Laura pun mengemas barangnya untuk pergi ke rumah makcik raisya.
Ika:betul ke ni kau nak kerja kat sana?.. Kerja pembantu rumah ni bukan senang tau Laura...
Laura:hmm betul lah tu, tapi aku kena Cuba.. Mana tahu.. Kerja ni ngam untuk aku..
Ika:laura..aku ni nak sangat tengok kau bahagia,tolong dengar aku..kalau kau ada apa apa masalah.. Tak kisah masalah tu besar ke kecil ke...kau Bagitahu tau..aku tahu kau selalu tutup masalah kau kat aku.
Laura senyum :yelahh.. Dah lah aku nak letak barang aku kat kereta..
Hafiz:Laura.. Barang awak ni letak kat mana?..
Laura senyum:letak je kat belakang kereta..
Hafiz senyum:ok..
Ika senyum:wii kalau kau kahwin dengan hafiz kan, aku orang pertama yang sokong kau tau..
Laura:eh kau nii.. Ke situ pula..
Situasi di rumah Shahril.
Shahril:mak, shah nak kerja dulu tau..
Makcik raisya:yalah.. Eh ni mak ada nak Tanya kat kamu..
Shahril senyum:ada apa mak?..
Makcik raisya:nanti mak ada surprise untuk kamu..
Shahril:hmm hari jadi saya lama lagi mak..tapi kalau hari jadi mak pula dah lalu dah...
Makcik raisya:eh kamu nii..bukan tu lah.. ada orang gaji baru kat rumah nii..dia mudah lagi.. Umur kamu sama dengan dia.. 22 tahun.
Shahril senyum:yelahh mak..shah kerja dulu.. Sayang mama..bye mak..
Makcik raisya senyum:ye.. Hati Hati.
Situasi di pejabat shahril..
Pembantu shahril:tuan shah, saya dah dapat informasi tentang Hafiz..
Shahril senyum:menarik.. Pasti Tuan danial.. Akan percaya dekat aku..tunggu lah kau hafiz..
Situasi Laura dalam kereta bersama hafiz.
Hafiz:Laura..
Laura :yeee..
Hafiz:kalau Kerja kat sana.. Kena bagus bagus tau.. Takut dia tu jahat ke..
Laura senyum:insyaallah takde apa apa pun..
Hafiz pun menghentikan keretanya.
Laura:eh kenapa ni??
Hafiz pun memasang rantai di leher Laura.. Laura begitu menyukai Dan terlihat sangat cantik.
Hafiz senyum:suka?..
Laura :suka sangat.. Apa ni awak hahah
Hafiz pun memegang tangan Laura.
Hafiz:hari ni.. Saya nak beritahu awak yang sejujur jujurnya..yang saya.. Suka kan awak..
Laura pun seketika terdiam..
Hafiz:saya.. Tak boleh berbohong dalam hati lagi..
Laura senyum :awak..saya Terima awak apa adanya.. Tapi.. Saya kena ada pengalaman bekerja dulu..saya terpaksa tinggalkan awak..kalau awak nak tahu..Saya pun suka kan awak..
Hafiz senyum:baiklah...kalau awak sukakan saya, awak kena lah cium pipi saya dulu..
Laura tertawa:eh melampau lah awak nii..
Hafiz tertawa:hahahahah gurau je lah hahaha..
Sesampai sahaja dirumah makcik raisya,
Hafiz:Laura...kalau awak sayangkan saya,tolong jangan sakiti Diri tu lagi ye..saya taknak awak sakit, Dan bila awak sakit.. Saya lagi sakit..
Laura:jangan risau lah hafiz.. Saya boleh jaga Diri saya...awak Tolong jaga Diri kalau memandu tu..tau??
Hafiz:ok sayang hahah
Laura:hahah dah lah saya masuk dulu..
Hafiz:eh by the way, besar juga rumah makcik raisya nii..
Laura senyum:entah lah..Alhamdulillah yang penting aku dapat rasa tinggal juga di rumah besar nii...OK lah bye..
Hafiz:bye..assalammualaikum
Laura:waalaikummussalam..
Laura pun memasuki rumah makcik raisya dengan senyuman yang manis..
Makcik raisya tersenyum:eh Laura..masuklahh
Laura begitu terpegun melihat rumah makcik raisya yang begitu cantik sekali,semua barang disusun rapi Dan kemas sekali.. Seperti ada pembantu rumah yang lain selain Laura.
Laura senyum:CANTIKNYA rumah Anty.. Wahhhh..eh sorry mak..
