webnovel

*-Manusia Ikan-*

SRUSHH!! kaki cyborg itu berkecai. Dia jatuh. Zyon lompat dan keluarkan pedangnya.

"Tidak!!"

SRKK!, cyborg itu terbelah dua. Semua robot terkejut. Masing-masing keluarkan bazooka. Kereta tadi keluarkan meriam.

BOOM!, keluar banyak G.Blaster dan tembak kesemua robot sehingga hancur. Saki-baki robot hancur dihentam oleh G-gong.

"Nasib baik kita sempat... G-gong! Cepatlah!"

G-gong datang.

"Weyh..hebatlah Zyon, kenapa tiba-tiba marah ni?", tanya G-gong.

"...."

"Takpelah...janji kita selamat..."

"Jangan bergerak!!"

Polis dan tentera bandar Typhoon mengepung mereka.

"Haih...", mengeluh Safiy.

________________________________________

Mereka bertiga ditahan sementara di pejabat polis bandar Typhoon.

"Tengok...ni semua salah kau Safiy!"

"Aku pulak? Kau yang nak tolong dia sangat..."

Datang seorang anggota polis.

"Baiklah, korang boleh pulang..."

Tiba-tiba, seorang inspektor menahan mereka. Dia melihat muka G-gong dan Safiy dengan teliti.

"Maaf...kami sedang membuat satu siasatan di mana ada seseorang jahat berada di dalam bandar..awak yang pakai topi besi, sila buka untuk memeriksa wajah.. kalau awak lawan, kami terpaksa menangkap kamu.."

Zyon memandang ke kiri dan ke kanan. Dia menunduk dan pandang ke atas. Dia kembali memandang wajah mereka. Kedua-dua tangan Zyon bergerak dan memegang helmet. Safiy dan G-gong tak sabar-sabar melihat wajah sebenar Zyon.

Perlahan-lahan helmet dibuka. Safiy dan G-gong terkejut. Wajah manusia ikan yang kacak terkeluar.

"Baiklah...awak semua boleh pulang... tetapi, ambil kertas ini....jika awak nampak dia sila beritahu kami...", Zyon mengambil kertas itu.

"Zyon! Kau bukan manusia? Wahh!! Tapi, bukan manusia ikan dah pupus ke beberapa bulan lepas?", tanya Safiy.

"Mungkinlah dia menyorok dalam sut besi daripada diburu.."

"Tapi, yang peliknya maca mana dia boleh elak serangan rinnegan Ezral walaupun jarak mata mereka sangat pendek?"

Zyon menyarung semula helmet dia. Dia berjalan pergi untuk elakkan soalan mereka berdua.

"Weyh... tunggu!"

Mereka bertiga berjalan ke stesen kereta api terapung. Tiba-tiba, mereka ternampak Joze sedang berbual dengan Saga di kedai kopi.

"~Bla...."

"Bla.....bla...."

Joze berpusing ke belakang dan nampak Zyon.

"Hey Zyon! We meet again..."

"Tunggu...sejak bila kau kenal dia?", tanya Saga.

"Well I fought with him before you appear in stadium.."

"Ikut aku!!", Saga tarik Joze masuk ke kawasan tersembunyi.

"Cis, Joze tu ada hubungan dengan Saga!! Lebih baik aku tak payah pergi tengok RBR!", marah Safiy.

"Jomlah balik...aku ngantuk ni..", kata G-gong.

_________________________________________

"Joze.. kau ni terlalu friendly lah..."

"Kenapa pula?"

"Dia tu bahayalah...tentera kami pun cuba nak cari kelemahan dia, lagipun dia tu berbahaya, pemusnah pulak tu..."

"Err...okey...boleh dikatakan sebagai pemusnah juga sebab dia pun hampir remuk kan badan 2.0 aku.."

"Dengar sini Joze...kita perlu bersatu untuk mengalahkan dia..."

"Haih...okok...nanti aku bagitau Jony..."

Mereka kembali nikmati kopi.

ตอนถัดไป