webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 19 : Kennedy and The Gang

Hujung minggu tu Zara luangkan masanya di kafe berkerja. Sementara Sarah sibuk dengan latihan dan kelas lakonan yang diambil setiap hujung minggu bersama dengan guru lakonan paling terkenal.

Itulah rutin mereka setiap hujung minggu. Biasanya mereka keluar shopping atau beriadah di pusat golf atau besbol. Tapi disebabkan Zara ambil kerja full time hari sabtu dan ahad, mereka dah jarang keluar hujung minggu dengan Sarahnya lagi sibuk hendak menjadi pelakon membuatkan mereka banyak luangkan masa di dorm dan kuliah sahaja.

"Zara..tolong letakkan papan tanda tu dekat luar kedai..."arah Emily di belakang kaunter melayani pelanggan membuat bayaran sewaktu Zara sedang mengelap meja dan mengambil pinggan dan cawan kotor.

Zara yang dengar tinggalkan kerjanya seketika untuk ke arah papan hitam di tepi pintu yang sudah ditulis dengan kapur putih.Memaklumkan menu istimewa mereka hari itu.

Sebaik sahaja Zara melangkah keluar dari kafe itu, matanya disapa oleh tiga orang wanita cantik berjalan mendekati ke arahnya.

"Hei...jom singgah sini..."ajak Kennedy yang berpura-pura buat tak nampak Zara di situ.

Zara yang lihat membuat muka menyampah lalu berpaling masuk ke dalam kafe itu. Mula dah miss diva tu nak rosakkan hujung minggunya.

Sesaat selepas Zara masuk, tiga orang itu ikut masuk di belakang. Mula berjalan masuk ke kafe itu dengan renungan judging mereka. Cuba cari kekurangan yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengutuk mereka.

Kennedy dan dua lagi rakannya ambil tempat di meja sebelum bersuara.

" Waiter."panggil Kennedy dengan gaya mengada-ngada orang kayanya.

Zara yang dengar memandang jengkel ke depan sebelum berpaling memandang Kennedy dan rakan-rakan gadis itu.

"Oh...sekejap...bukan ke kau ni Zara Delisha dari kelas business management tu?"tunjuk Betty pada Zara sewaktu Zara berdiri di tepi mereka.

Zara membuat muka.

"Hai selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"ucap Zara mahu tak mahu, tidak hiraukan kata-kata Betty.

Kennedy yang dengar menarik sengih mengejek.

"Tak tahu pulak kau kerja dekat tempat low macam ni..."dengusnya.

Zara pandang tak puas hati ke Kennedy. Tetapi tidak bersuara, dia biarkan saja. Sebab dia tahu kenapa Kennedy semak nak masuk ke sini.

Nak rosakkan mood dan jugak mahu lihat dia menderita!

"Ada apa-apa yang saya boleh dapatkan untuk cik bertiga?"soal Zara bernada kebosanan.

"Berikan saya set A susu lebih ya..add on biskut cheese."minta Lissa.

Zara tunduk mencatat pesanan itu lalu kembali memandang Betty dan Kennedy. Dua orang itu pandang Zara tanpa bersuara.

"Fine...kalau itu saja. Sebentar lagi saya bawa pesanan..."Zara berpaling dari situ untuk belakang kaunter dan mula menyiapkan pesanan.

Sedang Zara sibuk, seorang lelaki bersut berjalan masuk ke dalam kafe itu dengan jambangan bunga di tangan. Kebetulan waktu itu Emily sedang berdiri di depan mesin duit terlebih dahulu menyapa.

"Hai selamat datang...boleh saya ambil pesanan?"sapa Emily dengan mesra.

Zara berpaling keluar dari belakang kaunter dengan dulang berisi kopi latte dan waffle jem strawberi. Melintasi lelaki berjambangan bunga itu tanpa sekilas pandang pun.

"Ada bunga untuk Cik Zara Delisha."jawab lelaki bersut itu sambil memandang Emily.

Zara meletakkan pinggan berisi waffle terlebih dahulu sebelum cawan berisi latte panas.

Baru sahaja dia angkat pinggan kecil yang dialas bawah cawan itu, dengan sengaja Kennedy menyepak tulang kering kaki kanan Zara dengan hujung kasut tumitnya.

Menyentak Zara sehingga terkejut sebelum dia tidak dapat imbangkan cawan itu dan air tersebut tumpah mengenai tangan dan pakaiannya.

Prang!

Terbelah dua cawan putih dan pinggan itu taktala terhempas jatuh ke atas lantai apabila Zara membawa tangannya ke dada. Berdesis menahan sakit kerana kepedihan dek air panas tadi.

Kennedy menekup mulut dengan tiga jari tangannya. Membuat muka terkejut.

