...Waktu malam...
"Knokkk,knokkk,knokkk!!!" Bunyi pintu bilik tidur Dhiya' diketuk dengan sederhana kuat. "Ya, siapa tu? Hazimah, ya? Aku sudah siap ni, masuklah." Hazimah membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Dia melihat Dhiya' sedang melipat kain telekung yang berwarna putih dan menggantungnya di ampaian yang berwarna putih di sebelah kanan Dhiya'.
Setelah selesai mengemas kain telekung dan sejadah, Dhiya' mengambil tempat untuk duduk di atas katil yang bersaiz 'Queen' sambil meminum air masak di dalam botolnya yang berwarna biru cair. Hazimah memasuki bilik itu sambil memegang erat beberapa buah buku yang berada dalam dakapannya.
"Kau buat kerja sekolah, ya?" Hazimah mengiyakan pertanyaan Dhiya'. Kemudian, dia meletakkan beberapa buku yang dipegangnya itu di atas meja belajar Dhiya'.
"Kau buat kerja di mana?"- Dhiya'
"Kat mana lagi kalau bukan di reading room. Kau ni lama sangat mandi. Lepastu, suruh aku keluar pula tu. Tempat mana lagi yang sesuai untuk aku buat kerja kalau bukan di bilik baca." Nada suara Hazimah kelihatan tenang. 'Fuh, nampak tenang saja cara dia cakap. Dia ini tengah marah ke tidak? Hemmm, lantaklah.'
"Ala, sorry lah. Aku mandi wajib tadi. Itu yang lama. Hazimah, mai lah duduk atas katil sekejap. Aku ada gosip hendak beritahu engkau ni." Dhiya' menepuk-nepuk katilnya sebagai isyarat supaya Hazimah duduk di sebelah kirinya. Hazimah berjalan lemah-longlai seperti kehabisan tenaga akibat penat mengerahkan tenaga sewaktu bermain bola tampar. Tambahan pula dia sudah kelihatan mengantuk selepas satu jam menyiapkan kerja sekolah. Menguap-nguap dibuatnya.
"Hish, aku sudah mengantuk lah. Kau ni ajak aku bergosip pula. Ni nak bergosip ni sudah solat Isyak ke belum? Huarghh..." Sekarang ini, Hazimah sudah betul-betul mengantuk. Tidak terkira nguapannya.
"Sudah berterang lagi bersuluh! Habis itu, tadi kenapa aku lipat telekung dengan sejadah?" Dhiya' hampir menaikkan suaranya tetapi dia masih cuba untuk kelihatan tenang. "Ala, mana tahu kau hanya keluarkan telekung daripada almari kemudian kau gantung pula di ampaian?"
"Halah, halah, banyak alasan kau. Mana ada, aku sudah solat Isyak lah!" Dhiya' menafikan pernyataan Hazimah yang saja mahu buat dia sakit hati.
"Okey, baiklah. Let's move on, okey( ꈍᴗꈍ) Sekarang ni kau straight to the point. Apa gosip yang gempak sangat sampai engkau ni tidak sabar-sabar mahu beritahu aku?" Dhiya' menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berbicara. "Ini fasal murid baru."
Kening kanan Hazimah terangkat sedikit sebagai tanda mempersoalkan kenapa fasal murid baru sahaja yang menjadi buah mulut si Dhiya' ini. "Kenapa dengan murid baru tu? Kau mahu cakap yang kau suka dia 'and' mahu minta 'break' dengan si mamat utara tu?"
"Aduhai, Hazimah, Hazimah. Asal aku cakap fasal murid baru mesti kau asyik ingat bahawa aku cakap fasal budak lelaki. Lepastu, kau cakap aku suka dialah, apalah, hish, merajuk lah!"
"Alahai, merajuk pula. Kalau begitu, tidak mengapalah. Aku tidur dulu, ya." Hazimah sudah tidak kisah dengan perasaan Dhiya'. Perkara yang sedang bermain difikirannya sekarang ialah 'tidur'. Hazimah sudah mengambil tempat untuk tidur. Sebelum itu, dia membaca tiga Qul sebanyak tiga kali. Kemudian, dia terus membaca ayat Kursi dan doa tidur. Dia meniup kedua-dua belah tapak tangannya selepas selesai membaca doa dan menyapu seluruh anggota badannya. Dhiya' hanya memandang tingkah laku sepupunya itu tanpa membantah sebarang perbuatannya.
