Bye-bye 26-Doubly_crazy
"Woi, Pocahontas!!" Jeritan suara itu, sudah kedengaran dari seberang jalan. Shah sengih bahagia, dengan dua air minuman yang dijinjit bersamanya. Dia menapak keluar dari kios mart yang menjual minuman kopi, dan melangkah menyeberangi jalan ke arah kawan baiknya. Dia yang berkemeja kotak-kotak yang tersarung di luar, di biarkan terbuka hingga menampakkan t-shirt hitam dan padanan seluar jeans. Nampak simple, tapi sekilas pandang macam ane jual karpet. Bolehlah...ala-ala bolywood punya pelakon tambahan.
Seorang gadis yang berimej hampir serupa, dan dengan memakai 'cap' merah hati yang sedang menunggu sambil bertinggung di tepi jalan. Disebabkan dia terpaksa menunggu sahabatnya terlalu lama, sehingga kebosanan mula bermaharajalela sehingga dia mencari kerja baru dengan mengira beberapa ekor semut yang melintas jalan yang penuh berliku-liku kehidupan. Melihat populasi semut yang masih hidup walaupun berapa banyak kali dikawasan itu terkena bah banjir. Timbul persoalan yang tak semena-mena bertandang. Mereka ada bot ke??
"Pocahontas!!!"
"Oiii, mak kau?!!"
Jeritan kuat itu kedengaran seperti sound dari speaker rosak, membuatkan dia berpaling memandang rakannya yang menjerit memanggilnya dari jauh. Sempat dia melatah dan sempat juga Shah, melambai-lambai ke arahnya tanpa ada terselit rasa malu. Dia bingkas berdiri, dengan gelengan kepala. Mengeleng penyesalan kerana mengenali sahabat baiknya itu.
Biarlah disini sahaja keturunannya. Janganlah sampai ke anak dia, mengenali anak aku pula.
Ish..ish...ish..
Kawannya itu buta atau rabun, sesedap hati memanggil nama samarannya di khalayak umum. Mencetuskan senyum scandle yang tak pernah diminta. Sengihannya, menghiasi raut wajahnya sebagai tanda, bengang dengan sikap kawannya itu. Giginya digetap. "Kau siap, Ane karpet! Aku cabaikan mulut hang, bior bengkak bibir tu macam ikan flowerhone!!" Sama ke?? entahlah~
"Nama panggilan yang dipanggil Shah, adalah nama samarannya di sekolah. Disebabkan perangainya yang mesra alam dengan binatang-binatang lembik macam katak dan belut, serta seangkatan dengan binatang menggelikan itu. Dia di gelar pocahontas sekolah. Bukan kawan sahaja yang panggil, cikgu-cikgu pun tumpang sekaki. Nama dia punyalah sedap. Siti Amira Shahira. Mak bapanya penat-penat cari nama yang sedap-sedap, tut..tut, mereka bagi nama ini. Aisehmen...~"
"Haa..jangan nak perasaan baik pula. Kau jangan lupa, orang panggil kau Pocahontas, sebab kau panjat atap zink sebab nak lari dari Ustaz Bad" (atau nama sebenarnya Ustaz Badrul). Celah Shah, menyampuk dari belakang.
"Maaasa bila..." Amira menafikan. Tak mengaku! Tak mengaku!!
"Haa..kau tak ingat, kau panjat tu. Time tu, bangunan asrama aspuri di belakang kelas. Aku tengah syok menyapu itu, aku nampak ada benda putih lalu. Muka huduh. Aku sangka hantu, tapi rupanya hang! Aku sebagai saksi yang melihat. Kau bayangkanlah, nak terjerit aku macam Dayang Nur Faizah tengok kau panjat balkoni tangga ke atas atap zink. Siap lari pulak itu. Jangan ceritalah, muka kau yang berselepur dengan bedak ke, tepung mak lampir. Putih satu muka!"
Haritu, tiba-tiba rajin menyapu sampah..eh..eh..eh...
"Oiii, sudah.. cukup-cukup sudah. Cukup sampai disitu saja." Lagu Nirwarna Band yang diolah Amira, sesuka hatinya dinyanyi sambil menolak bahu Shah dengan tolakkan kuat Thor. Mujur kawannya itu tak jatuh terjelepuk macam nangka busuk. Air kopi pun, masih selamat dipengangnya.
