webnovel

Chapter 75

SEBAIK tiba di bilik wad yang menempatkan ibunya. Meor yang melihat kehadiran tamu-tamu yang datang berkunjung, yang sedang datang menziarahi ibunya. Membalas pandangan mereka dengan senyuman sebagai tanda mesra dan hormat.

Kedatangan mereka, bukan satu kejutan padanya, kerana dia sendiri yang menghubungi ibu kepada dua saudara kembar itu untuk datang dan membantu mereka sekeluarga. Dia tidak pasti, dengan nasihat ibunya itu sebelum dia menemui Puan Zahra. Tetapi, jika keadaan ibunya berlarutan dalam keadaan masih tidak sedarkan diri. Dia perlu mencuba nasib. Andai kata benarlah kata-kata ibunya, bahawa Puan Zahra adalah orang yang berbahaya. Dia akan bertangungjawab sepenuhnya, sendiri.

Tiada cara lain yang dapat difikirkan, kerana dia sudah mati akal. Dia buntu untuk mencari ikhtiar. Dia perlu mencari seseorang yang arif tentang gangguan dan selok belok ilmuan alam ghaib. Hal itupun, kerana pesanan Puan Zahra tempoh hari membuatkan dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari wanita yang dikatakan bahaya oleh ibunya.

Kehadiran Puan Zahra, ditemani beberapa temannya yang kebanyakkannya, yang dia tidak beberapa kenali kecuali Puan Laila dan Puan Maria. Pada mulanya, dia sendiri agak terkejut apabila dia melihat kehadiran Puan Laila kerana dia tidak menjangkakan pertemuan ini. Seakan-akan semuanya, berkait satu sama lain. Puan Laila baru sahaja di temui baru beberapa waktu yang sudah apabila dia pergi menziarahi Aishah. Bekas rakan sekerjanya.

Puan Maria, dia tak rasa terlalu hairan, namun ianya masih berkait sama. Malah, wanita itu pula pernah hadir pada kenduri kawinnya. Itupun, secara tak sengaja ibunya telah perkenalkan mereka.

"Ini Puan Laila, Puan Maria, Puan Nabila. Mak cik ada bawa ustaz dari sekolah kami dahulu. Ustaz Yusof." Ujarnya, tanpa diminta untuk diperkenalkan. Zahra memperkenalkan rakan, kenalan yang dia bawa bersama dan juga seorang ustaz dari sekolah lama mereka. Meor mengangguk, dan bersalam dengan lelaki yang sedang duduk di bangku.

Melihat dari usia lelaki tua ini, mungkin umurnya sudah mencecah ke angka tujuh puluh ke lapan puluhan.

"Ini, Encik Zafran. Suami mak cik." utara Zahra, menunjukkan kepada lelaki yang duduk berhampiran Ustaz Yusof.

Laila memandang Zahra, bergitu juga dengan Maria. Mereka yang saling berpandangan, mengalih pandang ke arah Nabila. Seolah-olah menanyakan pada sahabat baik Zahra, adakah apa yang diperkatakan kakak senior mereka itu betul. Mereka inginkan jawapan yang pasti. Mereka tak pernah tahu, Zahra dan Zafran adalah pasangan suami isteri. Yang mereka hanya tahu, Zahra sudah berkahwin tetapi tidak tahu siapa suaminya.

Nabila angguk, mengiyakan.

Hampir menganga mulut mereka, namun mereka lantas menutup mulut apabila Zafran memandang ke arah mereka.

Meor angguk. "Jadi, macam mana nak bantu mak saya?"

Meor, tidak berdalih panjang. Dia terus mengaju tentang rawatan yang diperkatakan Zahra dalam panggilan mereka sebelum ini.

"Nak buat di sini?" soal Nabila. Melihat ruangan mereka yang tidak memiliki privasi, membuatlan dia terus menyoal. Meor angguk, dengan cepat.

Apa keputusan yang dia boleh buat, jika tempat ini sahaja yang dia dapat fikirkan sebagai satu kawasan yang selamat. Mahu buat di rumah? Dia masih memikirkan tentang lembaga itu. Mustahil lembaga yang tak dijemput itu sudah berhijrah ke tempat lain.

"Doktor bagi ke?" aju Nabila. Dahinya berkerut, dengan raut wajah yang kerisauan.

Meor mengeleng, jawaban spontan pada soalan Nabila. Bukan tak diberi keizinan, tetapi tidak terlintas untuk meminta kebenaran dari pihak hospital.

"Bahaya, buat di kawasan sini kerana ramai yang berada di tempat ini sakit. Perkara ini, pernah berlaku dan mujur ianya tak berlarutan. Perkara yang paling bahaya, adalah orang mempunyai semangat yang lemah." Nabila sempat melirik kearah pesakit yang berdekatan. Ujarannya itu, mungkin didengari oleh mereka.

"Buat di rumah along?"

Suara Fathi, yang sedari awal mendengar perbincangan mereka. Akhirnya mencelah.

Meor mengeleng pantas. Dia menyoal isterinya, dengan suara yang separa berbisik.

"Along, bagi?"

Fathi berjeda, saat dia disoal oleh suaminya. Dia mengeleng, dan tidak menjawab. Along bagikah, mereka merawat ibu dirumahnya. Kena tanya tuan rumahnya dahulu, sebelum membuat keputusan. Adakah abang iparnya, mengizinkan mereka merawat ibu di rumah.

