webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 29 : Siapa yang tak sedar diri sekarang ni?

Hujung minggu tiba dalam sekelip mata. Zara jalani hari yang lain seperti biasa. Cuma dia jarang berjumpa dengan Daniel kerana lelaki itu sekejap ada, sekejap tak ada.

Dah macam chipsmore pun ada.

Sarah pula dia sendiri nampak dalam bilik sibuk dengan kelas dan latihan. Jadi hari minggu itu dia kerja setengah hari saja di kafe yang mana membuatkan Emily merajuk.

Sebab kebelakangan ni Zara sering sibuk dan jarang berbual dengan wanita itu. Walaupun Zara dah lama bekerja di kafe itu, Emily masih belum kenal Zara sepenuhnya. Bagi Emily, Zara itu seorang wanita perahsia. Malah Emily sentiasa perasan, memang Zara senyum dan ketawa, tapi dalam renungan mata Zara, Emily tahu ada sesuatu yang tersembunyi.

"Kamu nak makan malam dengan family kamu?"soal Emily sewaktu Zara sedang menyarung hoodie ke badan.

"Ya..."jawab Zara semasa memasukkan tangan kiri ke tangan yang satu lagi.

Emily menjengah kepala ke arah pintu kafe sewaktu ia terbuka. Seorang lelaki bersut hitam berjalan masuk memandangnya.

"Hai...selamat datang.."sapa Emily yang membuatkan Zara berpaling.

Lelaki bersut itu serta merta tunduk apabila dia bertentang mata dengan Zara.

"Tuan James hantar saya untuk jemput cik.." maklum lelaki itu.

Emily menjungkit kening. Kagum dia lihat lelaki bersut di depannya. Kacak sungguh!

Zara pandang tak suka pada pengawal keselamatan yang tempoh hari telah merotan dia gara-gara tertangkap pecah masuk hospital neneknya.

Lelaki bersut itu buat muka toya minta penamparnya pada Zara sewaktu Zara menjelingnya.

Zara kemudian memaling muka ke Emily.Dia tersenyum memandang Emily lalu menyandang beg ke bahu.

"Saya pergi dulu...kalau saya free saya masuk kerja...sabtu ahad nanti baru saya full..." maklumnya.

"Mm...okay. Jumpa lagi."balas Emily.

Zara berjalan ke depan sambil toleh ke Emily. Melambai riang ke arah kakak kesayangan

a.k.a bosnya.

Pengawal keselamatan tadi kemudiannya berdiri memegang pintu untuk Zara dan mengekori Zara dari belakang sejurus Zara berjalan keluar dari situ.

Sebelah tangan membuka pintu kereta, sebelah lagi lelaki itu memegang belakang badan Zara saat memimpin Zara masuk ke dalam perut kereta tapi Zara tampar tangan tu jauh darinya.

Terus Zara masuk ke dalam kereta dan menarik pintu itu tutup sebelum sempat pengawal itu menutup pintu untuknya.

Zara memasang seatbeltnya lalu menopang dagu pada pemegang pintu dan melemparkan pandangan keluar tingkap.

Entah bila sampai Zara tidak sedar kerana dia termenung sepanjang perjalanan itu. selepas kereta itu berhenti, Zara terus buka seatbelt dan keluar dari kereta itu dengan sendiri.

Enggan di iring atau di bantu oleh sesiapa.

"Selamat pulang cik muda..."sambut maid di depan pintu dengan hormat pada Zara yang menonong jalan masuk ke dalam tanpa hiraukan sesiapapun dekat situ.

Termasuklah James yang kebetulan waktu itu sedang bergerak hendak naik ke tingkat atas.

Zara buat tak nampak kelibat James malah terus mendaki tangga tanpa sapa orang tuanya itu.

Apabila Zara tiba di tingkat satu, dia disambut oleh ibu tirinya yang sudah cantik mengenakan dinner dress dan bersanggul cantik seperti biasa di depan koridor.

"Datang pun kamu..ingatkan dah tak nak jejak kaki langsung dekat sini..."tegur wanita itu dengan tangan bersilang di dada dan renungan sombong dia.

Zara memandang ibu tirinya dengan ketapan rahang yang kuat.

"Kayla sudah...""tegur James di belakang Zara sambil mendaki tangga.

"Salah ke saya cakap...budak tak sedar di untung ni sekali pun tak nak jenguk orang tuanya. Sombong sangat...tak sedar kita yang tolong dia selama ni setiap kali dia timbulkan masalah dekat university tu...mujurlah tak ada siapa tahu saya adalah ibu dia dekat university tu...kalau tak mana saya nak letak muka saya..."cebik Kayla dengan menyampah.

Zara menyilang tangan ke dada. Well tengok siapa yang tengah bercakap sekarang ni?!

"Siapa yang tak sedar diri sekarang?Bukan ke sebab anak kesayangan aunt tu saya keluar rumah ni...lagipun buat apa saya lawat ke rumah ni....saya bukannya ada orang tua pun." cebik Zara dengan jelingan menyampah.

Berasa seperti ditampar dengan kenyataan itu Kayla berpaling dari situ dengan jelingan mata tidak puas hati. Detak tumit kasut wanita itu kedengaran menjauh dari situ.

Zara pandang tak puas hati ke belakang badan Kayla lantas berpaling ke arah bertentangan.