webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 38 : Tak apa senior buat perkara yang betul.

Dua minggu Zara mendiamkan diri, tak bertegur sapa dengan Sarah mahupun sesiapa. James acap kali menghubunginya untuk tahu tentang keputusannya tetapi tidak di jawab. Dia hiraukan panggilan itu.

Dan dalam masa yang sama Zara tak hadirkan diri mahupun balik ke hostel setelah dia pulang dari tasik. Kerana pada hari itu kuga Zara telah jatuh sakit. Pengsan sewaktu dalam pelukan Daniel. Maka Daniel lah yang telah menghantar Zara ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pakaian terakhir di masukkan ke dalam beg pakaian sebelum zip di tarik untuk menutup mulut beg tersebut. Kardigen putih lengan panjang yang terdampar di atas selimut yang telah dilipat kemas kemudiannya di ambil tepat semasa pintu bilik air terbuka.

Lelaki bersweater kelabu lengan panjang berpaling ke pintu bilik air. Memandang gadis yang berwajah pucat lesi tiada tenaga berjalan keluar dari tandas tu.

"Dah siap?"tanya Daniel pada Zara yang berdiri depan pintu bilik air.

Zara mengangguk kepala sambil jalan mendekati Daniel.

Daniel bantu Zara memakai kardigen ke badan. sebaik sahaja gadis itu berdiri di depannya.

"Saya rasa awak patut duduk rehat di hospital untuk beberapa hari lagi....""minta Daniel seusai menyarung kardigen ke badan

Zara.

Zara menarik senyuman nipis di bibir sewaktu pandang Daniel.

Dengan bersahaja tangan Daniel melingkar disekeliling belakang badan Zara sewaktu mereka berdua jalan keluar bersama dari bilik itu.

"Saya demam biasa jer lah. Senior yang melebih sampai tahan saya dekat hospital berminggu lamanya.."keluh Zara dengan gelengan kepala letih. Mana taknya. Pishang dia duduk dekat hospital tu tak buat apa-apa sepanjang minggu ni.

"Demam pun boleh jadi penyakit melarat...kalau tak dirawat dengan baik..."bebel Daniel.

Zara menjuling mata kejengkelan. Tak tahu pulak Daniel ni seorang lelaki yang over protective. Ingatkan selama ini Daniel hanya Si Nerd yang pendiam dan pemalu.

Mereka berdua jalan seiring keluar dari hospital lalu menahan sebuah teksi dan naik bersama. Sepanjang perjalanan itu Zara hanya mendiamkan diri. Dia termenung memandang keluar tingkap saat menyandar kepala di dada Daniel.

Teksi tersebut berhenti tidak lama kemudian. Membuatkan Daniel teringat akan sesuatu. Tanpa memandang Zara lelaki itu bersuara.

"Sarah sibuk cari awak..."maklum Daniel dengan perlahan. "Selalu dia datang tunggu depan pintu bilik kuliah. Untuk jumpa awak sepanjang minggu ni..."

Zara yang dengar mengetap gigi menahan sabar. Matanya mulai berkaca dan terasa hangat.

Daniel tunduk memandang ke bawah, membuatkan dagunya berada di atas kepala Zara.

"Saya tak cakap apa-apa. Sebab dia sendiri tak tegur atau tanya saya...maaflah."tipu Daniel.

Daniel tak rasa serba salah pun kalau Sarah tak tahu apa yang berlaku pada Zara. Malah dia sendiri yang elak dari bertemu dengan Sarah supaya Sarah tak dapat berjumpa dengan dia untuk bertanya tentang Zara. Kan sebab Sarah, Zara jatuh sakit!

"Tak apa...senior buat perkara yang betul." jawab Zara dengan perlahan.

Daniel meletakkan tapak tangan di atas tangan Zara yang sedang memegang lengannya. Lalu dia kembali memandang ke depan. Melihat jalan raya sewaktu kesesakan lalu lintas sedang berlaku. Berharap mereka cepat pulang, enggan membiarkan Zara keletihan sangat gara-gara kesesakan itu.

"Zara...saya sarankan awak untuk buat pembedahan secepat mungkin...sekiranya awak tangguhkan. Ianya akan melarat..dan keadaan akan menjadi lebih serius..."

"Saya tahu doktor..tapi peluang untuk sembuh tu tipis..tinggi risiko saya boleh terkorban semasa pembedahan...lagipun kalau berjaya sekalipun..saya akan hilang sebahagian ingatan saya..."keluhnya.

"Sekurang-kurangnya kita cuba..."

Zara menggeleng kepala. "Tak...saya ada banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan. Saya tak ada masa untuk semua tu...jadi doktor, berikan saya ubat untuk buat saya bertahan untuk beberapa tempoh ni. Saya mohon..."

"

Zara mengeratkan pelukannya pada lengan Daniel, inginkan kehangatan dari tubuh lelaki itu kerana dia kedinginan. Ada suara kecil dalam kepala mengatakan dia perlu cepat. Cepat sebelum terlambat.

"Saya perlu pergi satu tempat..."minta Zara dengan perlahan.