"Woi!! kopi! kopi!" sempat Shah menunjukkan kopi yang dipengangnya. Mujur, tangannya reflex sepantas kereta api laju Jepun. Selamat, air kopi yang bebaris dia nak membeli.
"Ehhh, kau ni. Bagi can lah aku baik sekejap. Spoil betul!" Amira memcebik. "Lagipun, ini monolog dalaman aku. Apa pasal kau sesat? Pergi duduk balik dekat seberang tu. Haih!!" tambah Amira, menghalau teman baiknya kembali ke posisi asal. Memyemak sahaja waktu dia bermonolog.
Shah sengih, sebelum bergerak ke posisinya.
"Oraite, we started from first's dialogue. Shah, get's ready." Pengarah bersuara, mengarah sambil memerhati monitor. Kru kamera, memulakan rakaman.
"Dah?!!"
Shah angguk. Isyarat okay, dilayangkan sebagai syarat dia bersedia.
"Okay, ready. Take 1, start!"
..---...,
"Woi, Pocahontas plastik!!" Shah melaung tinggi nama timangan kawan baiknya, yang ditambah baik. Sengihan paling lebar, dihadiahkan pada sahabat baiknya, di bawah terik mentari. Uish, panas sungguh!
Amira mengeleng, mengeluh melihat perangai kawan baiknya. Sengaja dipanggil Ane karpet "Woi, Ane Karpet!! Tak reti nak cepat ke? Aku dah lengguh menunggu kau, dari tadi. Semut pun, sempat jammed tadi."
Shah senggih lebar. Panggilan yang main taram sahaja, dihentam. Janji, dapat membalas dendam, sudah. Kopi yang dibungkus dalam box's cup diangkat tinggi. Tahu sangat. Kalau tak kopi sehari, memang tak sah. Nasiblah kopi, kalau rokok ke vape. Dah lama kena pelangkung empat darjah!
Kalau nak cerita, memang ramai generasi yang ketagih menghisap rokok tembakau dan rokok elektronik atau orang panggil Vape. Tapi, yang tak boleh blah, pasal vape. Kononnya tak bahaya, sampai perempuan zaman sekarang ini, join sekali. Yang aku tahu, tak ada faedahnya membazir beli benatang alah itu. Merosakkan paru-paru sahaja.
Konon..yalah. Konon nak tunjuk macho. Hampeh!! kalau macho macam Kim Seon Ho, aku boleh bagi green lightlah juga. Ini, sebijik macam clown tak cukup baju. Boleh jalan daa....
Oops...melalut sudah~
"Ya. Kau, kalau tak mengelamun, bukan namanya kau." Shah menampar bahu, Amira kuat. Hampir terjerembab kawannya itu ke atas jalan tar. Nampak, balas dendam di situ. Sekali tepuk, macam berkarate Jackie Chan.
Amira menoleh. "Agak-agaklah kau. Kau ingat, aku Nyamuk Gajah!!" marah Amira. Huluran air dari Shah, diambil. Nasib bagi air, sejuk kejap rasa kepanasan membahang di jiwa..merepek lagi!
Shah angguk. "Ya..,dah kematu tangan aku, menghulur air dekat kau." balas Shah selamba. Kalau dibiarkan, mahu tanggannya cramp sampai masuk hospital. Dia langsung tak ada masalah apabila dijeling kawan baiknya. Sesi balas dendam sudah terlunas. Dendam ini, dendam beberapa minit lalu punya.
Tak baik, berhutang dendam. Heh..heh...sengih kesyaitonan nirr rajimm..
"Cerita apa, kau ajak aku tengok ni?" tanya Amira. Air kopi, di sedut dengan kerangkusan.
"Cerita science fiction. Erm, siapa yang berlakon watak dalam cerita marvel Iron Man itu. Kau ingat?" soal Shah, menghulurkan dua tiket pada kawannya yang sudah siap dibeli. Eksen sekejap.
"Siapa?"
"Kau ni, yang perempuan tu. Aku lupalah." Dahinya berkerut, cuba mengingat semula nama karakter pelakon wanita di dalam filem marvel. "Black widow" sampuknya, apabila nama karakter muncul di benaknya. Namun, nama perempuan yang memengang karakter itu, masih samar-samar.
"Oh..black widow. Aku tahu." balas Amira, agak lambat. Agak sahajalah...sebab, aku fan iron man.
