webnovel

Pemuda Bernama Abu

Di pinggir kota kawasan pasar daerah slum kerajaan Parsi kurun ke-15,kelihatannya seorang budak lelaki sedang dikejar tiga orang lelaki dewasa yang sedang dalam keadaan marah.

"Budak pencuri sial,jangan lari kalau kau anak jantan, berani kau mencuri dari kedai kami berulang kali,kau memang berani sungguh ya budak.Kau tunggu aku dapat tangkap kau akan ku patah-patahkan tangan kau tu!"

Teriak salah seorang lelaki dewasa di bahagian tengah yang sedang mengejar pemuda tersebut.

"Huff,huff,huff,. "

Kedengaran bunyi dengusan nafas pemuda itu yang kepenatan dikejar sambil dia menoleh ke belakang ke arah tiga orang dewasa yang mengejarnya itu.

"Cukup jangan kejar aku, kamu orang sekelompok penjual penipu, jangan berlagak suci aku tak takut dengan engkau orang semua!"

Pemuda yang memakai baju lusuh berwarna hijau dan memiliki wajah yang agak tampan,riak wajah pemuda itu yang tenang dan tidak gentar menunjukkan dia seorang pemuda yang berani dan tidak mudah mengaku kalah walaupun beliau dalam situasi yang boleh mengancam keselamatan dirinya.

"Hahh, budak ni memang tak sayang nyawa nampaknya,sudahlah kau mencuri dan cuba tuduh kami yang bukan-bukan,budak ingatlah hari ini hari ulang tahun kematian kau budak,kau dengar tak?hari ini tamatlah riwayat kau!"

Salah seorang lelaki dewasa di sebelah kanan di antara tiga orang itu memberi amaran dalam keadaan berpeluh di mukanya sambil dia mengelap dengan pergelangan tangan bajunya.

" Aku setuju! "

"Baiklah mari kita bunuh dia dan mayat dia kita bagi anjing makan!"

Sampuk kedua orang dewasa tersebut.

"Nampaknya aku kena fikir jalan untuk lolos dari tiga orang keparat ini,aku tak sangka dia orang akan bermati-matian untuk menangkap aku,kalau aku tau hari ini akan jadi macam ni pasti aku akan buat perancangan yang lebih bagus, nampaknya aku hanya boleh salahkan diri sendiri sebab terlalu yakin dengan kejayaan mencuri aku sebelum ni, kalau aku mati sekali pun hari ni aku redha sudah nasib aku nampaknya."

Keluh pemuda itu di hatinya.

Situasi ini sudah dia jangkakan sebelum dia melakukan kerja mencuri lagi,apabila dia membuat keputusan untuk mencuri dia sudah bersedia untuk mempertaruhkan nyawanya.

"Feeeewwwwitttt!!".

"Huh!"

Pemuda itu terdengar suara siulan.

"Heyy,sini lari ke sini, ikut aku".

Kelihatannya seorang pemuda yang berpakaian merah lusuh dan susuk tubuhnya agak kurus memanggil pemuda yang dikejar itu untuk mengekorinya.

"Nah, hadiah ni untuk kau orang bertiga. Hahahaha!"

Pemuda yang bersiul itu menyimbah cecair dari dalam tong kepada ketiga-tiga orang yang mengejar pemuda tersebut.

"Hah!"

"Air apa ni?"

"Uweeekkk,ni najis sial!siapa budak tu?tak guna".

"Rakan dia ke?aieeehh!"

Muntah-muntah dan menggelupur ketiga-tiga orang dewasa itu akibat disiram najis, pemuda yang dikejar itu pun mengambil peluang untuk mengekori pemuda yang berbaju merah itu.

"Hey,budak bedebah jangan lari!"

Tetapi teriakkan orang dewasa itu tidak dapat memberi kesan kerana kedua orang pemuda itu lolos dan kabur dari pandangan mereka.

"Hah,licik betul budak tu, jangan sampai aku dapat mereka memang mati aku kerjakan,hmm!"

Dengan muka yang merah padam dan geram mereka melempar kan kata-kata kesat, ketiga orang dewasa itu pon beredar dalam keadaan mereka bergelumang dengan kotoran pada diri mereka.

Kedua pemuda itu pon berlari dan berlari dengan pantas risau dikejar,Pemuda yang dikejar itu sudah terlalu penat dan sudah tidak larat lagi untuk berlari.

"Hey,nampaknya mereka dah tak mengejar lagi, mari kita bersembunyi di belakang lorong tu."

Kata pemuda berbaju merah tersebut.

"OK, baiklah, hufffhufhuff. "

Pemuda itu sambil kelelahan bersetuju dengan cadangan itu.

Setelah selamat bersembunyi di lorong tersebut,pemuda yang dikejar itu pon berkata.

"Terima kasih atas bantuan kau, kalau tidak aku pasti mati dibelasah dia orang tadi."

"Tiada masalah kawan, yang penting kau selamat,kenapa kau cari pasal dengan mereka?"

"Aku geram dengan mereka sebab mereka orang jahat yang menindas penduduk kota yang miskin dengan melakukan aktiviti perniagaan yang kotor dan tidak adil, jadi aku sabotaj mereka dengan mencuri dari tempat mereka,tapi aku tak sangka hari ni nasib aku tak berapa baik sebab mereka mengumpan aku dengan perangkap yang dia orang sediakan, nasib baik aku dapat melarikan diri."

Cerita pemuda tersebut dengan panjang.

" Heh,kau memang berani,aku kagum dengan kau."

Sambil menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jari.

"Hehehe."

Tersipu-sipu pemuda itu akibat dipuji.

"Kau tinggal di mana?"

Tanya pemuda berbaju merah itu.

"Aku anak yatim,aku dijaga oleh kenalan ayah ku, selepas tinggal selama dua tahun dengan mereka, aku dijual kepada seorang saudagar untuk dijadikan hamba, kerana tidak tahan dengan penindasan dari pemilik aku, aku melarikan diri,dan tinggal di lorong bazar untuk berteduh. "

"Jadi kau tiada tempat tinggal ya?"

"Ya, aku tiada tempat tinggal,hehe, tiada masalah aku sudah biasa..tempat tinggal tiada pun aku sanggup, asalkan aku bebas di bumi tuhan ini cukup lah dengan beratap langit dan berlantaikan bumi itu sudah memadai bagi aku."

"Aku juga anak yatim,aku tinggal di penempatan golongan daif dan gelandangan, ramai anak yatim piatu yang senasib dengan kita tinggal di sana, apa kata kalau kau tinggal dengan kami di sana?"

"Baiklah, kalau begitu aku setuju dengan cadangan kau,lagipun itu lebih bagus dari tiada tempat tinggal langsung, Hehehe."

"Hehe,tiada masalah kawan,tolong menolong sesama kita yang memerlukan tu sifat terpuji, lagi pun aku gembira dapat membantu kau,kau nampak lebih tua dari pada ku berapa umurmu?"

"Umurku enam belas tahun,kau pula?"

"Nampaknya kau lebih tua dari aku, aku berumur empat belas tahun,Hehehe. Oh ya,lupa pula untuk memberi tahu nama ku, namaku Kassim Salmat, kau boleh panggil ku Kassim, siapa namamu kawan?"

Pemuda berbaju merah yang bernama Kassim itu menanyakan nama kepada pemuda tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

Dan pemuda itu pun sambil menyambut jabat tangannya dan menjawab.

"Namaku Abu, Abu Hassan."