webnovel

Bab 19

"Tolong …selamatkan perempuan ini dan anaknya, nek…tapi tolong rahsiakannya; saya akan kembali untuk memberi upah pada nenek sekali dengan perbelanjaannya nanti." Lelaki muda itu meletakkan sekujur tubuh wanita hamil yang kelihatan tak sedarkan diri dan longlai dibahagian ruangan dalam rumah usang itu diperhatikan seorang wanita tua yang kelihatan keliru sejak tadi.

"Siapa perempuan ni? Kenapa dia berlumuran darah? Apa yang…"

"Tolonglah nek…saya perlu beredar segera, saya tak boleh lama disini…tolong, jagakan dia…dan jangan beritahu hal ini pada sesiapa. Saya merayu; nek…" sebelum sempat wanita tua itu menghabiskan ayatnya lelaki itu mencapai tangan wanita itu dengan nada merayu; ternyata dia terdesak dengan keadaan itu.

"Merah; kau tahu siapa aku, kan? Berani kau untuk mengarahkan aku? Dan mengamanahkan aku untuk menjaga perempuan dan anak ini? Kau pasti, kau takkan menyesal dengan keputusan kau, ni?"

"…"

"Aku pasti, kau perasan akan kesilapan kau…?!?!?"

"Dan, jangan kau lupa; atas jasa siapa yang buatkan kau masih ada disini lagi? Kalau bukan kerana bapa aku, kau takkan ada lagi didunia ni; kau takkan wujud sekali pun. Aku harap kau pun sedar semua tu dan ingat janji kau dulu." Dengan serta-merta nada dan reaksi lelaki muda tadi terus bertukar sama sekali mendengarkan keangkuhan dalam nada wanita tua tadi.

"Tssk…berani kau, manusia…"

"Jangan kau ingat aku anak muda, kau boleh kotak-katik kan aku…walaupun aku masih tampak mentah, bapa aku telah sediakan aku dengan ilmu secukupnya untuk menghadapi makhluk seperti kau…jadi, jangan fikir aku tak mampu nak buat apa yang bapa aku dulu pada kau…atau lebih lagi." Ternyata dia mulai hilang sabar dengan ayat yang diutarakan padanya tadi.

"Kau jangan bongkak, manusia…"

"Aku tak perlukan kau untuk ingatkan aku. Aku hanya perlukan kata putus dan sumpah kau untuk pelihara perempuan ini dan anaknya. Itu saja yang aku pinta."

"Apa habuannya untuk aku?" sempat lagi dia menambah selari menjelin ke arah wanita yang kelihatan masih tak sedarkan diri sejak tadi.

"Kau boleh minta apa saja yang kau nak…asalkan tidak ada nyawa ataupun jiwa yang perlu dikorbankan."

"Baiklah, aku setuju…akan ku bersumpah untuk menjaga dan merawat perempuan ini dan anaknya sebaik mungkin sehingga masanya tiba untuk aku melepaskan mereka."

"Itu sahaja yang aku mahu dengar dari kau. Terima kasih; aku pergi dulu."

"Merah…sekurang-kurangnya, beritahu aku siapa perempuan ini? Kenapa dia tampak penting bagimu?"

"Simpan saja perasaan ingin tahu kau buat masa ni. Akan aku khabarkan padamu bila tiba masanya nanti. Khabarkan padaku kalau ada yang kau perlu nanti."

"…." Dari menjawab, wanita tua itu hanya mengangguk sambil merendahkan pandangannya; bagai takut akan anak muda tadi yang kini kelihatan yakin dari waktu mula-mula dia datang tadi.

"Akan aku kembali beberapa purnama lagi untuk menjenguknya…aku pergi dulu."

"Baik." Sempat lagi lelaki bernama 'Merah' ini menjeling ke arah wanita tadi dengan pandangan penuh simpati sebelum mula bergerak dari situ meninggalkan pondok usang yang terletak ditengah-tengah hutan yang jarang di masuki penduduk kampung disitu dengan langkah berat.

Beberapa bulan kemudian;

"Kamu tunggu siapa itu?" tegur wanita tua itu selari meletakkan dulang rotan berisi minuman petang dihadapan wanita hamil yang masih kelihatan mendagu ditepi tingkap itu.

