webnovel

Puteri Bersiong

นักเขียน: max_murni
หนังสือและวรรณกรรม
กำลังดำเนินการ · 149K จำนวนคนดู
  • 30 ตอน
    เนื้อหา
  • 4.9
    12 เรตติ้ง
  • NO.200+
    สนับสนุน
เรื่องย่อ

Seorang gadis yang secara tak sengaja mengetahui akan asal usul keturunannya yang merupakan salah satu keturunan lagenda zaman dahulu.

แท็ก
1 แท็ก
Chapter 1Prolog

"Beta mahu kamu sediakan santapan yang sama seperti yang kamu pernah hidangkan pada beta tempoh hari." Suara Raja bergema didalam balairung seri dengan lantangnya; ada nada tak puas hati didalam suaranya. Seluruh isi balairung itu kelihatan ketakutan dengan nada Raja mereka ketika itu.

"Tapi Tuanku…" Tukang masak yang juga kelihatan ketakutan memberanikan diri untuk bersuara tapi terbantut apabila disergah raja mereka.

"Berani kamu mahu mengingkari perintah beta?"

"Ampun beribu ampun Tuanku, patik tak berani, Tuanku. Akan patik tunaikan perintah tuanku dengan segera."

"Kamu boleh pergi sekarang."

"Hamba menurut perintah." Dalam keadaan menggeletar, lelaki yang kelihatan dalam lingkungan 30an itu mengundurkan diri tanpa sekalipun mengangkat kepala dihadapan Rajanya sehingga dia menghilangkan diri ke arah dapur istana.

"KRINNGGG!!!!!" Jam loceng yang kedengaran nyaring memekik ditelingaku; lantas mengejutkan aku dari mimpi tadi. Aku cuba mencapai jam loceng itu sebelum mematikannya; ku tenung jarum jam itu sambil menggesek-gesek mataku untuk beberapa kali sebelum bangun dari situ dengan langkah malas menuju ke bilik mandi.

'Sekali lagi…mimpi yang sama; dan masih mengikut urutan.' Aku bermonolog selari menggosok gigi dihadapan cermin didalam bilik mandi rumah sewaku. Kini sudah hampir 3 bulan selepas hari lahirku; aku mengalami mimpi yang sama secara mengiku urutan.

Mimpi malam pertama; aku akan mimpi Raja berhajat dihidangkan santapan; malam kedua, raja makin kelihatan pucat dan memerintahkan untuk dibunuh tahanan dalam penjara dan diambil darah untuk persediaan santapannya.

Malam ketiga… malam yang paling mengerikan buatku apabila Raja sudah kehilangan rupa manusianya dan kini bersiong; dengan warna kulit yang pucat dan warna bibir yang bertukar gelap.

Dia mulai menjadi makin hilang perikemanusiaan apabila bekalan manusia didalam tahanan penjaranya telah habis dibunuh lalu diperintahkan orang bawahannya untuk mula membunuh kanak-kanak sebagai bekalan darah buatnya. Raja itu telah ketagihan untuk menjamah darah manusia.

"Kenapalah aku kena hadap semua ni?" Aku melepaskan keluhan yang terasa berat didadaku sambil merebahkan tubuhku ke katil empuk berhadapan bilik mandi.

Sudah hampir 3 bulan aku tak dapat untuk tidur dengan nyenyak dek kerana mimpi aneh yang senantiasa bermain didalam tidurku tiap kali memejamkan mata. Pernah juga aku cuba untuk mentafsir mimpiku itu, tapi semuanya berakhir dengan mitos melayu; Raja Bersiong.

