdiri kaku di depan pintu bilik.

Sementara Zara, yang memerhati lelaki bertubuh otot berketak-ketak sudah menelan air liur takut. Tiba-tiba sahaja wajahnya berasa bahang apabila menyedari betapa hot sekali keadaan Daniel sewaktu marah.

Zara mengangkat kedua-dua tangan ke depan tanda supaya lelaki itu berhenti.

"Senior...saya boleh jela-"kata Zara tersekat di anak tekak apabila Daniel dengan sekelip mata berdiri di depan Zara dan memegang kepala Zara dengan sebelah tangan sementara tangan sebelah lagi memeluk pinggang Zara.

Daniel menarik Zara rapat ke dadanya sebelum Daniel tunduk mengucup bibir Zara dengan kasar.

Tangan Zara naik memegang bilah bahu Daniel. Sedaya upaya menolak bahu lelaki itu supaya menjauhkan diri darinya. Tetapi semakin kuat Zara tolak semakin erat pegangan Daniel pada kepala Zara dan mengucup Zara dengan lebih kasar.

Zara memejam mata dengan erat sambil meronta dalam pelukan lelaki itu. Menjerit di balik kucupan itu kerana kelemasan.

Tangannya menampar-nampar lengan dan bahu lelaki itu, tapi sikit pun tidak melonggarkan pelukan lelaki itu.

Setelah puas, barulah Daniel menjarakkan diri. Itupun sebab dia nak bernafas. Dalam keadaan tercungap-cungap Daniel memandang wajah Zara dengan mata kemerahan dan sembabnya sebab menangis dan tidak dapat tidur lena.

"Jangan tinggalkan saya Zara..."minta Daniel sebelum memeluk Zara. Dia menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Zara. Menghidu bau haruman Zara yang selama ini menjadi ubatnya.

Tetapi selepas Zara jauhkan diri, hidupnya tidak tenang lagi. Malah berkecamuk dan kacau bilau dibuatnya.

Zara yang masih dalam keadaan terkebil-kebil itu berdiri kaku. Langsung tak dapat nak proses kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Disebabkan dia tidak balas pelukan tersebut, Daniel mengeratkan lagi pelukan di badan kecilnya seakan mahu memutuskan udara dari rongga tekak.

"Senior...saya tak bo-leh ber-na-fas ni.." tepuk Zara pada belakang bahu lelaki itu.

Daniel tersentak terus dia leraikan pelukan itu dan memandang Zara dengan risau.

"Huh...awak tak apa-apa?"tanya lelaki itu.

Sambil menggosok dada Zara mengangguk kepala. Dia mengecap bibirnya yang terasa kebas dek di kucup Daniel seakan lelaki itu mahu mengunyah bibirnya bulat-bulat.

Pada masa itu jugalah, Daniel tiba-tiba jatuh terduduk di depan Zara. Membuatkan Zara terkejut lalu cepat-cepat mendapatkan lelaki itu dan memangku kepala Daniel di atas lengannya.

"Senior!"panggil Zara dengan muka cuak. Dah kenapa pulak ni?

Daniel pandang wajah Zara dengan renungan penuh keinginan. Perlahan-lahan dia bawa naik tangannya untuk memegang pipi Zara bersama linangan air mata turun dari tepi pipi.

Kening Zara mencerun kerisauan.

"Taylor!"teriak Zara sekuat hati dengan cemas sambil memandang ke arah pintu.  "Taylor!!!!Cepat!!!"jeritnya lagi.

Zara tunduk memandang wajah Daniel dengan sedih. Tangan pucatnya menekup pipi kemerahan Daniel dengan kasih. Dia menatap sebak wajah lelaki di lengannya. Kenapalah semua orang yang ada di sekelilingnya menderita. Cukup lah kalau dia seorang sahaja.

Teriakan Zara membuatkan pintu bilik itu terbuka, muncul Taylor dan dua orang lagi pengawal yang sama mengiringi Zara di depan pintu.

"Kenapa dengan Daniel ni?"soal Zara sewaktu mereka melutut mengelilinginya.

Taylor mencakung di depan Zara sambil mendapatkan Daniel.

"Jangan risau doktor dalam perjalanan.." maklum Taylor.