"Opps...sorry...tak sengaja.."ucap Kennedy dengan senyuman jahat di bibir. "Ingatkan kucing tadi..."

Zara yang sedang senak dada sebab terkejut dan kesakitan itu memandang tidak percaya ke arah Kennedy.

"Ken..!"panggil Zara dengan kening berkerut. "Apa yang kau buat ni!"marahnya dengan wajah merah padam.

Kennedy menjungkit bahu sambil mengangkat kedua-dua tangan. Tanda menyerah.

"What...aku dah cakap aku tak sengajakan." ujar Kennedy dengan muka tidak peduli.

Zara hendak bersuara tetapi tidak jadi. Dia memberi renungan mencerun tidak puas hati. Tidak mahu membiarkan Kennedy gembira melihat dia naik angin di situ.

Waktu itulah secara tiba-tiba satu tangan muncul dari tepi kanan Zara, menarik lengan dia jauh dari dipegang lalu tangan itu dicelup ke dalam mangkuk berisi ais.

Zara menahan nafas terkejut setelah merasai ais itu membuatkan dia yang lihat terkebil-kebil bingung.

"My goodness...Zara..."panggil Emily di belakang sambil memeluk bahu Zara. "Kamu tak apa-apa?"soal Emily.

Zara berpaling memandang Emily dengan kening berkerut sebelum memandang semula lelaki bersut di sebelahnya sambil diperhatikan oleh tiga orang perempuan tadi.

"Saya tak apa-apa..terima kasih..."kata Zara yang mahu menarik tangannya dari dipegang lelaki itu. Bila pulak lelaki ni muncul?Dan macam mana lelaki itu ada semangkuk ais?

"Saya yang berikannya pada dia tadi lepas bunyi kaca tumpah tadi.."ujar Emily yang seperti tahu-tahu apa yang Zara fikirkan.

Lelaki bersut itu mengangkat tangan Zara untuk dibelek. Mata itu melihat kesan merah seperti melecur pada tangan Zara sehingga menimbulkan kerutan pada kening lelaki itu.

"Cik kena dapatkan rawatan untuk kesan lecur ini."ujar lelaki itu semasa mengangkat kepala memandang Zara.

Zara menarik tangannya rapat ke dada semula lalu di pegang dengan tangan kiri. Dia terpana sekejap bila mata lelaki tu merenung tepat ke mata dia.

"Ah..saya tak apa-apa...terima kasih."ucap Zara dengan kekok.

Lelaki bersut itu memandang Kennedy dengan renungan kosong dan dingin sebelum kembali memandang Zara bersama reaksi wajah kerisauan.

Kennedy membuat muka menyampah bila lihat layanan lelaki bersut tu pada Zara.

"Saya akan hantar cik ke hospital."ujar lelaki misteri itu sebelum meletakkan mangkuk berisi ais tadi di atas meja Kennedy. Dia pegang belakang badan Zara, hendak dorong Zara ke depan.

Lissa dan Betty memandang kagum ke arah lelaki kacak disebelah Zara. Siapa pulak abang handsome ni?

Zara berdiri tegak tak berganjak. Dia jarakkan sedikit dirinya dari sentuhan tangan lelaki itu."Eh...tak payah. Bukan serius mana pun. Melecur sikit je."tolak Zara serta merta.

"Saya bertegas cik."lelaki itu memandang serius ke Zara dengan kening mencerun.

Zara memandang kebingungan ke Emily. Memberi renungan 'what the hell is happening right now' pada wanita itu.

Namun Emily sekadar menjungkit bahu tidak tahu.

"Baik kamu ikutkan saja..."arah Emily yang turut kerisauan.

"Huh?"Zara memandang terkejut. "Benda kecik jer pun..tak perlu lah sampai nak ke hospital bagai?"keluh Zara dengan muka tergamam. Apa yang tengah berlaku sekarang ni?

"Tak apa saya boleh jaga kafe ni..."gesa Emily.

Zara memandang lelaki misteri di sebelahnya dengan renungan teragak-agak. Lelaki versut tu balas renungan Zara tanpa berkelip. Seakan mencabar Zara menidakkan permintaan dia. Lantas bahu Zara jatuh hilang semangat, dia melepaskan keluhan mengalah sebelum mengangguk kepala.

"Fine.."jawab Zara bernada mengalah.

"Ikut saya..."lelaki itu menunjuk tangan ke depan supaya Zara jalan ke depan terlebih dahulu.

Setelah Zara dan lelaki itu pergi Emily pandang Kennedy.

"Nampaknya cik bertiga ada urusan yang perlu diselesaikan dengan saya?Tak begitu?"ujar Emily sambil menunding jari ke cawan yang pecah di lantai.

Kennedy menjuling mata kejengkelan sambil mengerang geram! Menysusahkan!