"Itu sahaja yang kau tahukan.." sengih Shah, menyindir dengan kesombongan dewa.
Amira ketawa, dalam mengiyakan kata-kata kawan baiknya. Apakan tidak, kalau suruh diteka pelakon dari Korea Selatan itu, boleh kata hampir ke semua dia hafal. Majoriti lelaki sahaja. Perempuan...eh..eh,
"Tapikan...." Amira melihat tiket yang di berikan Shah kepadanya. Nama tajuk filem ini, macam dia pernah tengok. 'Luccia?'
"Woi, bangdigol!!! buat apa kau pilih cerita Luccia lagi. Bukan dah tengok ke?!!" marah Amira, dia menghempuk tiket pada kepala Shah. Kertas nipis, tak mengegarkan otak. Cuma, mengegarkan kemarahan yang membuak-buak.
Shah mengaru kepala. "Dah, ek..." Gatal.pula kepala. Baru lepas pergi salon...masih gatal lagi. Kena minta ganti rugi, ni.
"Aduh...inilah kata orang. Mengharapkan pagar, pagar makan padi." Amira berfalsafah seketika. Mengeleng dengan sikap kawan baiknya yang lupa, mereka pernah menonton cerita Luccia waktu pertama kali, ketika tengok wayang sama-sama dengan Hanani. Kawan mereka waktu sekolah dulu. Jika ikutkan, mereka rapat bertiga. Dua perempuan, dan Shah tersesat jantina, apabila dia seorang sahaja lelaki.
Dan sekarang, tinggal mereka berdua apabila Hanani...Hanani...
"Kau jangan salah sebut peribahasa. Pegar, bukan pagar." Shah cuba membetulkan. Hanani dah off the leg, sebab dah kawin. Crush aku tuu....bye-bye crush...tsk..tsk..
"Cikgu Azlina dah begitahu, pagar. Bukan pegar. Itupun, cikgu tunjuk manuskrip Melayu lama. Haaa...walaupun, dah berabad aku tinggal sekolah. Jangan bermakna, aku lupa ya..." Amira mulai mendabik dada. Bangga sekejap. Exam Bahasa Melayu pun, tahap lepas tengkuk sahaja. Bajet power...
Tapi, berjaya jugaklah nak dapat kerja. Walaupun sekarang ini, mereka masing-masing dah berkerjaya. Walau pangkat tak tinggi lapan belas tingkat, bolehlah. Ada kerja, nak cari makan. Ada masa lapang, pergi jalan-jalan. Dia masih tak lupa ilmu di sekolah. Cikgu-cikgu pun, dia masih boleh ingat.
"Haa..lamak..tahulah kelas A. Kelas Syafie..jangan hina aku di kelas hambali tau." Cemuih Shah, apabila kawannnya itu bangga dengan prestasi waktu sekolah. Angkat bakul sendirilah..Bahasa Melayu aku, A+ tau tak!! Ceh!!
"Tapikan, dari dulu aku teringin nak tahu kenapa mereka panggil kau, Shah sedangkan nama kau Hakim? apa kaitan?" soal Amira. Tak boleh nak rungkai tujuh misteri di sekolah. Dalam berborak panjang, kaki mereka sudah mulai menapak ke dalam pusat membeli belah.
Deru angin sejuk dari pendingin hawa, menapar wajah masing-masing. Hilang kehangatan sang matahari yang mencacak di pundak kepala.
Membeliak mata Shah. "Dah berzaman orang lain tahu, kau baru nak tahu?!! orang lain dah naik ke bulan, kau baru nak start enjin. Lambat... Ish...ish.."sindir Shah.
Amira meluat dengan sindiran kawannya itu. Matanya menyepet, dengan muka toya.
"Kau tengok muka aku. Tengok sekarang!! Hensem macam Shah rukh khan tak?" unjuk Shah pada mukanya yang mempunyai bulu mata lebat dengan kulit warna hitam-cerah manis. Manis jugalah, macam buah manggis.
Kembang lubang hidup Amira. Terkejut sekejap. "Kau, labun!!...jangan beri penghinaan pada idola aku." Amira mengeleng, cuba menafikan kenyataan yang tak berfakta dan tak logik. Buat loya tekak, dengan pengakuan berani Shah aka bajet hensem.
