webnovel

*-Latihan Akhir-*

Pada malam itu, Zyon, G-gong dan Safiy akan bermalam di bilik kelab kerana esok ialah hari yang ditunggu-tunggu. Mereka perlu berlatih untuk kekal juara. G-gong dan Afiq berlatih di tepi kelab manakala Safiy berlatih dengan Zyon di gelanggang latihan.

"Zyon...esok kita akan lawan kumpulan Saga...kita perlu menang...kalau kau dapat kalahkan aku.. maksudnya kau menang...aku akan gunakan pertukaran baru!"

Satu cahaya biru menyala di sekitar Safiy. Satu bola besar muncul dan Safiy dimasukkan. Badan dia berubah menjadi lain. Bola tu pecah dan itulah Safiy.

"Aku....Judge..."

"...", Zyon keluarkan pedangnya.

Safiy terus berada di belakang Zyon.

SYING!, pedang Zyon dan pedang Safiy bersentuhan. Safiy berundur ke belakang dan naik ke udara.

"Cis, susah betul nak lawan dengan dia...dia dapat tahu serangan aku tapi dia mampu ke mengelak serangan seterusnya!!"

Safiy menunjukkan pedangnya pada Zyon. Keluar banyak meteor bintang dari belakang Safiy ke Zyon. Zyon melompat ke arah Safiy sambil hancurkan bintang itu dengan pedangnya. Safiy terbang lebih tinggi untuk mengelak daripada Zyon.

"Cis, lajunya dia! Dia betul-betul serius nak bunuh aku ke?!"

Zyon lompat ke satu per satu bintang untuk mendekati Safiy.

"Damn..aku perlu.. tapi..aku tak boleh gunakan kuasa dengan lama...nanti aku hilang kawalan...itulah sebabnya aku tak dapat jadi juara PAAM sesuatu ketika dahulu..."

Zyon berada di hadapan Safiy sambil laraskan pedang pada dia.

"Ambik ni!!", Safiy teleport ke tempat lain. Muncul banyak gargantuar G.Blaster di sekeliling Zyon.

BOOM!!, kesemuanya menembak Zyon tetapi Zyon melibas dengan kuasa angin ke arah semua gargantuar sampai hancur. Zyon berada di udara menjunam bawah ke arah Safiy.

"Cis, aku perlu gunakan tapi...aku akan-"

SSSRRR..., Zyon melalui Safiy dan Safiy bertukar menjadi normal. Zyon tolak Safiy ke bawah. Mereka berdua jatuh ke darat. Safiy cuba bangun.

"Simpan dulu kuasa tu Safiy...kuasa tu akan buat diri kau terseksa...", Zyon menyimpan pedangnya.

"Nanti dulu, macam mana kau tutup kuasa aku?"

"...."

"..Haih...sunyi lagi.."

Afiq dan G-gong datang melihat keadaan mereka berdua. G-gong menolong Safiy untuk berdiri.

"Jadi, korang dah bersedia untuk esok?", tanya Afiq.

"Dah..kita akan ajar Saga siapa lebih kuat dekat sini...", jawab Safiy.

"Mari!!!", mereka bertiga bersorak kecuali Zyon.

Zyon berjalan tinggalkan mereka sambil tersenyum seorang diri.

ตอนถัดไป