webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · วัยรุ่น
เรตติ้งไม่พอ
78 Chs

Bab 10 : Mimpi ngeri

Semua orang ada mimpi ngeri mereka. Semua ada sesuatu yang buatkan mereka trauma atau takut. Buatkan mereka lemah dan tak dapat hendak jalankan hidup mereka dengan tenang dah normal.

"Tak...ayah tak tahu Zara..."jawab James dengan sengih sinis.

"Kemudian...kenapa tak lakukannya sekali lagi? Tak ke benda lebih menyeronokkan lagi?"cabar Zara dengan sengih meleret sinis di bibir.

James mengetap rahang dengan kuat. Memandang marah ke arah Zara lalu mencampak gadis itu jatuh ke lantai semula.

Bersama dada naik turun menahan sabar, James terus menengking.

"Apa yang kamu nak cari tentang wanita tak guna tu! Apa yang kamu nakkan dari wanita sialan tu! Kenapa dia yang kamu fikirkan sedangkan dia yang buang kamu! Pulaukan kamu sehingga sekarang! Kenapa cari wanita yang tidak mahukan kamu sebagai anaknya!"

Zara dongak memandang James. Berasa marah dan benci setiap bait kata lelaki itu.

"Kenapa ibu tak nak cari aku adalah sebab dia tak nak jumpa mimpi ngeri dia.." desis Zara dengan renungan benci.

"Mimpi ngeri?"soal James sambil bercakung di depan Zara dan melentokkan sedikit kepala ke kiri. Menilik wajah pucat Zara. "Siapa?Ayah?"

Zara memejam mata saat mendengar perkataan 'ayah' keluar dari mulut James lantas dia membuka mata.

"Ya...baguslah kalau sedar."Zara tersengih mengejek.

James membuat muka seperti mahu mencarut, tetapi lelaki itu menahan diri.

"Kalau ayah adalah mimpi ngeri kamu....kamu dan dia tak ubah seperti lumut di bawah batu. Kewujudannya tidak berfungsi, kehadirannya tidak penting...""balas James dengan nada benci. "Selagi dia tak tunjukkan muka tak guna dia lepas tinggalkan aku sendirian dengan anak menyusahkan macam kau ni selagi tu kau tersekat dengan aku sampai bila-bila...kau ingat aku nak biarkan hidup kau senang ke lepas dia khianati kepercayaan aku demi lelaki lain?"

Sarah perlahan-lahan bangun dari nangisnya lantas dongak memandang James. Dia tak tahan. Dia tak tahan dengan semua seksaan yang Zara terima. Dia tak tahan dengan sikap James yang memperlakukan Zara seperti kain buruk. Tetapi dia tidak dapat lakukan apa-apa mengenai hal itu.

"Sekali ni jer aku lepaskan kau. Dan sekiranya aku dapat tahu kau cuba jumpa orang tua tu...aku takkan segan-segan untuk berikan hukuman lebih keras pada kau..."tegas James yang kemudiannya berdiri dan kembali duduk di sofa.

Sarah papah Zara bangun dari situ dengan linangan air mata di pipi bersama birat bekas lima jari di tepi pipi kanan.

"Lagi satu..."James bersuara sambil membuka muka buku. "Dari kamu buang masa untuk timbulkan masalah supaya kamu dapat keluar dari university tu...baik kau jadi anak yang baik. Belajar betul-betul supaya pandai. Jangan tahunya nak malukan nama keluarga saja dengan perangai buruk kamu tu.."

Sarah memalingkan Zara untuk keluar dari tempat itu sewaktu James di belakang sibuk bercakap sendiri.

"Maafkan aku..""ucap Sarah dengan sedih.

Zara berdengus kecil menahan diri dari ketawa. Dia berasa lucu dengan keadaan ini. Yalah yang sakitnya dia, tapi Sarah yang menangis.

"Tak apa..."ucap Zara dengan lemah.