webnovel

Bab 15

"Kringg"jam locengku berbunyi tepat pada pukul 6 pagi.

Di sebelahku, Haris masih lagi tiada. Sejak kejadian kelmarin, Haris menjadi dingin dengan aku. Langsung tidak bercakap dengan aku, pandang pun tidak!!

"Ahhh biarlah dia tu. Nak merajuk sangat kan!" aku mengaru-garu kepalaku.

Hari ini hari isnin. Welcome back to schoo(hell). Malasnya huaaa.

Aku bersiap-siap ke sekolah. Aku turun ke bawah dan terlihat Haris dan Papa sedang breakfast.

"Morning Fatin. Makan la dulu" kata Dato Zasran.

"Okay pa"balasku. Aku duduk di meja makan sebelah Haris.

Haris masih lagi tidak memandang aku dan tidak bercakap langsung. Sibuk bermain telefon bimbit.

"Haris, put down your phone please" kata Dato Zasran.

Haris segera meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan tetapi dengan agak kasar.

"Haris dengan Fatin ni gaduh ke?"tanya Dato Zasran.

Haris hanya diam tidak membalas. Papa memandang aku pula supaya aku menjawab soalan itu.

"Err takde la" balasku sikit teragak.

"I know something is wrong. But please, both of you jangan la gaduh" kata Dato Zasran.

"Betul la Papa, memang tak gaduh laa" balasku cuba meyakinkan Papa.

Haris daripada tadi hanya diam sahaja.

"Kalau ada masalah, selesaikan lah dengan cara baik jangan lah sampai berdendam dengan orang. Ingat jangan..." belum sempat Dato Zasran menghabiskan ayatnya,

Ayish tiba-tiba mencium pipiku.

Dato Zasran terus terhenti kata. Aku kaku. Jantungku berdegup dengan sangat kencang.

"Puas?" kata Haris kepada Papa.

Haris terus menarik tangan aku masuk ke dalam kereta.

Aku tidak berani memandang atau bercakap dengan Haris. Tak tau la sama ada aku takut atau malu..

"Huaaa kenapa dia kiss aku!!" bisikku.

Haris langsung tidak bercakap di dalam kereta.

Jantungku masih lagi berdegup kencang.

"Relax Fatin.. Breathe in.. Breathe out.."

______________________________________________

Sesampainya di dalam kelas aku duduk diam-diam. Haris pula masih lagi diam.

"Supppp Fatin!" kata Aaron sambil ingin mengsep tanganku.

Tetapi Akmal menolak Aaron ke tepi.

"Tak payah layan Aaron ni. Morning Fatin.." kata Akmal dengan senyuman manis.

"Comelnya dia ni!!" bisikku.

"Morning Akmal, Aaron" balasku.

"Kau semakin jahat kan dengan aku Akmal. Er riss kau apa cerita" Aaron terus memeluk bahu Haris.

Tetapi Haris cepat-cepat melepaskan Aaron sehingga Aaron jatuh.

"Mak aihh dia ni kalau marah pun jangan la buat orang sampai macam tu.."

"Aku dah kata kan jangan pegang aku!" balas Haris memandang tepat ke arah Aaron.

Akmal bantu Aaron bangun. Aaron mengesat seluarnya yang terkena habuk lantai.

"Ish kau ni riss, aku gurau je kot jangan la marah sangat" kata Aaron.

Cikgu Ros masuk ke dalam kelasku untuk memulakan sesi pembelajaran waktu pertama.

"Class, harini cikgu nak bagitau sesuatu" kata Cikgu Ros.

"Apa dia, cikgu nak kahwin ke?" kata Aaron.

Satu kelas 5 Aster ketawa.

"Ish Cikgu dah kahwin la Aaron. Cikgu nak buat lawatan pergi ke Pulau Pangkor. Cikgu nak semua murid dalam kelas ni boleh pergi" kata Cikgu Ros.

Semua pelajar di dalam kelas 5 Aster

bersorak keriangan. Kecuali Haris of course..

"Mesti lah boleh cikgu!" kata Johan.

"Cikgu buat lawatan ni bukan suka-suka ye. Tapi ni lawatan sambil belajar untuk mata pelajaran bahasa melayu" kata Cikgu Ros.

Semua pelajar mengeluh.

"Cikgu nak lepas lawatan tu, kamu semua kena buat pembentangan apa yang istimewa kat Pulau Pangkor tu" kata Cikgu Ros lagi.

"Pembentangan tu sorang-sorang ke cikgu?" tanya Akmal.

"Tak. Saya nak kamu semua buat dalam kumpulan. Satu kumpulan 2 orang. Memandangkan meja dalam kelas kamu ni semua dua, saya nak kumpulan kamu ialah orang di sebelah kamu" kata Cikgu Ros sambil tersenyum.

