Aku masih menunggu jawapannya. Suasana mula bertukar sunyi.
"Mungkin." Hanya tu yang dia katakan.
Come on Zafril katakan lebih dari itu. setakat mungkin, buat aku lagi tertanya-tanya.
Aku hanya tergelak kecil.
"Kenapa kau gelak?" Zafril memandang aku.
"Zafril, aku tahu aku tak akan dapat jawapan penuh dari kau. Mungkin ada sebab kau sendiri kenapa kau jadi macam ni. Aku tak tahu kenapa kau always buat aku tertanya-tanya dengan jawapan kau yang mungkin tu dan kali ni mungkin aku dah malas nak mengharap apa-apa."
"Kau dah putus asa ke?" Riak wajah Zafril kali ni aku tak faham. Sama ada dia kisah atau pun tidak.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.
"Mungkin." Ringkas aku berkata. Dan aku terus pergi.
Zafril hanya melihat Tia yang semakin jauh. Dia memegang dadanya yang terasa sakit tiba-tiba. Kenapa?
Mengeluh.
"Kenapa dengan aku ni?" Zafril mula tak keruan.
"Kenapa kau suka buat Tia macam tu Zafril?" Zafril monolog seorang diri.
Serpihan batu dia tendang sekuat hati.
Lagi sekali tangannya di lekapkan pada dada.
"Ni agaknya yang Tia rasa sebelum ni."
Kali ke dua Zafril mengeluh. Zafril mendongak ke langit. Hanya hitam dan kosong. Begitu juga dengan hatinya gelap dan sepi.
Tia termenung di hadapan rumahnya. Punggungnya di labuhkan pada bangku kayu.
"Adurhhh! Kenapalah aku cakap macam tu tadi. Rasa sebersalah pun ada. Hmm." Tundukkan kepala.
"Argh! Salah dia juga, asik-asik mungkin." Pokok bunga kertas dia petik dan di koyakkan satu persatu.
"Tapi kan, Zafril masih lagi cari hati dia yang hilang. Selepas mati bersama ibunya. Hmm. Aku patut faham semua tu."
Tia mendongak ke langit. Memang gelap dan cukup gelap.
"Kau tahu Zafril, segelap-gelap langit pada waktu malam. Pasti ada satu bintang yang menemani hingga waktu siang." Jari terlunjuknya di ajukan pada satu bintang yang baru muncul di sebalik awan.
"Macam tu juga dengan aku Zafril. Aku akan sentiasa ada di sebalik hati kau." Perlahan-lahan tangan di turunkan.
"Lenguh. Dah lah lebih baik aku tidur." Tia terus masuk ke dalam rumah.
Zafril hanya sandarkan diri pada tembok batu rumah Tia. Senyum.
***
24 Febuari 2010.
Amirul telah buat keputusan untuk berhenti sekolah. Dia sekarang dalam proses untuk memasuki pusat pemulihan akhlak. Aku hanya senyum bila lihat dia semakin baik.
"Hai Tia." Amirul menyapa.
Sebelum dia melangkah keluar dari sekolah ni. Dia ingin berjumpa dengan Tia sebentar.
Aku hanya mengangkat tangan.
"Kau ok?" Tanya aku.
"Aku ok. Jangan risau. Aku sebenarnya nak..."
"Aku maafkan." Tak sempat Amirul habiskan ayat. Aku terus berikan jawapan.
Amirul tundukkan kepalanya. Sebersalah masih berlenggu dirinya.
"Jangan risau. Aku memang dah maafkan kau. Cuma kau kena janji dengan aku satu benda. Boleh?"
"Apa dia?"
"Janji yang kau akan berusaha untuk pulihkan diri kau."
Amirul senyum. Jari kelingking dia angkat.
"Janji."
Amirul pun pergi sambil melambai. Gembira bila melihat Amirul semakin ceria. Tak perlu siksa diri lagi.
"Alhamdulillah."
Berjalan menuju ke kelas.
"Bosannya. Zafril sibuk dengan latihan bola."
Sampai sahaja dalam kelas aku sembamkan kepala aku atas meja.
"Heish! Orang yang buat aku semangat nak ke sekolah hilang secara tiba-tiba."
Dan tiba-tiba dia sembamkan juga kepalanya bersebelahan dengan aku. Kami saling bertentangan mata antara satu sama lain. Kau rasa?
"What the.." Laju aku angkatkan kepala.
Zafril hanya senyum.