Shah ketawa apabila Amira ketawa sama. "Nama aku, asalnya nak letak Shahrul Hakim. Tapi, mak aku kata. Exam nanti susah nak tulis. Tu yang jadi singkat, Hakim je." ujarnya kemudian. "Shah, nama timangan masa aku baby."
"Baby ke babi?!" ulah Amira, bergurau. "Betul juga tindakkan mak kau. Kau bukan cerdik sangat!!" sambungnya selamba.
"Hoih, kau!!!" marah Shah, sebelum masing-masing ketawa lagi. Kalau tak bergurau kasar, memang tak sahlah mereka berdua.
Namun, sebaik tiba di muka gerbang wayang. Masing-masing memandang satu sama lain. Shah, dah tentu-tentu senggih disebabkan kesilapan dia. Mereka menonton cerita sama. Cerita 1990 punya, pula tu. Macam mana cerita lama, masih tayang balik. Musykil-musykil.
Amira memandang dengan muka toya. Silap dia juga, sebab dia minta kawan sengalnya itu membelikan tiket. Ajenya lahabau!!
"Popcorn??" soal Shah.
"Kau belanja. Aku nak personal punya. Big, bigger and biggest!! yang biggest tau" tangannya dilebarkan mengikut saiz popcorn yang dia mahu Shah belikan.
"Tau je. Tengok saiz badanlah.." anak matanya, mengerling ke arah Amira. Melihat saiz badan temannya.
Membahang perasaan Amira, dengan matanya dibesarkan.
"Woi!!! agak-agaklah kau sebut saiz. Aku tahulah kau jeles. Badan gempal!!" marah Amira.
"Ehem..ehem!! Makcik, pakcik, mahu popcorn?" Sebelum perbalahan berlarutan. Tiba-tiba si penjual popcorn mencelah, apabila dia melihat tiada kesudahannya perbalahan mulut di antara ukang dengan ukong. Badan masing-masing sekeping, tapi berbalah tentang saiz. Apa!! nak perli aku ke?! Penjual popcorn, sempat memberikan jelingan penuh aura pembunuh. Membara-bara! Kau orang silap cakap, melayang ruh ke langit!
Amira dan Shah hanya menunjuk saiz popcorn, sambil telan air liur. Tahu dah nasib. Silap cakap lagi, depan cik kaunter jual popcorn ni. Alamatnya, kena gali kubur sendiri. Mahu terbenam jika tak siap persiapan.
Selesai sahaja mendapatkan sebakul popcorn bersaiz paling besar setiap seorang, mereka menapak masuk ke dalam panggung.
'Siapa nak habiskan ini?' tanya Amira, dengan isyarat matanya menunjukkan bakul berisi popcorn yang tujuh keturunan makan, tak kebulur.
Shah memandang Amira, dengan mengunjukkan bakul popcorn miliknya. 'Aku pula??'
Si penjual popcorn, menyengih dengan senyuman paling tak dapat dipastikan. Cuma, nampaklah kejayaan si penjual popcorn apabila dapat menghabiskan popcorn baki semalam.
...
Sebakul popcorn, sudah kosong. Bersih berkilat. Tiada tanda-tanda pembaziran. Shah, menguap besar apabila skrin besar yang menayangkan cerita, melihat dirinya semula. Masakan tidak, cerita yang pernah ditayangkan dulu sudah dilihatnya. Alih-alih, tempat itu menjadi kamar peraduan tempat dia lena. Manakala, Amira masih memengang bakul popcorn yang penuh. Kakinya dihentak ke lantai, dengan perasaan bengang ketika keluar dari kawasan panggung. Nak sahaja dia lempiaskan kemarahannya, tetapi nanti kena sembur oleh kakak popcorn tadi. Kiamat dunia.
Sabar, adalah perkara logik yang boleh dipengangnya kini. Tunggu di luar nanti. Amira marah sungguh!!
"Ini bukan cerita Lucy, mangkuk!!!" marah Amira.
Terpinga-pinga Shah, kembali ke alam dunia apabila Amira menyumbatnya popcorn ke dalam mulutnya yang menguap besar, sekali dengan sebakul popcorn milik temannya itu "Jadi cerita apa?"
"Manalah aku tahu...satu jalan cerita pun aku tak faham. Kau beli tiket dekat mana?"
