webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 23 : Lain kali tengok dengan siapa kau cari pasal

Penuh ruang cafeteria tengah hari itu. Pelajar-pelajar dari semester 1, 3, 5 dan 6 semua ada di situ.

Berbaris-baris pelajar beratur di depan booth makanan. Sampaikan penuh dengan petugas kantin berdiri di belakang booth dengan tangan tidak berhenti dari mengagihkan makanan dan menerima bayaran seperti mesin di situ.

Antara ramai-ramai di situ kelihatan Sarah dengan pakaian ektravanganzanya berdiri di celah pelajar di situ bersama rakan baiknya yang hanya ringkas mengenakan dress kemeja cekak leher lengan pendek bawah lutut warna putih di sisi.

"Lepas tu kau tahu...Cindy tersalah sebut skrip dia sampai dia mencarut depat pensyarah tu sebab marah sangat...aku dengan budak satu team dengan aku..siapa nama dia...Kaden..hah dia..kita orang tergelak sampai si Kaden tu terkentut...."cerita Sarah dengan senyuman hendak ketawanya pada Zara.

Zara waktu itu sebenarnya tak fokus pun apa yang Sarah cakapkan. Sebab masa tu mata dia terarah pada baris di depan sebelah kiri dimana beberapa orang pelajar lelaki memegang telefon mereka di bawah skirt Kennedy yang kebetulan sedang berdiri di depan mereka menunggu giliran untuk dapatkan makanan.

Sejak tadi Zara perhatikan lagat pelajar lelaki itu dengan tangan bersilang di dada.

"Wei..kau dengar tak aku cakap apa ni?"Sarah menyiku lengan Zara apabila rakannya itu tidak beri respon terhadap soalannya tadi.

Zara tahu kalau dia kerjakan budak-budak lelaki itu, tak bawa beza pun. Ianya hanya akan buatkan dia ditimpa masalah dan James pasti tidak suka sekiranya berita masalah disiplinnya sampai ke telinga lelaki itu.

"Tunggu aku dekat sini..."pesan Zara yang meletakkan dulangnya yang kosong ke dada Sarah.

Sarah memegang dulang itu dengan muka kebingungan.

"Kau nak ke mana tu?"soal Sarah.

Zara jalan mencelah sekeliling pelajar di situ. Kebetulan waktu itu seoramg pelajar yang dulangnya berisi dengan makanan dan minuman melintasi Zara.

Tanpa pandang atau meminta izin pada pemilik makanan itu, Zara yang matanya fokus pada Kennedy, mencapai pinggan berisi spageti bebola daging dari dulang tesebut.

Pemilik makanan itu memandang tidak percaya ke arah Zara sebelum merenggus tidak puas hati dan berlalu pergi dari situ tanpa banyak bunyi lepas tahu Zara yang ambil makanannya.

Setelah Zara tiba dimana Kennedy sedang berdiri, dia ketuk bahu gadis itu dengan jari telunjuk. Menanti Kennedy berpusing menghadapnya.

Waktu itu Kennedy yang sedang berborak dengan Lissa berpaling ke belakang dengan sisa senyuman di bibir.

Zara menarik sengih sinis sebaik sahaja Kennedy memandangnya dengan kening mencerun.

"Balasan untuk apa kau dah buat dekat tangan aku hari tu..."kata Zara sebelum menepek spageti bersos tadi ke pakaian Kennedy yang seksi dan singkat itu.

Habis comot pakaian itu dengan kesan sos spageti.

Mulut Kennedy ternganga luas taktala dia tunduk memandang pakaian mahalnya dikotori. Lantas dia menjerit dengan lantang saat mengangkat kepala memandang Zara.

"YAHH!!!!!!Did you lose you mind you b*tch!!"teriaknya sambil menghentak kaki tidak puas hati.

Zara memandang Kennedy yang sudah kemerahan gara-gara marah. Sementara pelajar lelaki yang mengambil video senyap-senyap tadi menahan ketawa taktala melihat kejadian itu.

"Lain kali tengok dulu dengan siapa kau nak cari pasal"kata Zara sambil tujah bahu Kennedy setiap perkataan yang disebut. Dia mahu menyakitkan hati Kennedy lagi supaya Kennedy buat scene di situ.