Aku memandang Haris. "Haris!!! Aku kumpulan dengan Haris?! Macam mana nii huaaaaaaa"

"Wah bagus lah cikgu. Saya kaw team sangat dengan Akmal ni" kata Aaron sambil memeluk Akmal.

Akmal memandang aku dengan senyuman. Tapi senyumannya kali ini nampak tidak ikhlas.

"Bila lawatan ni cikgu?" kata Haris. Eh ingatkan dah tak ada suara dah!

"Jumaat ni. Balik hari ahad. 3 hari 2 malam" balas Cikgu Ros.

"Aaaaa jumaat ni?! Cepatnyaaa!!" aku menghantuk kepalaku di meja.

______________________________________________

Pejam celik sudah hari jumaat. Aku bangun dan menyiapkan diri.

Aku dan Haris masih lagi tidak bercakap dan bertegur sapa.

Nak merajuk sangat kan!!

Selepas menyalam Papa, aku dan Haris bergerak ke sekolah.

"Excited tak Fatin!!" kata Aaron sambil membawa sebuah beg beroda.

"Excited laa" balasku.

Akmal ketawa melihat Aaron dan aku.

Haris pula diam sahaja. Haris ni mulut dia ada emas ke sampai susah sangat nak bukak?..

Di dalam bas aku duduk di sebelah Akmal memandangkan Haris menyuruh Aaron duduk di sebelahnya.

Sesampainya di Pulau Pangkor kami semua bergerak ke tempat berkumpul.

"Okay semua, sekarang ni cikgu akan bagi kunci chalet kamu semua. Ketua kumpulan sila ambik" kata Cikgu Ros.

"Kejap chalet? Ketua kumpulan? Takkan la aku tidur sebilik dengan?.."

Selesai sahaja Cikgu memanggil nama setiap ketua kumpulan, hanya tinggal aku dan Haris.

"Haris, Fatin. Awak berdua ni kumpulan kan? Tapi awak dua ni je yang ganjil sekarang ni. Saya ada satu kunci je lagi. Nampaknya salah seorang daripada kamu kena share bilik dengan orang lain" kata Cikgu Ros.

"Cikgu bagi je bilik tu kat Fatin. Saya share bilik dengan Akmal dan Aaron" kata Haris.Fuhh lega..

Cikgu Ros memberi aku kunci itu.

Aku berjalan ke arah chalet aku. Nampaknya chalet aku betul-betul sebelah chalet Akmal, Aaron dan Haris..

"Hai neighbour!!" kata Aaron.

Aku melambai ke arah Aaron.

"Kalau awak nak apa-apa bagitau saya. Nanti saya tolong" kata Akmal sambil tersenyum.

Aku senyum balik ke arah Akmal. Aku masuk ke dalam chalet itu dan terus baring di atas katil.

"Bestnya sorang-sorang yay!!" aku menggulingkan badanku di atas katil.

Cikgu memberi kami masa rehat sampai pukul 8 malam lepas itu keluar balik berkumpul.

Memandangkan sekarang baru pukul 12, baik aku tidur dulu..

Belum sempat aku melelapkan mata, pintuku diketuk.

Aku segera bangun dan membuka pintu.

"Haris?.. Awak buat apa kat sini?" kataku.

Aku terkejut melihat Haris.

"Aku nak tidur. Aaron berdengkur kuat sangat sampai aku tak boleh tidur" balas Haris lalu terus masuk ke dalam bilik aku.

"Eyy awak ni, kalau orang nampak macam mana?!" aku cuba menarik Haris keluar.

Tetapi Haris melepaskan pegangan aku.

Haris membuka bajunya dan terus baring di atas katil aku.

"So? Kau nampak macam aku kisah ke?" kata Haris sambil bermain telefon bimbit di atas katil.

Haris hanya memakai seluar.

Badannya jelas kelihatan.

"Badan dia ni kenapa seksi sangat? Tak boleh ke jadi buncit ke apa?.." bisikku.

"Awak ni tak reti nak pakai baju ke? Distracted tau tak!" kataku.

Haris tersenyum sinis. "Asal kau distracted tengok badan aku? Tergoda?"

"Distracted la! Eee dah la saya nak tidur. Jangan rapat-rapat!" aku terus baring di atas katil.

Tiba-tiba Haris memeluk aku daripada belakang. Terasa badannya yang hangat itu.

Jantungku berdegup sangat kencang. Aku rasa jantung aku ni dah boleh menang marathon sebab laju sangat!!

"Apa awak buat ni.."kataku cuba melepaskan pelukan itu.

"Please... Stay like this.." kata Haris. Suaranya seakan lemah. Nafasnya kedengaran kuat di telinga aku.

Aku menelan air liur. Jantungku masih lagi berdegup kencang. Aku kaku tidak bergerak..