169 Gangguan Kemahiran

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Perbezaan 6 tahap memang bukannya perkara kecil. 6 das Anti Tank Missile yang dilepaskan kepada Ahli Sihir Api tadi seolah-olah sekuat serangan biasa sahaja. Mereka juga beruntung kerana musuh jenis ahli sihir yang sememangnya tidak mempunyai tubuh gagah. Jika musuh bos jenis Strength, anti tank missile yang dilepaskan tadi pastinya bagaikan mencurah air ke atas daun keladi.

Ye Xiu dan Su Mucheng memang menyedari perkara ini. Mereka sebenarnya hanya hendak mendapatkan lebih banyak masa tambahan sahaja.

Sungguhpun begitu, Ahli SIhir Api masih menghampiri mereka berdua. Sebaik sahaja mereka memasuki kawasan penyerangannya, dia menaikkan tongkat sakti dan menjampi. Dua bebola api gergasi terbentuk dan turun dari langit ke arah mereka.

Ahli Sihir Api terus mengejar sambil menjampi ilmu sakti.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com

avataravatar
ตอนถัดไป