webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 27 : Aku kata Buang!

Kaki berkasut sneaker lusuh itu jalan selangkah demi selangkah ke depan. Sementara anak rambut panjang itu jatuh menutupi mata sewaktu pemiliknya tunduk ke bawah.

Zara menyelak helaian kertas dalam majalah itu dengan kening berkerut. Membaca artikel mengenai kejayaan seorang wanita berkarisma dengan hasil karya seni lukisannya yang sudah dipamer dalam galeri lukisan seluruh dunia.

Artikel itu mengenai seorang wanita bernama Gina Marissa 47 tahun. Mempunyai suami dan dua anak lelaki yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. Kerjaya utama wanita itu adalah seorang pereka fesyen, namun begitu hasil utama pendapatannya ialah lukisan yang di lukisnya. Beliau adalah seorang artis yang sangat terkenal dikalangan peminat seni. Pada musim sejuk nanti wanita itu akan adakan pameran galeri di tempat Zara.

Disebabkan Zara minat pada wanita itu dia sentiasa ikuti perkembangan idolanya itu.

Oleh kerana terlalu khusyuk membaca, Zara terlanggar seseorang yang kebetulan berjalan keluar dari satu dari pintu di situ. Dengan serentak majalah dan beberapa buku jatuh di bawah kaki mereka.

Masa yang sama juga mereka tunduk mengutip buku itu lantas dahi mereka saling berlaga. Mengakibatkan kedua-duanya mengaduh kesakitan.

"Auw!"aduh Lissa yang terduduk serentak bersama Zara.

Zara menggosok dahi dengan tapak tangan sambil memandang Lissa.

"Sorry."ucap Zara acuh tak acuh

Lissa cepat-cepat mengutip bukunya dan membantu Zara untuk bangun dari situ.

"Kau okay tak?"soalnya saat Zara berdiri di depannya.

Zara mengangguk kepala, lalu tunduk mengutip majalahnya sebelum matanya terarah pada diari harian Lissa yang terbuka luas disebelah majalahnya.

Di muka surat diari itu, terpaparnya sekeping gambar polaroid yang di tampal pada muka surat diari tersebut.

Gambar dimana Lissa bersama Betty tersenyum riang sambil merangkul bahu Zara yang berdiri di tengah-tengah mereka yang mana di ambil oleh Sarah sendiri pada suatu masa dulu.

Zara kutip diari itu dan berdiri tegak menghadap Lissa sambil memandang gambar itu

"Asal gambar ni masih ada dengan kau?"soal Zara sambil mengangkat kepala memandang Lissa. Keningnya mencerun tajam.

Lissa yang lihat gambar itu tersentak. Terus dia rampas diari itu dari tangan Zara dengan kalut.

"Tak sempat."dalih Lissa.

Zara mengecilkan mata. Memandang curiga ke Lissa.

"Buang. Sebelum Kennedy tahu baik kau buang gambar tu!"arah Zara dengan tegas.

Lissa berkerut kening memandang merayu pada Zara.

"Zara...!"panggil Lissa dengan terdesak.

"Aku kata buang!"bentak Zara sehingga terkejut Lissa yang dengar.

Lissa menahan diri dari menangis. "

"Bagilah aku simpan. Cuma ni je yang aku ada sebagai kenang-kenangan...."rayu Lissa.

Zara berdengus mengejek."Kenangan?Apa yang kau nak simpankan tentang aku dengan kau orang?Kau tak sedar ke?Apa aku dah buat dekat kau?Still kau nak simpan kenangan?"soalnya dengan menyampah.

Dua tahun yang lalu, Betty, Lissa,Sarah dan Zara adalah sahabat baik. Bersama dengan Sarah mereka berempat adalah geng paling popular dalam universiti tu.

Tapi selepas Kennedy pindah masuk belajar di situ, Zara putuskan hubungan mereka sebab nak mereka berkawan dengan Kennedy dengan alasan. Kennedy dalam proses sembuh dari kemurungan selepas cubaan mahu membunuh diri. Zara tahu Lissa dan Betty boleh jadi kawan yang dapat bangunkan Kennedy. Dan lihatlah...sekarang Kennedy sudah sembuh sepenuhnya atas jasa Lissa dan Betty sendiri.

Zara sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya.

Disebabkan keputusan tu Betty bencikan Zara, tapi tak Lissa. Sampai sekarang Lissa anggap Zara kawan baik dia. Lissa faham kenapa Zara buat keputusan tu. Tapi Betty masih salahkan Zara sehingga kini.

"Zara...aku tak pernah bencikan kau...tolong la jangan la  macam ni.."pujuk Lissa dengan kening mencerun nak menangis.

Zara memandang belakang bahu Lissa sebelum kembali memandang Lissa setelah ternampak kelibat dua orang tu.

"Buang."arah Zara lalu segera berpaling dari situ dengan mata kemerahan dan gigi terketap kuat.

Lissa bergerak hendak dapatkan Zara, tetapi suara Kennedy di belakang membuatkan dia berpaling ke belakang. Memandang kejung ke arah Betty yang jalan seiring bersama Kennedy di sisi.

"Lissa! Sini kau rupanya...merata aku cari kau.." bebel Kennedy.

"Hai..."senyum Lissa dengan terpaksa bersama dada sebu mahu menangis.

Betty mematai Lissa dengan curiga sebelum mengerling ke arah depannya yang dia tak tahu kenapa dia pandang.