webnovel

Chapter 13

2013- MALAM yang menjengah waktu ke tengah malam itu hampir ke pukul tiga pagi, membuatkan perjalanan mereka di malam ini lancar dan terasing dari kesibukkan unit kenderaan di atas jalanraya. Kereta dan kenderaan lain, yang bergerak di malam dini hari tidak terlalu sesak seperti hari-hari siang. Ainaa yang sedang memandu pacuan beroda empat itu sesekali, menjeling dan mencuri lihat Sofea yang masih lena di seat penumpang hadapan. Lenanya, sehingga kedengaran dengkuran halus yang meniti rengkung nafas adik kembarnya. Spontan, bibirnya mengulum senyum. Walau dia juga, sesekali rasa mengantuk.

Penat sangat adiknya itu. Tapi, hampeh!! Tak ingatkah dia yang sedang memandu di sebelah? terpacul soalan di benak fikirannya. Namun, segera dia membisik hati agar membiarkan adiknya itu lena. Mungkin adiknya itu sudah lama tidak berehat panjang. Apa salahnya, dia juga sudah mengqada tidurnya. Dan, tak lupa air Coffee Late yang bersaiz besar.

Fikirannya kembali fokus pada jalanraya. Digit yang tertera di papan monitor, kereta menunjukkan waktu sudah pukul tiga pagi. Pedal minyak, ditekan ke bawah. Memecut laju kereta, membelah angina di malam sepi. Semakin laju dia memecut, lagi singkat perjalanan mereka dan mungkin mereka boleh tiba ke rumah ibu dengan lebih awal. Lagipun, dia perlukan rehat yang panjang setelah seharian dia menjadi driver adiknya. Desis hati Ainaa, bermonolog dengan dirinya sendiri. Ada ketika, dia menghirup air kopi untuk mencelikkan deria matanya. Risau, jika tak dipaksa matanya berjaga. Takut-takut mereka buka mata nanti. Sudah ada dalam tanah.

Seat belakang kereta, dia buat-buat tidak nampak seperti ruangan kosong di mata Ainaa. Biarlah..fikirnya buat masa ini. Tunggu mereka tiba di rumah ibu.Sehingga bila ianya akan kekal, duduk bersama dengan adiknya seperti saka. Mungkin, ibunya ada cara atau..ayah mereka. Ahhh.., Ainaa bersungut tatkala teringatkan ayah mereka. Perlukah, dia berhubung semula dengan ayahnya?

Lafas keluhan, terbit di bibirnya. Mungkin..mungkin, ini sahaja caranya Sofea akan bebas dari gangguan makhlus alam ghaib. Sofea merenguh dalam mimpinya dan kembali lena.

"Mereka...,akan aku hancurkan." Gumam Ainaa, berdesis tidak senang. Namun seketika...

Ruma tengkuknya, terasa menegak. Merinding, hingga dahinya berkeringat peluh. Perasaan bimbang, menerpa hati. Lalu tanpa lengah, dia menekan pedal minyak ke bawah rapat dengan lantai kereta, mengharap pacuannya bergerak lebih laju.

"Ergk!!" Nafasnya terbantut. Rengkung pernafasan Ainaa digengam dari arah belakang. Tersentak dia, malah hampir sahaja hilang kawalan di atas jalan raya. Dia lekas mengawal stereng, kembali ke posisi jalan.

Genggaman tangan makhluk halus itu kuat mencengkam, dan ketika ini hanya dia seorang sahaja yang dapat melihat. Terkedip-kedip matanya, menunjukkan dirinya yang kekurangan pernafasan. Tangan kirinya, terkapai-kapai meraba adiknya di sebelah.

Ekor matanya, melirik pada lembaga yang meleretkan senyuman. Kali ini, Ainaa dapat melihat wajah dari bahagian sisi wajah lembaga itu dengan jelas. Kulit wajah yang nipis itu, memucat kehijauan dan menampakkan jalur-jalur hijau urat yang tersembul. Hidungnya penyek, seumpama dirapatkan ke dalam. Anak matanya, hitam kelabu penuh, memenuhi lebar mata.

"Dik....dik..." Terkapai-kapai Ainaa menarik nafas. Pemanduannya juga, drastik menjadi perlahan. Tak tentu arah pemanduannya, walau dia mencuba mengawal stereng kereta. Mujur, kenderaan di atas bebatu lebuhraya ini hanya sedikit sahaja.

Signal dipasang, isyarat kecemasan.

Dari cermin pandang belakang, anak mata hitamnya menangkap kelibat yang mencengkam lehernya yang merupakan salur pernafasannya sedang tertawa mengejeknya. Melihat dia sebagai manusia lemah.

Semakin lama, nafasnya memendek. Tak termampu dia melonggarkan genggaman kuat itu. Umpama pesakit yang mengidap astma. Dia terdesak menghirup udara. "So..sofeaaa...aa..." lengan adiknya digapai, mengikut kudrat yang terdaya. Digengam kuat, moga dengan cara itu. Adiknya terjaga dari lena. Hampa.

Seperti ditidurkan. Sofea terus lena dalam blok hitam.

Muka Ainaa memucat, seolah-olah wajah itu tidak berdarah lagi. Tercungap-cungap meraih udara. Dia perlu menghentikan pemanduan ini, demi keselamatan mereka. Isyarat yang masih bernyala, perlahan-lahan dia membawa keluar dari jalan utama dengan sisa kudrat yang tinggal, matanya yang mulai kabur. Dia perlu memaksa diri, memandu ke tepi. Mujur sahaja, mereka melewati kea rah tol terakhir. Kereta berhenti. Dengan lafaz basmallah. Ainaa pitam.

PIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kepalanya jatuh, menghentak stereng hingga terkena hon kereta. Bingit bunyi, memekik hingga menarik perhatian.Beberapa kenderaan yang lalu, ada yang memperlahankan kenderaan. Namun, ada juga segelintir yang mengambil rakaman. Pengawal di tol, dan beberapa orang lain mulai turun membantu. Mendapat kereta yang berhenti secara kecemasan di lorong tepi jalan.

"Sofea mesti balik.." Mata Sofea terbeliak. Dengan nada yang membentak Sofea menoleh ke arah penumpang belakang dengan tiba-tiba. Matanya putih kelihatan penuh secara keseluruhan. Hanya seketika, sebelum kereta mereka dikerumuni orang ramai. Dia rebah dan kembali lena umpama orang mati. Seolah-olah, dia kembali masuk ke alam tidak sedar dari blok, alam tak nyata.

Bersambung...