2013-Selangor
USAI Waziff mendail nombor ibu pejabat, memaklumkan cuti kecemasannya. Dia bergerak selekas yang mungkin ke arah but kereta, mengisi beg pakaiannya yang disumbat beberapa helai baju t-shirt pendek. Jam baru menunjukkan pukul tujuh pagi, dan terlalu lewat rasanya untuk dia bergerak pulang ke Perak jika ditanguh tunda lagi.
Hairan juga, mengapa isterinya di tahan di wad. Sakit apa?
Hatinya mendesah kerisauan. Pintu gril dan pintu pagar hadapan dikunci kemas lalu dia bergegas memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Dan, dalam beberapa ketika dia memacu pacuan beroda empat keluar ke jalan raya. Pandunya kereta ke luar ke lebuh raya dan bersaing dengan pelbagai darjat kenderaan.
Hatinya galau dan bercampur rasa buntu.
....
Masa kini-Kampung Rambai Tujuh
DADA yang dirasakan kehausan udara semakin sempit menghirup nafas ciptaan Ilahi, terbatuk-batuk dirinya mencari udara pernafasan. Langkahnya tadi sudah di tambah beribu tapak apabila dirasakan dirinya diperhatikan dari belakang. Belakang bajunya basah lencun, dan dahinya berkeringat peluh. Dia yang membongkok tiga, merunduk kesal. Nafas yang terselang-seli dengan suaranya, bebait penyesalan apabila dia terpaksa menyelamatkan dirinya dan menjadi pengecut. Mana janji-janjinya yang dibaitkan selama ini.
"Tak guna!!" Marahnya, pada dirinya.
Bagaimana dia mahu menyelamatkan Ainaa?? monolognya dalam hati. "Hah!!! Hahhhhhh!!" keluhnya kasar, dengan nada separa menjerit. Melepaskan segala bebanan perasaannya.
Dia tak mampu memendamkan perasaannya, saat dirinya dalam kegalauan hati. Walaupun dia sempat menyelamatkan diri, dia asyik berjalan ke hulu dan ke hilir mengusai jalan kecil memikirkan tentang Ainaa.
"Dan...hoi, Danish!!" panggilan dari jauh yang kedengaran, membuatkan lelaki muda itu tersentak dari khayalannya. Terundur-undur derap langkahnya hingga dia hampir-hampir tersungkur ke belakang tatkala ada lelaki yang membonceng motor tua ke arahnya.
Motor berhenti. Kelu-
Bersambung....
...