"Sloppy"
Dahi Amira berkerut. "Apa ke nama tempat, kau beli tiket. Berapa harganya??" soal Amira ingin tahu. Nama sloppy, ditaip dalam 'carian google'
Tak hada, beb!!
"Dua hinggit sekeping." balasnya, dalam sengihan lebar. Kakinya dah siap bersedia, untuk memecut langkah laju sebelum menjadi arwah yang tak rela. Patutlah aku tak pernah dengar nama cerita. Rupanya, memang tak wujud. Nasib murah..
Dari mata tak bulat, mata Amira membuntang. Hampir melongo dia, apabila harga tiket yang dibeli Shah berharga paling murah di alam benua. "Mana ada harga tiket wayang semahal itu, baghal!! kau sini...kau sini!!" tangannya, memanggil Shah yang sudah siap-siap menjauhkan diri.
Bagai monyet yang membuat kesalahan, Shah laju melarikan diri dari menjadi habuan singa betina. Laju sahaja langkahnya melarikan diri. Amira merengus marah. Bengang pula dia.
Tahu dah, kawannya memang tak boleh pakai. Cuba fikir, mana ada tiket wayang harga dua ringgit. Semuanya tujuh ringgit ke atas, itupun kalau ada promosi. Aiseh men, punya kawan.
Bak kata pepatah, kecik-kecik tak nak mati. Besar-besar menyusahkan orang. Orang utan betul!!
"Pocahontas?!!"
Amira, mengigit bibir. Dah kata dah tadi, jangan panggil aku pocahontas! Aku jadi the hulk karang.. "Apa?!!" Amira memaling. Nada suaranya meninggi, nasib tak cecah siling mall. Itupun, nasiblah mereka dalam mall. Kalau tak. Dah lama, guna selipar eco shop. Harga murah sahaja, dua ringgit empat puluh sen, sepasang. Eh..eh...termarketing pula.
Dari mata jatuh ke hati, dari hati..tiba-tiba rasa nak meletup. Bapak malu!! Sekali, terserempak dengan crush dari tadika.
"Ohh...maaf. Saya, tak berniat nak ganggu, Aaa..mira?" Lelaki berkemeja kosong, dengan lengan disinsing sampai menampakkan lengannya yang ala-ala pelakon filem Thor. Uishh...berurat kau~
"Eh...tak. Tak pernah menganggu. Ingat siapa panggil saya tadi, macam nak tempah maut..." Amira, sengih dalam malu menebal. Baru nak di hamunnya, orang yang memanggilnya dengan nama karakter disney. Rupa-rupanya, crush yang tegur daa....nasib tak melayang selipar eco dekat muka.
Oh, sebelum aku memperkenalkan latar belakang dan nama crush aku yang persis macam Kim Seon Ho selebriti dari Korea Selatan. Nama dia Haziq aka crush aku sejak tadika. Budak sekelas dengan aku, dan yang paling hensem di alam benua Afrika. Tak banyak bercakap dan bukan sejenis pendiam. So-so gitu.
"Asalnya, aku tak pandang dia ni. Sebab, yelah....tak nampak yang dia ni spesis mamalia hensem. Tapi, sebab dia caring sangat jaga waktu umur lima tahun. Cair hati wanita aku..uhukksss..." tersipu-sipu menahan malu. Uuuuuu~
"Kau bukan tak pandang, tapi sedar diri tak lawa." celah Shah, yang muncul tiba-tiba.
"Kurang ajar, kau ek!" selar Amira, sebelum dia menekup mulut. Teringatkan kewujudan Haziq yang berada di belakang mereka. "Cuba, kau jangan sampuk tiba-tiba." dia membisik, perlahan. Nak jadi bakal isteri, cakap kena lemah lembut. Auch!!
"Oh, awak dari mana?" ajunya, pada Haziq. Pada Shah, sudah diberi amaran kata dua. Tiket murah, tu masih belum setel.
"Awak...." sindir Shah perlahan. Separa berbisik. Berbulu lubang telinga, dengar.
"Saya beli barang dapur. Nak masak, barang dapur banyak yang dah habis."
"Tak tanya barang habis pun." perlahan nada suara Shah, seperti ular tedung mencelah. Amira, menjeling dengan reaksi, amaran. Lantak dialah, nak cerita ke tidak. Semak!!