คุณอาจชอบ

Bila Takdir Berkata Lain

Ashley adalah pelajar sekolah menengah dan dia menyukai seorang senior yang lebih tua darinya. Namanya ialah McKenzie. Malangnya, sahabat baik Ashley sendiri, Mellisa yang juga menyukai Kenzie sanggup membuatkan Kenzie membenci Ashley. Ashley tidak peduli dan berusaha untuk mengambil hati Kenzie dengan caranya sendiri namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah mereka menginjakkan kaki ke dunia universiti, Kenzie masih membenci Ashley. Lebih teruk lagi, bila Kenzie mengetahui yang Ashley adalah adik kepada Aralisa, bekas teman wanita Kenzie. Aralisa meninggalkan Kenzie kerana lelaki lain dan itu membuatkan Kenzie sangat membenci Ashley. Ashley tetap menyukai Kenzie dan dia mengabaikan semua kata cacian dan herdikan Kenzie... Sehinggalah pada suatu hari, ayah Ashley meninggal dan itu ada kaitannya dengan keluarga Kenzie. Kerana bisnes mereka, ayah Ashley meninggal dunia. Ashley menjadi marah lalu dia berjanji untuk membalas dendam pada Kenzie dan keluarganya. Namun Tuhan berkata lain apabila Kenzie dan Ashley dipersatukan dalam perkahwinan. Namun Ashley tidak menyukainya dan terus membenci Kenzie. Kenzie semakin mengenal Ashley setelah berkahwin dengannya namun Ashley tidak lagi menyukainya, bukan seperti dulu. Masalah datang lagi bila Ashley tidak tahan dengan rasa bencinya pada Kenzie dan dia bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanakah Kenzie akan berhadapan dengan masalah ini?? Adakah Ashley akan selamanya membenci Kenzie, yang dulu pernah dia sukai? -------- Boleh follow saya di Instagram: @bbeatyybrr

bbeatyybrr · อื่นๆ
เรตติ้งไม่พอ
85 Chs

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · อะนิเมะ&มังงะ
เรตติ้งไม่พอ
34 Chs

Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey

Fantasy FairTania For Are Lost Journey mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Ryunosuke Nishimura yang merupakan seorang pemimpin academy FairyTaniah dan jugak calon raja di Kingdom Rull Magic. Namun pada malam Oktober, semua keindahan dan keindahan kerajaan Rull Magic musnah bersama Academy FairyTaniah atas serangan dari pihak musuh. Malam itu, dia kehilangan semuanya. Pangkat, kekayaan, kerajaan, academy, anggota pelajar, para rakyat, serta anggota keluarganya yang turut terkorban pada malam berdarah yang pada akhirnya hanya tinggal dia berdua bersama adik bongsunya yang masih bayi pada masa itu. Bukan itu sahaja, pada malam itu jugak sosok yang dikenali sebagai seorang yang dingin, tegas, percaya diri serta bertanggungjawab hilang bersama kematian para anggota keluarganya yang memilih berjuang bersama anggota pelajar sehingga akhir hayat mereka. Dia merasa malu, sedih dan kecewa kepada dirinya sendiri kerana pada malam itu dia tidak mampu melakukan apapun untuk menyelamatkan mereka. Malah saat akhir sebelum dia di pindahkan ke kerajaan lain mengunakan portal sihir. Air matanya gugur bila melihat satu persatu anggotanya gugur akibat melindunginya bersama para rakyat yang akan di bawa pergi. Kini sudah 10 tahun berlalu tapi ingatan tentang malam berdarah itu masih kekal dalam ingatannya. Dia meneruskan hidup bersama adik pompuannya tanpa menggunakan nama keluarganya. Sehingga suatu hari seorang wanita mengambil dia dan adiknya untuk dijadikan keluarga. Hidupnya aman dan damai bersama anggota keluarganya yang baru. Walaupun pada suatu hari hatinya kembali menangis pilu bila tanpa sengaja berjumpa seseorang yang cukup disayanginya. Tapi setelah itu dia kembali menjalani hidupnya tanpa dibayangi oleh sosok itu yang hingga ke hari ini masih tidak menerima keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka. Namun apakah daya! Dia tidak mampu melawan takdir. Mereka akhirkan kembali ditemukan di Academy WhiteFairy dengan status dan keadaan yang berbeda. Sosok itu merupakan seorang ketua pelajar yang disegani serta diminati oleh semua pelajar di academy. Manakala dirinya hanya orang biasa yang menumpang hidup. Kehidupan aman dan damainya bertukar berantakan bila gadis itu mengunakan kekuasaannya dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan dengannya. Dan semestinya, semua itu dilakukan dengan maksud yang tersendiri dan dia sendiri sedar akan maksud gadisnya itu. Persoalannya mampukah dia bertahan dengan segala godaan dari sosok yang cukup menggilainya. Dan jugak dengan masa silamnya! Apakah dia akan selamanya jatuh dan merelakan kematiannya orang-orang yang dia sayangi tanpa niat menuntut keadilan untuk mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka?

AisukiShah · อื่นๆ
เรตติ้งไม่พอ
31 Chs