'Tidak mengapalah. Mungkin dia sudah penat. Dhiya', lebih baik kau jangan kacau Hazimah. Kali ini dia tolak pelawa kau dengan baik. Kalau kau kacau dia sekali lagi, nanti yang dijawabnya bukan manusia tetapi singa yang datang tanpa diundang! '
Dhiya' bangun daripada katil lalu dia menuju ke pintu bilik. Dia ingin keluar sebentar untuk bersalam dengan emak dan ayahnya sebelum tidur. "Krekk, krekk....tupp! " Pintu bilik itu dibuka kemudian ditutup. Dhiya' berjalan keluar menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Dia yakin emak dan ayahnya berada di bawah sedang menikmati minum malam mereka. Itulah perkara yang menjadi kebiasaan bagi emak dan ayahnya sebelum tidur.
Sementara itu, Hazimah keseorangan di dalam bilik. Sebenarnya, dia masih tidak tidur kerana lenanya sebentar tadi diganggu oleh bunyi pintu. "Siapa pula murid baru tu. Aku yakin yang murid baru tu seorang lelaki kerana Dhiya' hanya bergosip dengan aku fasal budak lelaki sahaja. Haih, Dhiya', Dhiya', aku tidur dulu, ya." Hazimah memejamkan matanya.
"Krekkk, krekkk....tupp!!!" ' Ya Allah, aku baru sahaja mahu tidur. Bising betul bunyi pintu tu.' "Tupp!!" Kini, bilik tidur Dhiya' sudah gelap kerana Dhiya' sudah menutup suis lampu. Dhiya' berjalan menuju ke katil dan membuka lampu tidur yang terdapat di sebelah kanan katil. Dhiya' menaiki katil itu tetapi dia tidak terus tidur, dia hanya menjulurkan kakinya ke hadapan.
"Hazimah, ooohh... Hazimah. Kau sudah tidur ke?" Dhiya' berbisik kecil supaya suasana tidak bising. "Hazimah, Hazimah...." Dhiya' menggoncang-goncangkan bahu kiri Hazimah dengan perlahan. 'Haish, dia ini kan. Selalu buat aku marah. Aku sudahlah hendak tidur. Kacau orang pula. '
Tubuh badan Hazimah bangun daripada tempat tidurnya. Mukanya perlahan-lahan dipalingkan ke muka Dhiya'. "Ha, cepatlah cerita. Lepastu, aku mahu tidur. Faham tak?" Ternganga mulut Dhiya' apabila Hazimah sudah memberi isyarat lampu hijau.
"Cakap pasal murid baru itu sahaja. InsyaAllah tak panjang." Dhiya' mengangkat tangan kanannya sebagai ikrar janji.
"Hemmm, cepatlah cerita."- Hazimah
"Okey, okey. Kisahnya begini. Mula-mula aku beritahu nama pelajar itu terlebih dahulu. Nama dia Aniq Uwais tetapi aku rasa Uwais tu nama ayahnya so, nama dia Aniq sahajalah."
Hazimah hanya menganggukkan kepalanya kerana dia sudah agak bahawa murid itu seorang lelaki.
"Aniq itu merupakan murid baru di sekolah kita. Kira-kira bulan November tahun lepas, dia mula bersekolah di sekolah kita. Semua orang baru perasan keberadaannya selepas mendapati bahawa Aniq menjadi salah seorang ahli pasukan bola tampar sekolah kita. Mei Ling kata bahawa Aniq ni seperti pengganti kepada Abang Dani. Cara Aniq bermain tu sebijik seperti Abang Dani. Ada juga orang lain kata bahawa Aniq ni lebih hebat daripada Abang Dani." Dhiya' berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dia melihat Hazimah seperti mahu mengatakan sesuatu.
"Kejap! Kau kata Aniq tu pengganti Abang Dani? Abang Dani sudah tidak join ke pasukan bola tampar sekolah?" Dhiya' menganggukkan kepalanya tanda ya.
"Yela, lagipun tahun ini Abang Dani sudah tingkatan empat jadi dia kata pada cikgu bahawa dia mahu fokus dalam akademik. Dia ambil Sains Tulen kot! " Perkataan yang diucapkan oleh Dhiya' itu membuatkan Hazimah terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Ha! Lepastu, kau tahu tak yang si Aniq tu antara pemain yang pernah mendapat anugerah pemain bola tampar yang terbaik di peringkat daerah sewaktu dia bersekolah di sekolah lamanya. Huish, aku rasa pasukan bola tampar lelaki sekolah kita boleh dapat johan dalam peringkat daerah tahun ini."
Hazimah tidak menghiraukan perkataan yang keluar daripada mulut Dhiya' buat kali ini. Sekarang, kepalanya hanya sedang memikirkan tentang Abang Dani.
Siapa sebenarnya Abang Dani ini? Tertanya-tanya?
You have to wait if you want to find it!!!!
Don't forget.....
#voteandratethisnovel
#pleaseleaveyourcomment
(。•̀ᴗ-)✧