Haziq tertanya-tanya tentang 'semak' yang mengacau perbualan mereka berdua. Namun, dia mula mengenali chips more yang tiba-tiba muncul. Patut macam kenal, ingat ane jual karpet. "Ini, Shah kan..kau orang dating berdua ke?" Tangan dihulur pada Shah. Shah, menyambut, dengan sengih yang dibuat-buat. Dating..dengan singa??? of course not!
Amira segera mengeleng. "Haahaha..tak. Kami kawan sahaja. K.A.W.A.N. Not hard feeling." nafi Amira, menidakkan setidak-tidaknya. Siap dieja perkataan kawan satu persatu. Cepumas punya soalan.
Nasib tak terkentut!
Shah membuat muka, loya. Dia mengangguk, apabila Haziq memandang ke arahnya. Nak jawapan pastilah tu. Ceh..
"Untunglah, ada orang rumah nak masakkan." Ujar Amira dalam senyum yang bermakna. Dari ditanya soalan cepumas yang tiba-tiba muncul. Baik tukar, topik. Dalam fikirannya, menyelam sambil minum air. Alang-alang, mancing umpan.
Kena ke tidak.
Haziq senyum lebar. "Mak saya yang masakkan. Orang rumah tu, masih belum ada lagi." jawabnya. Pancingan mengena.
Terkudim-kudim Amira menahan perasaan. Rasa nak meloncat! Kalau loncat betul-betul nanti, mahunya turun harga hantaran.
Shah meluat. "Kalau kau nak, aku boleh kenalkan kau dengan someone."
Membulat mata Amira, merenung Shah. Tak kelakar, e..kau....tapi, kalau kenalkan dengan aku. Okay!! ibu jari di angkat, setuju.
"Haha..aku segan. Siapa nakkan aku." Haziq merendah diri.
Sebelah kau, nak kau..."Aku tau, Kau memang tak laku. Tapi, jodohkan. Siapa tahu." ujar Shah, bermuka selamba dengan penangan menghina orang yang hensem. Macam tak kena.. Dalam monolog hati yang terdalam. Shah rasa menyampah dan sahaja menyumpah. Jangan nak rendahkan diri, aku akan tolong rendahkan kau tanpa diminta.
"InsyaAllahlah..nanti, aku bagi tahu kau. Erm, kau sekarang buat apa?" tanya Haziq, memgubah topik perbualan. Tampak, dirinya tak selesa membuka cerita tentang jodoh. Tambahan pula, di hadapan perempuan. Segan~
"Aku bawa lori." Balas Shah ringkas.
"Oh..Mira pula?" soalan sama, diajukan pada Amira.
Amira terkedu. "Ha...ha...haha..kerja biasa sahaja." Nak jawab nanti, macam tak sesuai je. Depan crush, kena update standart. Takkan nak cerita, saya driver van. Nampk macho tak, disitu?!!
"Kerja biasa, macam mana tu?" tanya Haziq. Shah yang berada di sebelah, hampir nak tergelak. Perempuan memang biasa kalau kerja sebegini, tapi jarang jumpa sahaja. "Aku kerja denga bapa saudara aku. Berniaga"
Nasiblah, dekat rumah aku dah rehearsal dengan mak aku. Kalau, ada crush tanya pasal kerja. Jawab sahaja, berniaga.
"Oh..okaylah tu." balas Haziq, mengangguk. Berbahasa, kata orang.
Shah ketawa kecil, sambil memaling muka. Bila crush tanya, conferm tak boleh jawab. Kerja Amira, tak banyak beza dengan kerjanya. Cuma, Amira bawa van sementara dia bawa lori.
Berniaga, sebagai pembekal barangan runcit. Kadang-kadang Amira keluar bawa van, hantar barang kepada pelangan.
"Okay. Aku balik dululah. Nanti mak aku tertunggu-tunggu pula. Assalamualaikum." Haziq minta diri. Shah angkat tangan, saat rakan sekelasnya beredar. Amira, hanya angguk sebagai isyarat sahaja. Cover cun, cepat sikit kena pinang.
Calon suami terbaik! getus Amira dalam hati. Berdebar, kau rasa. Nak luruh jantung!! Mujur, sempat sambut.
Shah pandang Amira yang sudah tersenyum-senyum dengan kelebaran sampai ke telinga. Terkekeh-kekeh kawan baiknya itu, seperti kera ketawa dapat bunga. "Kau dah kenapa?"
