webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · วัยรุ่น
Not enough ratings
60 Chs

Melangkah ke febuari

Aku hanya mengikut belakang Zafril. Tertanya-tanya jugak siapalah perempuan tu.  Sampai sahaja di kantin. Di sebuah meja. Seperti ada satu kumpulan yang semuanya lelaki.

"Er... Kata ada perempuan. Kau tipu aku eh?" Aku berbisik kepada Zafril.

"Nak duduk dengan aku ke? Nanti Ada pihak ke tiga. Yang namanya syaitonnnnn." Zafril pula yang kenakan aku kali ni. Tak memasal-masal malu.

"Aku duduk sanalah." Meja sebelah aku tunjuk.

"Nanti kalau nak apa-apa bagitahu jelah." Beritahu Zafril. Dahi aku di jentik perlahan.

Zafril mengambil tempat duduk sebelah Fahmi. Fahmi hanya memandang sinis dekat Zafril.

"Apa kau?" Zafril mula tak selesa dengan pandangan Fahmi juga pandangan rakannya yang lain.

"Since when?" Fahmi bertanya.

"Apa?"

"Tuuuuu. Kau dengan Tia." Celah Fakrul.

"Mana ada. Kawan jelah." Jelas Zafril.

"Yelah tu. Kalau bukan aku kebas nanti." Mata Zafril laju memandang tajam ke arah Fahmi.

"Kalau Fahmi tak kebas. Aku yang kebas. Haha." Balas Fakrul pula.

"Korang ni gatal eh. Pantang nampak perempuan." Tegur Zafril.

"Gatal konon. Dia punya gatal tak kira." Mereka mula ketawakan Zafril.

"Dah lah. Aku nak beli makanan." Zafril terus bangun menuju ke arah Tia.

Tia hanya senyum.

"Kau nak makan apa? Aku beli."

"Berlanja ke?" Aku tersengih.

"Berlanja jelah kau tahu. Cepatlah nak apa?"

"Kan selalunya lelaki yang berlanja perempuan. hehe."

Dahi aku di jentik perlahan.

"Uuwwwww." Serentak kawan Zafril berbunyi.

Zafril hanya menggeleng kepala.

"Nak mee rebuslah." Zafril terus bergerak menuju ke tempat jualan.

Datang dua orang kawan Zafril duduk hadapan aku. Aku hanya tundukkan kepala malu.

"Awak ni girlfriend Iman ke?"

"Huh? Dia cakap macam tu ke?" Aku dah nak suka ni.

"Dia cakap kawan. Tapi tak percayalah." Beritahu Fahmi.

"Kawan eh. Er yelah tu." Melepas.

"Nak kenal boleh?" Fakrul senyum-senyum dari tadi. Buatkan aku tak selesa pula.

Tiba-tiba telinga diorang di jentik oleh Zafril. Aku hanya ketawa kecil.

"Adurh! Kau ni, aku nak try je."

"Tak elok kacau anak dara orang." Zafril meletakkan mee rebus di hadapan aku.

"Tak elok ke cemburu? Hehe." Mereka berdua terus pergi.

Zafril duduk di hadapan aku. Aku hanya senyum. Tiba-tiba rasa malu pula.

"Kenapa?" Tanya Zafril.

"Tak. Jemput makan ye." Aku terus menyuap mee tersebut ke dalam mulut aku dan di keluarkan semula.

"Eh?" Zafril terkejut dengan tindakan aku tadi.

"Panas!" Jerit aku.

"Larh. Tiup la dulu kau ni pon... Bak sini."

Mee rebus aku di rampas. Dia mula gaulkan makanan tersebut. Mengeluarkan wap panas yang ada supaya panas mengurang. Baiknya kau.

"Nah." Zafril terperasan yang aku hanya memandang dia. Dia mula berpaling ke arah lain. Lalu mengusap tengkuknya. Dia malu?

"Terima kasih." Zafril terus bangun dan duduk di meja tenpat kawannya.

Terasa bahagia pula. Adakah mimpi? Pipi aku di tarik. Sakit. Ini kenyataan. Aku makan dalam keadaan bahagia.

Zafril hanya melihat Tia makan dari jauh. Dia tersenyum. Gelagat Tia buatkan dia senang hati.

'In Sya Allah kita kembali ke febuari yang dulu.'

Bisik hati Zafril.