webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 24 : Kau tak okay...kau tak menangis

"Apa yang kau fikirkan Zara?"soal Sarah dengan linangan air mata di pipi sewaktu tangannya menekap tin minuman sejuk ke pipi berbirat Zara sewaktu Zara tunduk memandang skrin telefon sejak keluar dari cafeteria tadi.

Kening Zara berkerut taktala melihat semua gambar dan video dalam simpanan telefon itu. Semuanya adalah gambar perempuan dan video yang tidak elok dan boleh mengundang malu buat pemilik-pemilik gambar dan video tersebut.

Terutamanya video dimana seseorang sedang dibelasah dan di sepak sambil diketawakan.

Kening Zara terangkat tinggi setelah menyedari siapa dalam video tu. Setiap seorang dalam video tu Zara kenal.

"Kenapa kau suka sangat sakiti diri kau sendiri...kau tahu tak aku larat tengok kau macam ni..."nangis Sarah dengan hiba.

Zara menepuk belakang badan Sarah dengan sebelah tangan sewaktu matanya terarah pada skrin telefon.

"Shh...it okay. Aku tak apa-apa..sakit ni sikit jer...janganlah nangis..."pujuk Zara sambil scroll skrin telefon itu dengan kening berkerut.

Sarah tersedu sedan saat menyandarkan kepala ke bahu Zara. Kenapalah sepanjang masa dia berkawan dengan Zara, sekalipun dia tak pernah nampak sesiapa perlakukan Zara dengan baik. Apa salah yang Zara dah buat pada mereka?Kenapa mereka asyik sakiti Zara?

"Kau tak okay Zara...kau tak menangis.." rintih Sarah.

"Kan aku ada kau untuk menangis..."gurau Zara sambil memandang skrin telefon.

Zara menghantar semua video itu ke dalam email dekan menggunakan email anak dekan itu sendiri. Setelah dia hantar email, dia hantar mesej kepada seorang dari rakan lelaki itu yang turut berada dalam video itu. Memberi pesan supaya ambil telefon itu diambil dekat atas bangku tempat dia duduk.

"Dahlah...janganlah menangis...nanti hilanglah..dah jangan nanngis..."Zara angkat kepala Sarah dari bahunya lalu meletakkan telefon itu ke bangku. "Jom lah..aku ada kelas lagi ni.." ajak Zara.

Sarah yang masih menangis itu meneliti pipi Zara yang masih kemerahan.

"Merah lagi ni macam mana...kau tak boleh masuk kelas macam ni..."keluh Sarah dengan kening berkerut. "Aku tutup dengan concealer ya?"

"Okay..."angguk Zara.

Zara menolak tangan Sarah dari pipinya lalu berjalan pergi dari situ. Mereka kena pergi cepat atau pemilik telefon ni akan datang.

Beberapa saat selepas Zara dan Sarah beredar, seorang pelajar lelaki berlari mendekati bangku tadi. Dia lihat sekeliling sebelum ternampak telefon tersebut. terus dia  capai telefon itu dan berjalan masuk ke dalam bangunan itu hanya untuk berselisih dengan Zara dan Sarah di depan pintu sebuah makmal.

Waktu tu Zara sedang memujuk Sarah supaya berhenti menangis.

"Jackson!"panggil lelaki yang memegang telefon dari kejauhan. Menarik perhatian Zara yang sedang memeluk Sarah dan menepuk belakang badan kawannya.

Zara berpaling dan memandang tiga orang pelajar lelaki yang saling bersemuka sebelum seorang dari mereka menyerahkan telefon itu pada tuan punya telefon.

Tuan punya telefon itu berkerut kening kehairanan saat memandang telefonnya.

"Shhh...jangan nangis lagi. Apa pula kata orang nanti kalau dia orang tengok kau selalu menangis bila dengan aku...mesti dia orang akan ingat aku yang buat kau menangis..." pujuk Zara sambil memandang ke tempat lain taktala tiga orang itu berlalu pergi meninggalkan koridor itu.