webnovel

Bab 10 : Tujuh Unsur 2020

Laluan gua itu agak sempit. Dinding yang menghubungkan laluan gelap itu hanya berukuran dua meter. Jaraknya pula lebih kurang satu kilometer menerusi batuan yang licin serta berair. Suhu yang mencecah lapan darjah celsius itu jelas terasa saat mereka melaluinya. Oleh itu kepantasan meredahnya adalah sangat perlu bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

Boar dan Soar terbongkok-bongkok ketika melalui laluan gua itu. Walaupun suasana agak gelap, mereka berdua dapat mengharunginya dengan mudah kerana bola mata infa-merah yang mereka miliki. Di tangan Boar kelihatan seorang budak sedang didukungnya. Budak lelaki berumur lingkungan 9-10 tahun. terbungkus rapi di dalam gegelung benang seakan ulat sutera. Pergerakan mereka agak laju biarpun terpaksa membongkok. Selepas hampir 10 minit melalui laluan gua yang sempit, mereka tiba di perut gua yang lebih luas dan terang. Batu-batu permata yang berkilauan di dinding gua menghasilkan cahaya yang cukup terang. Seakan-akan mentol di zaman kini. Pasti ada cahaya suria yang menyuluh ke dalam gua ini lantas diserap tenaganya oleh batu-batu permata tersebut.

Keliling dinding gua yang bersinar itu terdapat beberapa tiang roman yang agak tinggi dan besar saiznya. Setinggi bagunan 3 tingkat. Setiap tiang mengandungi lubang kunci untuk kegunaan tertentu. Patung-patung makhluk pelik yang berdiri gah di setiap tiang pula mempunyai karakter yang berlainan setiap satunya. Ada yang tinggi berkepak, ada yang gemuk dan besar, ada juga yang bertangan besar seperti king kong. Patung-patung ini dikatakan mempunyai lagendanya yang tersendiri. Mata-matanya kelihatan bersinar kemerah-merahan seakan-akan menyorot ganas sesiapa yang melintasinya.

Boar dan Soar yang sudah separuh jalan, terus melintasi ruang 'Sepuluh Kejahatan' yang menempatkan haiwan-haiwan mistik. Haiwan-haiwan ini disumpah menjadi patung batu setelah kekuasaan Roah lenyap sekitar 5000 tahun dahulu. Haiwan mistik yang kejam dan ganas itu dihantar oleh Raja Roah ketika itu yang bernama Raja Bordos ke bumi untuk menewaskan pahlawan-pahlawan utama sebelum armada tentera menyerang. Ia bagi memudahkan proses penjajahan dilakukan.

Selepas melepasi ruang itu, mereka tiba di Dewan Kebangkitan. Antara ruang terbesar di dalam gua Kagut. Di dalam dewan tersebut kelihatan sebuah meja berbentuk segitiga yang besar. Di setiap sisinya terdapat tempat perbaringan seakan alat ritual pemujaan. Boar dengan segera membaringkan budak yang diculiknya dari dimensi lain itu di atas salah satu sisi meja. Mereka menoleh kebelakang beberapa kali seakan menanti sesuatu. Sesekali Boar mengungkapkan sesuatu kepada Soar dalam bahasa asing. Soar mula bergerak menghampiri satu tolok di hujung dewan lantas mengubah hala salah satu batu permata yang tergantung di dinding. cahaya suria yang menyuluh kini tepat mengenai batu tersebut lantas terbias ke arah batu-batu yang lain. Sepantas kilat dewan itu bercahaya.

Beberapa minit kemudian dua lagi kanak-kanak dibawa masuk oleh makhluk yang sama. Mereka dibaringkan seperti kanak-kanak awal tadi. Selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu memenuhi ruang pemujaan, kepulan asap hitam mula menerjah masuk ke dalam dewan tersebut. Asap itu berdesup menembusi kokun yang dibentuk membungkus kanak-kanak tadi. Seketika kemudian, asap itu hilang. Ritual ini dikatakan untuk mengubah jasad kanak-kanak menjadi seperti makhluk Roah. Saiz serta kekuatan yang sama. Manakala memori serta kesedaran sebagai manusia telahpun dibuang supaya mereka akur dengan perintah Raja Sodor. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk tujuan berperang.

Kokun yang berkilau akan dibiarkan selama dua bula sebelum ia boleh dibuka. Selepas dua bulan, jasad kanak-kanak telah pun berubah menjadi separa haiwan. Manakala kokun yang menjadi hitam akan diserapkan 7 unsur iaitu 'Guras' (tanah), 'Herik' (air), 'Tig' (api), 'volm' (angin), 'Mehu' (batu), 'Dork' (petir) dan Kirg (suria) supaya terhasil pahlawan untuk mengetuai angkatan perang. Bagi kokun yang tidak berubah warna, ia akan dimusnahkan kerana proses ritual ini tidak berjaya. Begitulah nasib kanak-kanak yang diculik makhluk Roah yang kejam.

***************************

Adib yang telah diculik sejak sebulan lalu masih belum ditemui. hasil soalsiasat dan temubual bersama orang kampung mendapati hampir 50 peratus dari mereka bersetuju akan perihal makhluk berwajah anjing. Namun begitu pihak polis masih gagal membuat kesimpulan akan kes ini malah segala hebahan media telah disekat malah dilarang sama sekali.

Pegawai petugas khas dari unit kerahsiaan mula dikerahkan kerana kerumitan kes ini berkaitrapat akan perkara mistik dan tahyul. Selepas beberapa hari menjalankan siasatan, mereka menemui pentunjuk baru.

"Ada bukti bahawa kanak-kanak yang hilang dibawa ke sebuah gua, tuan" jelas seorang pegawai unit kepada ketuanya.

Seorang lelaki separuh abad hanya mengusap-ngusap kumisnya sambil tersenyum.

Next chapter