"Macam inilah, kita buat di masjid yang terdekat. Waktu solat pun, dah nak hampir." utara Ustaz Yusof apabila anak muridnya, masing-masing buntu untuk mencari tempat rawatan.

Mendengar ujaran guru agama mereka, masing-masing bersetuju. Tempat yang terbaik, adalah rumah Allah. Meor, mula bergerak ke arah kaunter untuk membawa keluar ibunya manakala yang lain, ada yang membantu menantu Najihah mengemaskan barang keperluan.

Ustaz Yusof juga, sudah dipimpin Zafran keluar dari wad hospital. Mereka akan menuju ke sebuah masjid yang terdekat.

Zahra yang melihat Meor yang sedang berurusan di kaunter, mula mendapatkan lelaki muda itu. Urusannya, mengambik masa beberapa waktu sebelum selesai Meor membuat bayaran rawatan ibunya.

"Meor.."

Meor, memaling. Keningnya, terangkat spontan apabila matanya memandang kelibat Zahra. Zahra senyum nipis.

"Mak cik, ada nak cakap dengan kamu."

"Saya?!" soal Meor. Menunjukkan telunjuk jarinya, ke arah dadanya. "Boleh.." sambungnya. Tidak pasti, apa yang ingin dibicarakan oleh wanita ini, kepadanya. Adakah tentang ibunya?

"Kita duduk di sana." Diajak Zahra ke arah sebuah bangku panjang, yang disusun di ruangan menunggu. Meor akur, walau risau mereka akan terlewat ke masjid.

"Dengar, mak cik nak beritahu. Perkara ini, dah pernah berlaku. Kali ini, berlaku pula pada mak kamu."

Meor angguk dengan sebutan nama ibunya, dengan suara yang perlahan.

"Kisah ini, sewaktu Ustaz Yusof sedang merawat Mak cik Maria. Ada di antara kami yang sedang membuat linkaran bulat, mengelilingi Ustaz dan Mak Cik Maria sebagai 'pagar'. Tetapi, malam itu benda itu keluar dan mengejek. Macam-macam kami buat, semuanya gagal." Zahra mengeluh kecewa, apabila ingatan itu diraih kembali.

"lepas itu?"

"Lepas itu, Ustaz Yusof pecahkan lingkaran kami dan, di sebabkan itu. Di antara kami akan dapat sumpahan dan sihir."

"Puncanya?"

"Salah seorang dari kami, berdamping dengan mereka."

Agak terkejut Meor mendengar penceritaan yang dikongsi Puan Zahra. Tidak semena-mena, dia menyoal. Menanyakan siapa pelakunya.

"Zahra!"

Meor dan Zahra memaling serentak. Kelihatan Zafran mendatangi mereka. Dengan senyuman nipis, dia datang mendapatkan isterinya.

"Kita bergerak sama. Awak ikut saya. Naik kereta saya." ujar Zafran, menarik lengan Zahra ke arahnya.

Zahra mengiyakan tanpa membantah. Dia sempat menoleh kepala ke arah Meor.

"Nanti, bila dah sampai masanya. Mak cik sambung." Sambung Zahra, memberi isyarat pada anak muda itu untuk menyambung ceritanya yang tergantung.

Meor mengangguk perlahan. Faham.

Melihat isterinya masih beriya, masih cuba menyambung perbualan mereka yang terputus. Zafran terus meraih pengelangan tangan Zahra secara paksa, dan membawa wanita itu beredar dari kawasan itu. Jauh dari lelaki. Penyakit lama itu, sangka sudah sembuh. Tetapi, ianya masih berulang sama.

"Awak..., sakit."

Zafran tersentak. Tangan Zahra dilepaskan. Mukanya terpamer kekesalan.

"Saya..saya tak sengaja." Ralat dengan perasaan yang terbawa-bawa. Pengelangan tangan isterinya, sudah memerah itu diusap kesal.

Zahra senyum kecil. "Tak apa. Bukan selalu.." sengihnya.

"Saya sangka, dia dah tiada. Kita akan sembuh.". balas Zafran sugul. Masih kecewa tatkala melihat bekas pengangan tangan isterinya. Sihir pemisah yang diletakkan pada mereka berdua masih belum luput. Disebabkan dia disihir dengan perasaan yang cemburu tanpa sebab hingga dia hampir mencederakan isterinya itu. Dan kerana itu, mereka telah memutuskan untuk berpisah dalam waktu yang sementara sehingga mereka sembuh. Pelbagai cara mereka sudah ikhtiar, sehinggakan mereka memilih untuk dia bernikah dengan bekas tunangannya. Mengharap sihir yang ditimpa ke atas mereka akan terputus. Namun, kesan sihir itu tetap ada.

"Tak baik cakap macam itu.." lembut, pesan Zahra. Walaupun lelaki itu sudah tiada. Tidak bermakna, mereka yang masih hidup ini boleh mencerca orang yang dah mati.

"Maaf..." ucap Zafran, pendek.

Zahra senyum lebar. Tangan suaminya yang masih mengusap pengelangan tangannya, ditepuk lembut. "Dah...saya, okay. Jom. Nanti ustaz tunggu lama." tangan suaminya, diraih dalam pengangan.

Zafran senyum, dengan angukkan. Dia turuti sahaja pengerakkan isterinya. Senang hati.

Bersambung..