"Hmm? Er…tidak…tidak ada sesiapa… mengapa nenek berbicara sebegitu pula?" nafi wanita itu sambil mula menjamah kuih yang dihidangkan wanita tua tadi; sejak sedar beberapa bulan yang lalu dan dirawat wanita tua itu, Kiambang semakin rapat dengan wanita tua yang lebih mesra dipanggil 'nenda' itu.

"Hai, sejak dari tadi; nenek lihat kamu tak tak jemu menjenguk ke luar tingkap tu sambil mengeluh beberapa kali. Kamu fikir nenda tidak perasan?"

"Oh…itu… Kiambang cuma teringat; kan nenda pernah cakap dulu bahawa orang yang bawakan Kiambang ke sini nanti akan datang beberapa purnama lagi? Jadi…"

"Kamu ingin tahu?"

"?!?!? …Ya…" matanya terbeliak sebelum ditundukkan; menahan perasaan malu yang makin membuak.

"Sudahlah tu…kamu makan dulu. Nenek akan khabarkan kepada kamu kalau dia sampai nanti."

"…."

"Nenek? Nenek! Merah datang ni, nek!"

"?!?!?" suara yang datang dari arah pintu utama rumah itu membuatkannya makin terdiam.

"Oh, panjang umur kamu! Masuklah dulu, Merah…nenek ada di dalam ni…Kiambang pun ada…" dari bergerak ke arah suara tadi, wanita tua itu hanya memekik dari bahagian dalam rumah itu sambil duduk berhampiran Kiambang yang kelihatan makin tak selesa.

"Nek…" dengan reaksi spontan, wanita itu menarik lengan baju wanita tua itu dengan perasaan cuak; ternyata dia tak selesa dengan keadaan itu.

"Apa? Bukankah tadi… kamu kata; kamu mahu berjumpa dengan orang yang selamatkan kamu?" sebaris senyuman sini menghiasi wajah berkedut wanita itu.

"Kiambang? Siapa pula tu, nek?...?!?!?" suaranya kedengaran makin mendekat sebelum dia terdiam dengan serta-merta apabila bertentang mata dengan wanita yang kelihatan duduk disisi wanita tua tadi dengan reaksi terkejut.

"…"

"Hah, mengapa kamu masih berdiri lagi disitu? Marilah masuk; ini, nenek baru hidangkan kuih kegemaran kamu ni."

"Er….ya."

"…" dengan perasaan gemuruh; Merah mula mengambil tempat disisi wanita tua itu sambil melarikan pandangan dari Kiambang.

"Jadi…tuan hamba yang selamatkan saya?"

"Ya…saya minta maaf kerana terpaksa mendukung tuan hamba kesini memandangkan keadaan tuan hamba yang lemah dan tak sedarkan diri."

"…T…tidak mengapa; saya faham…saya faham akan niat baik tuan hamba itu…" sekali lagi dia menundukkan pandangan dengan wajah yang kelihatan makin bertukar merah.

"Ehem!"

"?!!?"

"?!?!" suara berdehem yang sengaja di kuatkan wanita tua tadi membuat keduanya tertunduk kembali dengan keadaan kekok.

"Kalau Kiambang mahu tahu, Merah ini hulubalang sultan di negeri ini…sebab itulah dia boleh selamatkan kamu."

"Sultan?...?!?!" sebutan itu cukup membuatkan Kiambang terdiam sambil mula menggeletar ketakutan.

"Kiambang?"

"Tuan hamba? Kenapa ni? Nek, kenapa dengan Kiambang ni?" reaksi yang diterima mereka membuatkan Merah menjadi makin panic lantas menghampiri wanita hamil itu lagi.

"Kiambang? Kamu tidak apa-apa?" giliran nenek pula melihat keadaannya sambil memegang kedua bahunya.

"Su…sultan… Tuanku…dia yang…"

"Ya, saya tahu…Tuanku sultan yang buatkan tuan hamba berada dalam keadaan sebegini…malah, dia yang pinta supaya saya bawakan kamu ke sini." Merah bersuara dengan nada tenang.

"!??! Apa? Kenapa aku tak pernah tahu tentang hal ini sebelum ini?"

"Nek?" Kiambang mengalihkan perhatiannya kepada orang tua itu dengan perasaan keliru.

"Aku tak rasa kau perlu tahu dulu…salah aku, maaf…"

"Kau tahu betapa aku bencikan lelaki itu, bukan? Raja; raja yang tak berdaulat langsung! Kalau Kiambang ini perempuan sultan, adakah anak dalam kandungannya itu…" dengan perasaan marah dan terasa dikhianati yang membuak-buak, wanita tua itu mengalihkan pandangan kea rah kedua anak muda yang duduk dihadapannya itu untuk pengesahan.