"Aku jumpa jodoh!" balas Amira pendek.
Shah geli hati. "Jodoh ke bodoh?!"
"Engkau kan...nasib mood aku baik harini. " Nak perkena aku, baliklah tu. Dahlah..esok pagi kau nak pergi kerjakan. Jom balik." Amira mula melangkah, menapak ke luar mall.
Shah mendepakan tangan. Menghalang Amira dari melanjutkan langkahnya "Makan dululah.."
Amboi, hilang tujuan hidup kalau keluar tak singgah pergi makan. Mengidam masakkan mamak tau.
"Oh..aku lupa. Kita tak makan lagi. Rasa kenyang tadi, sebab nampak crushkan." sengih Amira, memusingkan langkahnya ke ruangan foodcourt.
"Betik!!! dah jangan buat aku muntah hijau." utara Shah, bergerak sama ke foodcourt.
Kesian betik, nak mencarut kata-kata tak elok nanti. Berdosa. Itu yang tukar jadi betik. Betik, pun betiklah. Jangan kunyit. Serammm...
Amira buat tak endah. Langkah mereka, dimaju ke arah ruangan foodcourt. "Aku ingat aku dah tak boleh nak jatuh cinta. Tapi, sejak tersalah mesej dengan Haziq haritu. Aku baru tahu, yang aku dah jatuh cinta dekat dia." luah Amira tanpa sengaja.
Shah angguk sahaja. Dia tahu, tentang perkara itu. Dia sudah maklum dari Amira sendiri. Belum sempat beberapa minit, dah kelam kabut call dia haritu. Dey...dengar jelah.
"Jadi..." tanya Shah, tanpa minat.
"Engkaukan...tak mensupport betul." bengang Amira.
Shah mengeluh. "Bukan tak support. Dah seratus enam puluh kali, kau cerita benda yang sama. Aku siap, boleh hafal dialog kau tau. Lagipun, harini kita keluar sebab nak enjoy. Walaupun masing-maaing sepatutnya kerja. Tapi kita ambil cuti. Cuti sebab, harini last's day untuk tahun 2022. Tolong tinggal benda-benda cliche. Ini bukan cerita cintan-cintun." Shah, menaikkan keningnya. Dia menukar topik. "Apa azam kau..?" soal Shah setelah diselitkan ceramah panjang lebar. Siap bermukadimah dengan ayat tersusun ditulis dalam skrip.
"Azam aku.." Amira, senyum.
"Ya..?"
"Nak bye-bye 26! and, nak start adventure baru. Aku nak buka youtube and nak hasilkan novel sendiri." Sengih Amira lebar.
Shah angguk, memahami karakter kawan baiknya. "Kalau aku. Aku nak buang perasaan coward and wanted to be a confident person." Tangannya di angkat, menayangkan otot tangan yang tak seberapa menjadi. Fighting!!
"Bagus!!! let's move on. Aku dah siap tempah kek secrect recipe. Carrot cheese cake. Sebelum balik, kita singgah kejap."
Shah menayangkan isyarat good pada Amira. Harini, tarikh 31 December 2022 sempena akhir tahun 2022. Banyak perkara yang berlaku di usia mereka 26 tahun, yang baru bergelar pucuk dewasa. Baru mengenali kesusahan alam dewasa. Baru rasa nak bangkit berdiri. Esok, detik baru. Detik usia mereka akan mencecah 27 tahun. Misi baru nak capai target baru.
"Selamat tahun baru!!! moga, keberkahan tahun lepas akan membawa sinar baru pada tahun baru. Sedih pula aku!" Amira mengelap air mata yang bergenang. Dia berdiri di samping Shah, dengan jarak setengah meter. Jaga ikhtilat walaupun berkawan baik. Bertepuk tampar, masih gunakan alat supaya tak bersentuhan.
"Ya, jangan lupa. Walaupun sudah nak masuk tahun baru. Kenangan lama, masih ada manisnya. Saya masih single ya. Selamat tahun baru" ujar Haziq, muncul dengan senyuman besar.
Shah kerut dahi. Masa bila pula, mamat ini muncul. Amira malu-malu kucing. Ngiau...~
"Selamat tahun baru, and bye-bye 26!!!" ucap mereka serentak.
~TAMAT~