webnovel

Chapter 36

Tahun 1989-Kelas Thanawi

MARIA masih lemah untuk bergerak balik ke asrama. Sementara menanti gadis muda itu pulih sedikit, Zahrah membiarkan gadis itu berehat buat seketika. Di dalam kelas Thanawi, hanya ada beberapa penuntut wanita, yang menginap di rumah yang sama dengan Maria, iaitu dirinya, Biela dan dua pelajar aspura iaitu, Amin dan Zafran.

Zahrah, yang berdiri di hujung koridor kelas Thanawi sesekali mengintai gadis muda yang sedang berehat. Wajah putih kemerahan, mempamerkan raut kerisauan dan adakalanya, anak mata yang bundar itu tidak berhenti dari melihat adik sepenuntut yang sedang merehatkan diri. "Macam mana sekarang?" tanya Zahrah, mengaju soalan rambang pada dua pemuda yang mempunyai pangkat yang hampir sama dengannya. Nabila yang berada di sisi, menjadi pendengar yang baik.

Terkadang, sahabat setia Zahrah yang berkaca mata itu, mengangguk akan sangkaan sahabat baiknya. Menyampuk apabila dirasakan pendapatnya perlu. Pandangan awal, sudah diaju pada dua pemuda yang berada di hadapan, tentang meminta kebenaran untuk anak-anak penuntut dibawa pulang.

Zafran mengeleng, sebagai jawapannya. Perkara ini, bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah. Mungkin, akan ada kekecohan yang mungkin timbul, melibatkan para ibu bapa. "Saya rasa, perkara ini perlu dilaporkan pada mualim dahulu dan bertanya tentang pendapat mereka. Mungkin, mereka akan berikan pandangan yang lebih baik." utara Zafran, memberikan saranan bagi pendapatnya.

Amin, mengalihkan bebola mata merenung Zafran tatkala lelaki itu mengutarakan buah fikirannya. Kemudian, pandangan itu terkalih pada Zahrah semula. Membaca air muka gadis yang berada tidak jauh darinya.

Zahrah mengangguk perlahan. Bersetuju dengan kata-kata kawan lelakinya. Guru perlu tahu. Dia sebagai penggalas tanggungjawab, hanya menjalankan tanggungjawabnya sekadar yang mampu. Lagipula, sudah melibatkan tiga puluh lapan pelajar, yang sudah 'dirasuk' dan berada dalam pemantauan mereka.

"Ada lebih baik, kita perlu menyelesaikan sendiri. Bukankah..ini, tanggungjawab kita sebagai ketua mereka. Jika kita berterusan mengharapkan assatizah dan mualim, kita sebenarnya melepaskan tanggungjawab kita." Amin berujar, setelah lama lelaki itu mendiamkan diri.

"Mana boleh begitu.." tegah Zafran, spontan saja ujarannya menegah. Mereka perlu melaporkan hal ini, kepada guru mereka, tanpa bertindak melulu.

"Zafran, kita boleh buat macam-macam cara yang ada. Ara, macam mana?" tanya Amin, mengarah soalan pada, Zahrah. "Saya rasa, Biela pon setuju dengan cara saya. Lagipula, saya boleh berbincang dengan mereka." tambahnya lagi.

"Mereka?! Tak.., maksud?" Zahrah, mengutarakan rasa was-wasnya.

"Ara!" tunjal Nabila. Mengisyaratkan agar, dia segera berhenti bertanya. Anak matanya, sempat mencuri lihat pelajar muda yang berada di hujung kelas.

Zafran mula, beriak tidak senang. "Arah.."

"Saya lebih setuju dengan Zafran." usul Zahrah lebih dirasakan selamat. Dia..apa yang Amin, cuba maksudkan. Dia, itu siapa??

Bersambung..