"…"

"…."

"Celaka kau, Merah! Aku..?!?!" cukup dengan kebisuan keduanya, wanita tua tu mula hilang sabar selari bangun dari situ dengan wajah yang kian kemerahan akibat menahan amarah; secara refleks, Merah bangun dari situ sambil menghampiri Kiambang; khuatir akan keselamatan wanita hamil itu, sengaja dia berdiri diantara Kiambang dan orang tua tadi.

"Jangan melampau, nek…kau tahu apa yang aku buat dan apa yang mampu sultan buat ke atas kau, bukan?"

"!??!" matanya terbeliak sebelum dia mematikan ayat; bagai tak berani untuk bertelagah lagi.

"Nek? Kenapa ni?" Kiambang yang dari tadi berdiri dibelakang Merah, cuba mendekati nenek tua itu kembali.

"Apa tujuannya menghantar perempuan ini dan anaknya kemari?"

"Itu, aku sendiri tak pasti; sejujurnya…tapi, aku tahu sultan mahu melindungi Kiambang dan anaknya."

"Aku tak boleh terima kalau ini keturunan dia."

"Aku tahu, kau masih berdendam dengannya kerana kekejamannya dulu, kan?"

"Dia pernah membunuh keturunan aku, kenapa perlu aku membantunya untuk pelihara keturunannya; kini?"

"Nek…Kiambang minta ampun kalau keberadaan Kiambang disini menyusahkan nenek dan buatkan nenek rasa tak senang hati…Kiambang akan pergi kalau itu yang boleh membuatkan nenek lebih tenang."

"Apa yang kamu cakapkan ni, Kiambang? Dengan keadaan kamu sebegini, tidak mungkin kamu nak melahirkan seorang diri dalam hutan tebal ini?" suaranya tiba-tiba menjadi panik apabila Kiambang mulai bergerak dari ruangan dalam itu menuju ke beranda terhenti apabila wanita tua itu memegang tangannya.

"….?!?!"

"Jangan jadi bodoh…."

"Nek?" reaksi nenek itu membuatkan Kiambang terdiam sambil melihatnya dengan pandangan tak percaya.

"Walaupun aku bencikan lelaki tu separuh mati, dan aku tahu dendam aku pada dia takkan terpadam, kau tak pernah bersalah padaku…anak kau juga, tak pernah bersalah padaku. Marilah masuk ke dalam dan tinggal dengan ku. Kiambang…sekurang-kurangnya aku ada peneman dan seseorang yang boleh ku anggap sebagai keturunanku." Katanya lagi selari menolak perlahan Kiambang untuk masuk semula ke bahagian dalam rumah, meninggalkan dia dan Merah kini bersendirian dihadapan beranda rumah usang itu.

"….aku harap kau tepati apa yang kau cakapkan tu…"

"Itu adalah habuan yang aku inginkan…"

"Maksud kau?" lelaki muda itu mengangkat kening mendengarkan ayat yang keluar dari mulutnya tadi.

"Aku ingin menjadi penjaga dan pendamping bagi Kiambang dan seluruh keturunannya dari apa saja kekejaman dari Tuanku."

"!??!" perkataan yang keluar dari wanita tua itu agak mengejutkannya.

"…" dari memberikan respon, wanita tua itu hanya memberikan reaki penuh keyakinan sambil terdiam lagi.

"Kau pasti?"

"Kalau kau ingin aku ikhlas untuk menjaga Kiambang, usah ditanya lagi. Lagipun, kalau aku telah bersumpah untuk menjadi pendampingnya; tidak mungkin aku akan cederakan tuanku sendiri, bukan?"

"Baiklah…kalau itu yang kau mahukan…tapi, biar aku yang pelihara kau untuk jagakan dia." Walaupun dia sendiri agak ragu-ragu dengan hasrat yang di sampaikan wanita itu tadi, Merah akhirnya akur dan bersetuju setelah nampak kepastian dalam reaksi wanita tadi.

"Apa saja jua syarat yang kau kenakan, akan aku turuti."

"…."

'Siapa…sebenarnya nenek ni? Mengapa aneh benar perbualan mereka berdua?'omel wanita hamil itu disebalik pintu kayu yang terbuka luas itu.

ตอนถัดไป