Makcik raisya senyum:takdelah ni.. Rumah anak mak..
Laura:ooh anak mak yang sama umur dengan saya tu kan?...
Makcik raisya:eh mana kamu tahu?
Laura senyum:laaa makcik yang cerita kemarin tu..hahaha..
Makcik raisya :laa makcik Lupa pula..
Pembantu rumah hani:silakan minum Puan...
Makcik raisya:HA ni pembantu rumah kita yang baru..
Laura terkejut :mak kata kemarin.. Mak takde orang gaji selain Laura..
Pembantu rumah hani:saya dah bagitahu dia, tapi dia kata dia nak anak angkat..
Sebelum Laura sampai,
Shahril senyum:yelahh mak..shah kerja dulu.. Sayang mama..bye mak..
Makcik raisya senyum:ye.. Hati Hati..fuhh aku terpaksa tipu anak aku..macam mana aku nak bagitahu dia, kalau aku ambil anak angkat..
Kini,
Laura berwajah menyesal:tapi mak.. Kalau dia tahu, mesti dia marah tu..
Makcik raisya memegang tangan laura:mak nak minta kamu.. Jadi anak perempuan mak.. Mak tahu kamu masih belum lupakan mak ayah kamu..tapi.. Mak mohon tolong jadi anak angkat mak..
Laura merasa kesian kepada makcik raisya yang menangis kerana menginginkan anak perempuan..
Laura:Baiklah..tapi anak mak kena tahu hal nii..
Makcik raisya:tolong jangan beritahu dia...dia akan marah kalau dia tahu..kamu berpura pura, menjadi pembantu rumah kat sini.. Boleh kan??..
Laura senyum..
Situasi Shahril merasa kan sesuatu di dalam hatinya..
Pembantu zafuan:Tuan OK ke ni?..
Shahril:saya OK.. Cuma..
Pembantu zafuan:cuma??.. Tuan sakit jantung ke??.. Saya panggil liyana ambil kan air..
Shahril:tak perlu.. Saya cuma rasa tiba tiba nak pulang.. Tak tahu kenapa..
Situasi Laura menyusun barangnya di sebuah bilik kosong yang cantik sekali..dia pun menangis sambil memegang potret ibunya kerana Laura sangat Merindui ibunya.
Laura menangis:ibu.. Laura Gembira sangat..laura dah dapat kerja yang baik ibu.. Laura sayang sangat kat ibu.. Terima kasih doakan saya ibu..saya akan teruskan hidup ini tanpa ibu..
Makcik raisya yang mendengar kan kata kata Laura pun ikut menangis.. Kerana dia tahu bagaimana sakit nya kehilangan ibu yang tercinta..
Laura teringat dulu,
Boss restoran teriak:Laura!!... Nii kenapa tak bersih kan!!.. Kamu ni nak makan gaji buta ke!
Laura:maaf boss.. Saya tadi kemas meja tu..
Boss restoran:HA nak melawan..
Laura :maaf kan saya boss..saya bersih kan..
Laura pun melakukan kerja dengan bersungguh sungguh, tapi dimata bossnya.. Dia hanya memeningkan kepala..
Boss restoran :kalau tak pandai buat kerja, tak payah kerja sini lagi..buang masa je..
Kini..
Makcik raisya pun memasuki bilik Laura lalu memeluk Laura..
Makcik raisya:mak tahu kamu sedih..
Mereka pun menangis bersama..
Malam pun tiba, Shahril yang begitu merasa penting lalu masuk ke dalam rumahnya..
Shahril:mak..
Makcik raisya:eh Shahril.. Kenapa nii..
Shahril pun melihat seorang wanita tapi wajahnya tak jelas..
Shahril:kau.. Siapa kau!??
Laura:kauu....
Makcik raisya:eh Shahril!!!...
Shahril pun pengsan kerana terlalu memikirkan perasaannya yang terus berdenyut..
Pagi pun tiba, Laura pun mengganggu Shahril yang sedang tidur di sofa dengan mencucuk telinganya menggunakan lidi lalang..
Shahril terganggu:hishhh apa nii..
Laura tertawa Senyap..dia pun memandang wajah Shahril dengan begitu rasa cinta.. Kerana dia baru tahu, jika orang yang ibunya ingin kenal kan kepada Laura adalah Shahril..
Laura tersenyum manis melihat kemanisan di wajah Shahril..terserlahlah sinarnya wajah Laura Dan Shahril..
Laura senyum:kau rupanya...
Bersambung..