webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · แฟนตาซี
Not enough ratings
13 Chs

Bab Dua_Menyesuaikan diri

Aku tinggal di rumah Dato hampir sebulan. Segala kerja-kerja rumah itu, aku cuba buat. Walaupun telah beberapa kali di larang oleh Dato dan semua orang gajiannya. Namun aku tidak mahu duduk di rumah orang hanya bergoyang kaki. Setiap kali masak di dapur, aku cuba membantu. Setiap kali Dato mengajak aku makan di meja, aku akan menolak dan hanya makan di ruang dapur bersama orang gajian Dato. Tingkah laku aku di perhatikan oleh Dato. Suatu malam, selepas aku menyelesaikan pembacaan ku dalam beberapa muka surat Quran,tiba-tiba bunyi pintu bilikku di ketuk. Biasanya, Alia atau Mak Tam akan datang mengetuk pintu jikalau waktu-waktu seperti ini. Tapi tiada siapa yg membuka pintu itu. Setelah aku menjawab, ya.. barulah pintu itu dibuka sedikit.

"Boleh aunty masuk?" Suara Dato jelas kedengaran di hujung pintu. Aku meletak Quran di atas meja sisi katilku.

"boleh apa salahnya.. Masuklah, Dato." aku membuka luas pintu bilik itu. Dia memandangku sambil memegang bahuku.

"Jangan la panggil Dato, panggil mama. Mama pun, mak Delaila juga." dia tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya.

"Maaf la, Da.. Mama. Saya tak biasa lah. Tak apa ke panggil mama? Nanti ada orang lain marah plak." Aku menunduk.

"Jangan lah macam tu Delaila. Mama memang sepatutnya jaga Delaila dari dulu lagi. Sebab harta mama, harta Delaila juga." aku memandang ke arahnya. Dia menghulurkan aku sebuah kotak kayu dan kami duduk di birai katilku. Kami membuka dan membelek beberapa keping gambar lama dan beberapa surat perjanjian.

"Inilah gambar arwah mak dan ayah Delaila. Mereka berkenalan semasa belajar di England. Arwah mak Delaila asal Melaka dan ayah pula orang Johor. Kedua-dua orang tua mereka sudah tiada. Selepas mereka balik ke Malaysia, mereka berkerja keras. Siang malam berkerja dan mereka berjaya membina empayar syarikat kita sekarang. Selepas diorang dah berjaya, ramai yg cuba menjatuhkan kami. Namun arwah mak ayah kamu orang yg kuat. Diorang cuba menentang tapi malang tidak berbau. Akhirnya, mereka pergi meninggalkan kami menguruskan semuanya. Dan tak sangka pula, arwah uncle pula yg pergi." katanya terhenti sebak. Aku melihatnya dan mengosok bahu Dato.

"Boleh saya tanya? Arwah uncle sakit apa, mama?" dia mengelap air matanya.

"Jantung." Aku mengangguk tanda faham. Tanganku mencapai satu surat dan membacanya. Ianya salah satu wasiat yang di tinggalkan ibuku utk Dato Salawati. Antara wasiatnya adalah utk aku. Aku terkejut dengan isi surat itu dan terus memandang ke arah Dato. Dato hanya mengangguk dan membenarkan aku meneruskan baca kesemua wasiat itu. Air mata aku tib-tiba mengalir. Aku tidak tahu samada mahu menangis atau gembira.

"Sebahagian dari Seri Merak Holding dan aset mama adalah milik kamu sebenarnya Delaila. Kamu adalah pemilik yg sah. Mereka dah wasiatkan kami utk menjaga kamu. Tapi ketika itu, kami mengalami saat kejatuhan. Jadi saya memng tidak dapat bantu kamu ketika itu. Setelah semuanya selesai. Mama cuba cari kamu di merata tempat. Akhirnya mama dapat juga jumpa kamu. Mama rasa gembira dapat jalankan wasiat yg mereka tinggalkan. Jadi, mama harap selepas ini, Delaila jangan la keluar dari sini. Semua ini milik kamu. Kalau kamu mahu, mama akan serahkan semuanya pada kamu. Mama tidak akan tuntut satu pun dan kamu tetap akan jadi anak mama walau apapun keputusan kamu. Mama akan hormati keputusan kamu." Dato mula menundukkan mukanya. Seperti akan kehilangan sesuatu. Aku menggeleng dan mengangkat semula wajah wanita itu.

