webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · วัยรุ่น
Not enough ratings
60 Chs

Ikatan (extra)

Aku dan Zafril sedang menikmati pemandangan di pantai. Bila habis je SPM kami bercadang untuk pergi ke Pantai Pangkalan Balak Melaka.

"Tia hulurkan aku roti jap." Aku buat-buat tak dengar.

"Dah lah tinggalkan aku sorang-sorang tadi. Lepastu mamat mana entah datang nak kacau. Menakutkan." Bebel aku sorang diri.

"Membebel apa sayang?" Zafril bertanya.

Perlahan aku memandang dia.

"Sa... sayang?" Zafril senyum.

Laju tangan aku menumbuk-numbuk pasir pantai.

Zafril mencuit lengan aku.

"Apa?"

"Bak dua-dua tangan." Minta Zafril.

"Nak buat apa?" Hati aku berdegup tak terkata.

Zafril menarik terus kedua belah tangan aku. Memegang dengan erat. Aku jadi malu bila dia buat macam ni.

"Ok. Aku minta maaf sebab tinggalkan kau sorang-sorang tadi. Tak sengaja." Ucap Zafril.

"Eleh yelah tu. Entah-entah terserempak dengan perempuan mana entah tadi." Menjeling.

"Tak ada pula terserempak dengan mana-mana perempuan tadi. Tapi kalau kau nak aku buat macam tu. Sekarang pun boleh." Zafril acah-acah hendak bangun.

"Eh! Tak payahlah. Duduk je sini." Aku menarik kuat tangannya.

"Takut."

Zafril senyum melihat Tia.

"Sayang aku tak?" Zafril membelek-belek jari aku.

"Huh?" Aku tergamam sekejap. Jangan lah buat aku malu kat sini.

Aku diam untuk beberapa minit.

"Lambatnya nak jawab. Aku tanya orang lain jelah." Ugut Zafril.

"Tak payahlah gila. Adurh! Dia ni." Dia buat aku tertekanlah.

Zafril hanya ketawa.

"Ye. Sayang!" Jerit aku.

"Amboi marah."

"Kenapa tanya?"

"Bagus soalan kau. Sebab tak lama lagi aku dapat kerja. So aku akan jadi sibuk sikit." Beritahu Zafril.

"Awalnya. Dekat mana? Apa kena mengena dengan sayang?" Pelik aku baru je habis SPM dah dapat kerja.

"Banyaknya soalan. Kerja dekat syarikat ayah aku."

"Ayah kau ada syarikat?" Tak pernah pula aku tahu.

"Adalah. Jadi aku kena belajar dari awal sikit demi sedikit. Lepas tu sambung belajar." Zafril tak henti-henti belek jari aku. Dah kenapa mamat ni?

"Kenapa kena kerja situ?"

"Heish! Banyak tanyalah kau ni. Anak ayah aku sorang je tau. Nanti ayah aku dah tua siapa yang nak uruskan syarikat dia?" Aku pula yang Zafril tanya.

"Er... Kau?"

"Huh tahu pun. Kecil eh jari kau ni?" Kata Zafril.

"Yang kau ni dari tadi main jari aku dah kenapa?" Aku juga turut lihat apa yang ada pada jari aku.

"Kau pakai cincin saiz berapa?" Selamba muka Zafril bertanya.

"Cin... cin?" Dia nak belikan aku cincin ke? Aduhai.

"Kenapa?"

"Sebab aku ingat nak betunang dulu sebelum aku kerja."

"Serious lah? Tak percaya! Kau selalu kenakan aku." Aku berpaling dari dia. Malas nak layan. Kejap lagi dia cakap prank.

Zafril menarik semula tangan aku.

"Kali ni aku serious sayang tak main-main." Zafril memandang aku dengan senyuman.

***

Hujung minggu pun tiba. Keluarga Zafril pun datang ke rumah. Mereka cadang untuk merisik sekali tunang. Aku macam tak percaya semua ni berlaku.

Mak cik sedara Zafril datang menghampiri aku. Cincin belah rotan disarungkan pada jari manis aku.

Selesai semua. Aku cari kelibat Zafril di sekitar rumah.

"Dia tak datang ke?"

"Cari Zafril ke?" Ayah Zafril bertanya.

"Aah pakcik. Dia tak ikut ke?"

"Apa panggil pakcik. Panggil Ayah je. Ada dalam kereta sana, pergilah." Kereta bewarna hitam ayahnya tunjuk.

Aku senyum.

Cermin kereta aku ketuk. Laju Zafril menekan butang cermin kereta.

"Dah selesai ke?" Zafril bertanya.

"Aah. Kenapa tak turun?"

"Kejap lagi lah." Dia mengusap tengkuknya.

"Kau malukan." Aku mengagak.

"Tak." Laju Zafril menjawab.

"Yelah tu."

"Tak sayang." Selamba Zafril memanggil aku dengan perkataan sayang.

"Jom my fiance." Aku hulurkan tangan.

"Pergi mana?"

"Er... Makan?" Aku senyum.

"Baik my fiance." Zafril senyum.

HABIS SUDAH

Oh Wait! Saya akan keluarkan "Back to february 2". So nantikan ye. Please support me at another novel "K-Clique Genggam cinta aku" -Fanfiction. TQ!

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

scvrletcreators' thoughts