webnovel

Bab 11 : Kota Sulaiman 1523

Siren amaran yang kedengaran adalah tanda perairan Samudera Konra telah dicerobohi. Pastinya kali ini adalah disebabkan oleh kehadiran pemburu paus yang gilakan kuasa dan wang. Mereka sanggup bergadai nyawa demi mendapatkan paus putih mistik yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada pemiliknya. Walaupun proses pencarian haiwan itu teramatlah sukar, namun mereka sanggup penempuh pelbagai cabaran dan halangan. Untuk sampai ke Samudera Konra sahaja mereka perlu menempuh tujuh halangan utama bermula Badai Gerik yang menjanjikan halangan tahap tiga iaitu puting beliung berangkai, selepas melepasinya mereka sampai ke Teluk Berapi. Teluk yang mempunyai gunung berapi di dasarnya itu amat merbahaya kerana muntahan larva yang kerap meranapkan kapal.

Halangan ketiga yang bakal ditempuh sesudah Teluk Berapi adalah Laut Selayar. Banyak kapal yang karam di sini. Malah jarang ada kapal yang mampu melepasinya kerana laut ini mempunyai puncak gunung yang tajam di dasarnya. Dikatakan juga bahawa puncak tajam itu sering berubah lokasi dan jumlahnya juga amat banyak. Seorang pelaut yang handal menyelam pernah menyelam bersama 10 orang yang lain semata-mata untuk melihat sendiri puncak gunung dasar laut itu. Namun hanya seorang sahaja yang mampu pulang dan meracau kengerian. Dia berulangkali memaklumkan bahawa ada ikan besar di dalam Laut Selayar itu. Ia menaikkan siripnya yang tajam untuk menenggelamkan kapal-kapal yang lalu. Manakala anak-anak kapal yang turut karam akan menjadi habuan ikan-ikan yang jumlahnya amat besar. Namun semua orang mentertawakannya. Lelaki itu dianggap gila kerana tiada bukti darinya. Dia mengaku pulang dengan kayu yang hanyut bersamanya selama 40 hari. Walaupun kisah itu adalah benar. Kapal yang dinaiki lelaki itu telah karam dan hanya dia sahaja yang terselamat.

Bagi kapal yang mampu melepasi Laut Selayar, mereka bakal diserang oleh ribuan ikan piranha terbang yang bersaiz besar di Laut Kerambu. Walaupun halangan ini dianggap paling mudah, Banyak nyawa bakal terkorban kerananya. Halangan sejauh 20 kilometer itu sering mengakibatkan kapal-kapal berlayar tanpa kemudi. Kosong sehingga kelihatan seperti kapal berhantu. Hanya darah yang membasahi lantai kapal.

Sesudah itu, pastinya halangan kelima yang merupakan halangan terpanjang terpaksa ditempuh penceroboh yang menginginkan permata berkuasa. Ombak setinggi 30-40 kaki menghentam kapal-kapal yang melaluinya. Malah diselangi pula dengan dentuman kilat dan petir yang menghancurkan. Ribut dahsyat yang menghiasi Laut Karba itu memang sangat kuat. Bahkan ia dikategorikan halangan tahap 5 yang merupakan tahap membunuh. Ia membadai sejauh 80 batu dengan kekuatan setara.

Dikatakan bahawa hanya 7 buah kapal sahaja yang mampu melepas lima halangan pertama untuk sampai ke Laut Cermin. Laut yang terkenal dengan ketenangan serta permandangan yang memukau seolah dipukau. Gambaran halusinasi yang terhasil dari biasan cahaya dengan air laut yang sangat jernih menjadikan suasan seperti berlayar di atas cermin. Namun tiada sesiapa yang menyangka ada raksasa yang menginap di laut ini. Ia amat besar dan ganas. hanya nakhoda yang benar-benar berilmu tinggi sahaja mampu melepasinya. Raksasa yang bersesungut lapan itu mempunyai pergerakan yang amat senyap dan pantas. Hanya bayang besar berwarna merah sahaja yang menjadi petunjuk kepala anak kapal untuk melarikan diri.

Dua halangan terakhir ini merupakan tidak lain dan tidak bukan adalah tentera dari Kota Sulaiman. Mereka akan berkawal 24 jam sehari di dua 'checkpoint' di perairan Samudera Konra. Mereka cuba mempertahankan perairan mereka yang sangat mistik. Paus-paus bertatah permata itu perlu dilindungi. Setiap pemburu yang cuba mendapatkan Sang Saka Putih adalah musuh kepada kerajaan Kota Sulaiman. Barisan kapal tentera yang lengkap bersenjata itu mampu memusnahkan armada perang yang berskala mega.

***********************

Si Luncai Perak sudah sampai di Samudera Konra. Biarpun kapalnya sudah kelihatan uzur, dia tetap bersemangat untuk mendapatkan permata hijau itu. Separuh dari anak kapal telah terkorban namun dia masih mampu berangan-angan akan kuasa yang bakal dimilikinya kelak.

Kira-kira 10 batu memasuki perairan Samudera Konra, Pemerhati kapal yang duduk di tiang layar utama menjerit-jerit seperti disampuk hantu.

"Pa..pa.. paus..!!!"

teriaknya dengan gembira.

Si Luncai yang berada di bawahnya tersenyum bangga. Dengan segera dia mengarahkan pembantu kapal untuk membuat persediaan memburu. Sudah terbayang akan kuasa yang bakal diperolehnya selepas itu. Dengan tidak semena-mena, dia ketawa terbahak-bahak. Kota Sulaiman pasti jatuh ke tangannya.

Next chapter