webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 21 : Siapa Sarah sebenarnya

Sambil menggigit hujung ibu jari, Sarah jalan ke hulu dan hilir bilik dengan risau. Bercakap melalui telefon dengan kening berkerut.

"Kan aku cakap aku akan beritahu dia nanti! Sabar boleh tak!"marah Sarah.

Dia mendiamkan diri seketika mendengar apa yang dikatakan oleh orang di balik telefon itu.

"Memang tak lah...kau jangan nak macam-macam eh...itu urusan aku dengan dia..jangan masuk campur!"

Waktu itu pintu bilik terbuka, Zara berjalan masuk dengan muka kepenatan dan tangan berbalut. Mengejutkan Sarah yang bercakap melalui telefon.

Terus Sarah berpaling, memandang Zara dengan mata terbuka luas.

"Zara..."panggil  Sarah yang memutuskan panggilan dan meletakkan telefonnya di atas katil. Mendapatkan Zara dengan renungan risau.

"Kau okay?"soal Sarah sambil mendapatkan tangan kanan Zara yang berbalut. Dia pegang tangan berbalut tu dengan berhati-hati. Takut kalau dia sakiti Zara.

Zara yang lihat reaksi Sarah berkerut kening. Pelik!Macam mana kawan Sarah tahu sesuatu berlaku terhadapnya?

"Aku okay lah...macam mana kau tahu aku cedera?"soal Zara bersahaja meletakkan beg sandang ke bawah katil lalu menanggalkan hoodienya. Mendedahkan kemejanya yang kotor dengan kesan latte yang telah kering.

"Siapa hantar kau balik tadi?"tanya Sarah pula."Doktor cakap apa?Serius ke?"tanya Sarah sambil memandang risau ke arah Zara yang bergerak ke arah katil lalu duduk menghadapnya. "Siapa yang buat dekat kau?"

Zara ketawa kecil.

"Hei...satu-satu lah tanya."minta Zara.

Sarah yang menyedari dirinya overeacted tersentak sendiri. Terus dia duduk di katilnya sendiri menghadap Zara sewaktu gadis itu menanggalkan stoking di kaki.

Selepas dia terima panggilan mengenai Kennedy datang ke kafe dan membuat hal sehingga mengakibatkan Zara melecur, Sarah berasa seperti jantungnya direntap. Risau sampai nak pecah kepala dia dibuatnya. Kalau sesuatu terjadi pada Zara, dia tak tahu apa akan jadi dekat hidupnya nanti.

"Aku tak tahu siapa dia...tapi dia kenalkan diri dia sebagai Taylor. Dia yang hantar aku balik lepas dapat rawatan dekat hospital tadi..doktor kata tak serius...lecur sikit jer..seminggu dua baik lah." jawab Zara.

"Siapa yang buat kau?"soal Sarah.

Zara melepaskan hela nafas keletihan.

"Siapa lagi kalau bukan Kennedy. DIa tu kalau tak datang tempat aku buat hal...tak hidup agaknya dia...""keluh Zara sambil mengurut betisnya yang berasa lenguh sebab penat.

Sarah memandang Zara dengan renungan ingin memberitahu sesuatu, tetapi dia hanya mendiam.

"Tapi macam mana kau tahu?""soal Zara sambil melentokkan sedikit kepala meneliti wajah Sarah.

"Huh?""soal Sarah dengan kening terangkat.  Mati kutu sebab tak tahu nak cakap apa. "Kak Emily call tadi..."

Zara menatap tepat ke mata Sarah. Serius sepanjang perkenalan dia dengan Sarah selama 16 tahun ini, Zara sikit pun tak pernah tahu apa-apa mengenai siapa Sarah sebenarnya.

Disebabkan Sarah jenisnya licik dan senang sangat larikan topik setiap kali dia berborak dengan Sarah, sikitpun Sarah tak pernah nak kongsi perihal latar belakangnya dengan Zara.

Apa yang Zara tahu tentang Sarah adalah, Sarah ni adalah anak bongsu. Ibubapanya orang kaya berdasarkan pakaian dan gaya hidup bergaya Sarah. Selain itu tiada apa-apa yang Zara tahu.

"Oh..okay...kalau macam tu aku pergi mandi dulu lah.."kata Zara sebelum bangun.

Sarah memandang langkah Zara dengan renungan serba salah. Dia tunduk memandang skrin telefon sambik menggigit bawah bibir.