webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 14 : Siapa kata kita kawan?Saya tak nak jadi kawan awak!

Ada pepatah kata dari mata turun ke hati.Mungkin ini yang dimaksudkan. Entah kenapa hati Zara terkutik. Dia yang lihat Daniel menarik sengih, lucu dengan keadaan itu.

Biasanya dalam movie atau drama sepatutnya waktu macam ni, lelaki lah yang patutnya jadi hero untuk membantu watak perempuan yang dalam kesusahan. Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

"Awak tersenyum...kenapa lucu sangat ke lihat saya macam ni?"soal Daniel dengan nada seperti orang terasa.

Zara tersentak terus dia menggeleng kepala. Tak boleh nak kawal rasa lucu yang dirasai Zara geleng kepala sambil tersengih.

"Eh..mana ada. Saya senyum bukan sebab senior...hanya ada sesuatu terlintas dalam fikiran saya.." nafi Zara. "Senior boleh bangun tak ni?"Zara peluk lengan Daniel, serta merta dia boleh rasa otot pada lengan lelaki tu. Hairan tetapi dia hanya biarkan saja."Sini saya tolong..."ajunya.

Daniel bangun sambil di bantu Zara. Terincut-incut kesakitan dengan kaki kanan terangkat sedikit gara-gara di pijak dengan penyerangnya tadi.

"Terima kasih..."ucap Daniel setelah dia berdiri tegak.

Zara tunduk memandang kaki Daniel dan pada masa yang sama dia melihat dompet di bawah kaki lelaki itu. Terus dia tunduk mengutip dompet tersebut.

Tengah Zara pegang dompet tu, dia ternampak wajah pada kad ID dalam dompet tu. Wajah Daniel tak bercermin mata. Tak yakin apa yang dia nampak tu betul atau tak, Zara cuba pandang balik tapi tak sempat.

Serta merta Daniel merampas dompet tu dari tangan Zara. Membuatkan Zara terpinga seketika sebelum kembali bersuara.

"Apa yang senior buat malam-malam dekat sini?"tanya dia.

Daniel menyeluk dompet tadi ke poket belakang seluarnya. Lalu membetulkan pakaian dan rambutnya supaya tidak kelihatan kusut masai sangat. Malu dia depan Zara! Macam mana lah masa ni jugak Zara muncul.

Daniel diam kan diri. Dia tunduk pandang ke bawah. Tak tahu nak cakap apa, tetiba je dia rasa gelabah, lidah dia kelu.

Zara melepaskan hela pendek apabila soalannya tidak di jawab.

"Fine...saya nak masuk hostel kalau macam tu." pamitnya sebelum beredar dari situ meninggalkan Daniel di belakang.

Kepala Daniel tersentak, dia terkejut bila Zara nak pergi. Nanti la dulu, dia belum sempat nak cakap apa-apa!

Sedang Zara berjalan, dia merasakan ada yang mengekori dari belakang. Hairan dengan tu dia berpaling.

Sebaik saja dia berpaling, Zara menghadap Daniel. Buatkan Daniel berhenti secara mendadak dari mengekorinya. Pelik dengan tingkah Daniel, Zara lentokkan kepala sedikit ke kiri.

"Apa yang senior cuba buat?"soalnya.

Daniel tersentak, lelaki tu berdiri memandang Zara seperti cacing kepanasan. Dia terkutil-kutil jari. Nak cakap mana ni?Asal mulut dia tak nak bukak?!

Kening Zara berkerut. Dia diam seketika untuk meneliti keadaan di situ. Memikirkan kenapa tiga lelaki tadi menyerang Daniel. Kenapa Daniel boleh ada di depan bangunan hostel pelajar perempuan. Kenapa Daniel mengekorinya.

"Senior?"panggil Zara lagi."Kalau senior tak cakap...saya balik."ugut Zara.

Kepala Daniel tersentak memandang ke depan, mata yang tersembunyi di balik anak rambut itu terbutang luas.

"Sa-..."gagap Daniel yang kelihatan gementar. "Saya tunggu awak balik."jawab Daniel dengan muka tersipu malu.

Air muka Zara terus jatuh dari marah kepada serba salah.

"Huh?Kenapa?"soal Zara yang tiba-tiba sahaja tersentuh. Tak pernah ada sesiapa peduli tentang dirinya kecuali Sarah.

Sebenarnya Sarah bising jugak dia balik malam dan selalu ingin tunggu dia pulang. Tapi disebabkan terlalu bahaya Zara larang Sarah dari menjemput dia balik.

"Saya nak ucapkan terima kasih untuk hal tempoh hari masa Casey dengan kawan-kawan dia kenakan saya... Itu yang saya tunggu awak.Tapi tak tahu pulak semua ni terjadi...awak selamatkan saya...lagi."jawab Daniel dengan kepala tunduk memandang ke bawah sekali lagi.

Zara menarik senyuman tersentuh, dia menggeleng kepala. Lucu betullah! Terus dia dekati lelaki itu. Oleh kerana lelaki itu berkelakuan seperti anak kecil, secara natural Zara menepuk perlahan kepala lelaki lampai di depannya dengan lembut.

"Jangan risau. Senior tak perlu terima kasih. Kita kan kawan. Kawan kenalah saling tolong menolong."ucap Zara sambil menarik senyuman mesra.

Daniel kelihatan tidak suka sebaik mendengar perkataan 'kawan' dari mulut Zara.

Tangan Zara ditepis turun ke bawah."Siapa kata kita kawan...saya tak nak jadi kawan awak..." sentap lelaki itu sebelum berpaling dari situ.

Zara membuat muka terpinga-pinga. Dia dumbfounded dengan situasi itu.

What the heck?Apa yang baru sahaja berlaku?