Kennedy terus angkat tangan dan menampar Zara sekuat hati. Membuatkan Zara tercampak ke tepi lalu berlanggar dengan pelajar lelaki yang merakam video tadi.

Pelajar lelaki itu yang terkejut dan suka pada masa yang sama tidak perasan langsung sewaktu Zara menyeluk telefonnya dari poket lalu di bawa sembunyi ke tepi sebelum menjauhkan diri.

Zara menjauhkan diri dari lelaki itu dengan senyuman manis.

"Ken...sudah."minta Lissa yang memeluk bahu Kennedy sewaktu rakannya mahu menyerang Zara semula.

Zara menghadap Kennedy dengan mata kemerahan sebab menahan sakit pipi yang sedang berdenyut kebas dek tamparan tadi.

"Kau tahu kenapa dia orang lebih kan aku dari kau?perlakukan kau macam tak penting dalam hidup dia orang?Sebab perangai kau tu tak ubah macam mak kau tahu tak!"marah Kennedy yang sudah hilang kawalan.

Tidak peduli kalau semua orang tahu mereka berdua tu sebenarnya saudara tiri.

Zara menggengam telefon itu dengan erat saat memandang Kennedy tanpa berkelip.

"Ya sebab tu kau buat perangai macam perempuan murahan..."sampuk satu suara di belakang Zara.

Pelajar sekitar yang mengerumuni tempat itu memberi ruang untuk Sarah jalan. Gadis itu berdiri disebelah Zara.

Kennedy memandang Sarah dengan ketapan gigi.

"Kau jangan nak masuk campur! Ini urusan aku dengan dia! Kau tahu tak baju ni aku baru dapat dari Paris...kau dengan senang rosakkannya..." rengek Kennedy. "...asal kau cemburu ke aku dapat pakai semua ni bukan kau anak pungut!""ludah Kennedy dengan benci.

"Ken!"panggil Lissa yang terkejut dengan kata-kata Kennedy.

"Kau diam!"jerkah Kennedy pada Lissa lalu kembali memandang Zara. "Aku dah lama sabar dengan kau tahu tak!"herdiknya di depan muka Zara.

"Sudahlah tu..."minta Lissa lagi.

Zara mengetap gigi dengan kuat sebelum memandang Sarah. .

"Jom..."ajak Zara yang tidak mahu lama-lama di situ. Takut kalau budak lelaki tu sedar telefonnya hilang.

Sarah memberi renungan tidak puas hati ke arah Kennedy. Berharap perempuan itu lenyap saja di muka bumi ini. Buat sakit mata jer tengok!

Setelah keadaan kembali reda, Sarah dan Zara sudahpun menjauh dari situ, pelajar lelaki tadi bingung mencari telefonnya.

"Mana benda tu?"soal pelajar lelaki itu.

Sementara Lissa yang sedar apa yang berlaku memandang ke arah dimana Zara pergi sebelum kembali memandang ke arah pelajar lelaki gatal yang dia nampak sejak tadi merakam bawah skirt Kennedy.

Dari awal lagi dia perasan semua tu, tapi dia nak bersuara tak berani sebab lelaki itu bukan sebarangan lelaki.

Lelaki itu adalah anak dekan univerisiti ni.

"Aku benci dia!"gumam Kennedy yang bergerak pergi dari situ untuk menukar pakaiannya.

"Perlu ke kau cakap macam tu dekat dia?Benci mana sekalipun kau dekat dia...dia tetap kakak tiri kau..."keluh Lissa dengan kesal.

Kennedy memberi jelingan maut pada Lissa.

"Kau kawan aku ke dia! Kau tak nampak apa betina tak guna tu buat dekat aku?"sentap Kennedy sambil menolak kasar pintu cafeteria dengan kasar.

Lissa mengetap gigi. Menahan sabar dengan sikap Kennedy. Kalaulah Kennedy  tahu kenapa dia dan Betty berkawan dengan dia, pasti kawannya ini takkan berani buat perangai.

"Sekali lagi kau cuba back up dia...aku akan pastikan hubungan kita putus ingat tu!"

Lissa memandang kesal ke Kennedy.