"Mama, Dee taknak sebab harta ini, kita bergaduh. Dee tak minta apa-apa pun dari mama. Cuma Dee nak duit keperluan Dee tu sahaja. Syarikat tu, mama uruskan macam biasa. Mungkin suatu hati nanti, Dee atau anak-anak Dee akan uruskan pula. Jangan risau. Dee tak akan tuntut. Dee cuma nak kita hidup bahagia dan tinggal bersama. Dee harap mama tak kisah. Tu sahaja yg Dee minta" Wanita itu terkejut dengan keputusan aku. Dia memeluk erat tubuhku dan mengucapkan terima kasih kerana tidak merampas semua harta yg dia miliki. Aku juga tahu, aku tidak dapat uruskannya tanpa dia. Selama ini, dia yg usahakan. Jadi biarkan dia uruskan sampai dia rasa tidak mampu, mungkin anak-anak pula yang akan uruskan bagi pihaknya.

"Terima kasih,Dee. Sebab percayakan mama."

"kalau Dee tak percayakan mama, siapa lagi yang Dee boleh percaya?" dia mengangguk setuju dengan kataku.

"Tapi Dee tak suka perkara ini di hebohkan. Cukuplah di antara kita sahaja yg tahu. Dee nak mama rahsiakan perkara ini. Kita buat macam biasa. Boleh mama?" wanita itu mengangguk tanda setuju.

"Tapi mama akan buat juga surat bertulis dan perkara ini mama akan serahkan pada pihak peguam utk uruskan. Dee jangan risau. Mama akna pastikan tidak akan ada siapa yg tahu. I'll keep a secret" dia men'zip'kan mulutnya. kami ketawa.

Dato meninggalkan aku kotak itu utk tatapan aku. Dia hanya mengambil beberapa dokumen yg penting sahaja utk buat rujukan pada peguam nanti. Ketika baring, mataku tidak dapat lelap. Kepala aku masih memikirkan tentang hal tadi. Aku tidak sangka, mak ayahku meninggalkan harta yg banyak padaku. Walaupun sebenarnya aku tidak mengenal mak dan ayahku. Tapi inilah namanya rezeki.Mungkin semua telah di takdirkan dan aku juga tahu, mak dan ayah amat menyayangiku. Dari gambaran wajah mereka ketika mendukungku dalam gambar itu, ternyata mereka begitu teruja menerima kehadiran aku dalam hidup mereka. Aku gembira dapat melihat gambar wajah ke dua ibu bapaku. Gambar mereka aku bingkaikan dan letak di sisi katilku.

Pagi itu aku dikejutkan dengan kehadiran Alia. Mataku masih mengantuk sebab tidur lambat. Aku mengosok-gosok mataku yg kabur.

"kenapa Alia kejut Dee pagi-pagi ni?" aku melihat jam masih awal.

"Dee tak bangun subuh ke hari ni?"

"tak. uzur.." aku baring menarik semula selimut membaluti tubuhku. Tiba-tiba, Alia menarik semula selimutku.

" Dee bangun la.. jom teman Alia sarapan. Hari ni Abg Am tak ada. Dia tak balik semalam. Sebelum dia balik, baik kita sarapan dulu. Lepas tu, mama nak ajak pergi shopping. Dia kata nak barang Dee." Aku terduduk dan dia duduk dibirai katilku.

"Barang Dee? Nak buat apa? Barang-barang Dee kan dah ada. Buat apa membazir." aku menguap dan mengelit. Tanganku hampir terkena kepala Alia tapi dia sempat menepis tanganku.

"Mana lah Lia tahu. Mama kata itu adalah satu arahan! Kena ikut juga." aku mengeluh malas. Alia menarik tanganku supaya aku turun dari katil. Dengan langkah malas, aku menuju ke bilik air. Selepas sarapan, Dato dan Alia membawa aku sebuah mall. Keadaan pagi tu amat lengang kerana masih tiada pengunjung yg datang pada waktu itu tambahan pula hari itu adalah waktu bekerja. Satu kedai ke satu kedai, Dato dan Alia membawa aku masuk tapi kesemuanya atas permintaan Dato dan Alia utk membeli semua barang-barang itu. Macam beberapa helai baju, dress, tudung, kasut, beg tangan, jam, seluar, skirt dan yang paling penting, mereka membelikan aku sebuah telefon pintar. Selama ini, aku tidak pernah menggunakan telefon jenis itu. Itulah pertama kali. Dato juga memberikan aku kad kredit supaya aku mudah berbelanja jika ada apa-apa keperluan. Aku menerima kesemua itu hanya utk melihat mereka gembira. Aku tidak mahu menyakiti hati mereka dengan menolak pemberian mereka. Selepas penat berjalan, Dato dan Alia mengajak aku makan tengahari di sebuah cafe yg agak terkenal di kawasan itu. Memang makanan di situ amat sedap dan bersesuaian dengan harga. Inilah kali pertama aku makan bersama seperti sebuah keluarga. Selama ini, aku hanya keluar membeli barang bersama Kak Liza dan adik-adik sahaja. Tidak pernah ke mana-mana tanpa ada jemputan. Aku rasa seakan bebas melakukan apa sahaja tanpa mengikut arahan orang lain.