DIA YANG PERTAMA
Cinta adalah milik semua insan tanpa mengira perbezaan darjat keturunan ,usia, bangsa mahupun agama. Cinta Itu kepada Aein Najla bagaikan cahaya yang bakal menerangi suram dan menikam sukma. Namun cinta itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya.
Bagai gumpalan mega kelabu mahu menghempap bumi cintanya, Iqie terpaksa bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya. Jiwa Iqie penasaran. Bagaimana mahu mengukir mudah berhelah, mencipta resipi seribu ungkapan manis bakal dipersembahkan kepada dewi cintanya?
Dalam masa yang sama , Aein Najla mengalami situasi yang sama. Namun bagi Aein Najla,pilihan kedua-dua orang tuanya adalah calon suami yang terbaik , pengukur cerah masa hadapannya. Aein Najla berdoa dan pasrah kepada takdir Allah.
"Aku sanggup terima kenyataan bahawa jodoh kita tiada.Kau ikutlah kehendak orang tuanya, Iqie. Cintaku tetap utuh untukmu.Aku akan mendoakan kau berbahagia dengan pilihan orang tuamu. Aku sendiri kalau ada jodoh,aku akan berkahwin. Kalau sebaliknya, biarlah masa yang menentukan".
Dapatkah cinta Iqie dan Aein Najla kembali bertaut erat? Apakah sikap patuh kepada orang tua dapat menjana kebahagiaan dalam istana cinta yang dibina? Berbaloikah pengorbanan mereka? Dapatkah perasaan yang berada di hati ,akan terus kekal di hati?
an_311005 Β· General