Loceng kali kedua berbunyi menandakan sudah habis waktu persekolahan pada hari tersebut. Murid-murid mula mengemas barang mereka dan Nayla melihat beberapa pelajar lelaki sudah pun keluar dari kelas itu. 'Bapak laju budak lelaki kelas aku ni' desisnya di dalam hati. Nayla masih belum memberitahu Azriq tentang dirinya dan Izwan. Selalunya Azriq lah tempat mengadunya tetapi kali ini dia khuatir jika Azriq fikir bahawa dia hanya mempermainkan perasaan Izwan. 'Nanti-nanti lah aku bagitahu' lalu dia terus keluar mengekori rakan-rakannya. Fikirannya kosong sewaktu itu. Otaknya terlalu serabut sampai dia tidak tahu lagi apa yang menyerabutkan otaknya. Tanpa dia sedari rakan-rakannya sudah pun hilang dari pandangan. Kelam-kabut dibuatnya. Haih, Nayla...kat sekolah sendiri pun nak kelam-kabut. Bukannya sesat pun. Otak Nayla cuba memberi kata-kata semangat terhadap dirinya. Nayla memang orang yang senang cerita, tak de kawan boleh mati kejung terus.
Tiba-tiba Nayla terasa begnya ditarik dengan kasar. Mula-mula dia sangkakan itu Azriq yang ingin mengusiknya tetapi apabila dia memusingkan badannya, dia melihat 4 orang budak perempuan yang dia memang pasti sekelas dengan Izwan. Izwan bukanlah budak yang popular tetapi rakan-rakan perempuannya memang overprotective. Mesti korang terfikir kenapa kawan perempuan? Dia takde kawan lelaki ke? Izwan ni sebenarnya budak lelaki yang agak lembut. Dia jarang melepak dengan budak lelaki kerana budak lelaki tidak mahu berkawan dengan dia. So, sebab tu dia ada kawan perempuan sahaja. Dia rasa terharu sebab dia ingat apa yang Farisya kata itu betul. Dia fikir memang ada orang yang suka dia. Sebab itu dia terima 'cinta' tersebut. Tragik sungguh. "Kau break-up dengan Izwan ke!?" tanya salah seorang budak perempuan itu. "Haah. Aku bukannya couple dengan dia and aku tak suka dia pun, kawan aku yang salah faham and bagitahu dia" terang Nayla. Dia harap alasannya akan diterima dan dia akan dibenarkan balik. Tapi tanpa diduga...
Pang!
Satu tamparan menyinggah di pipinya. Dia yang terkejut segera memegang pipinya yang terasa pedih itu. Matanya berair akibat rasa sakit tersebut. Nayla bukanlah budak yang confident dan boleh mempertahankan diri. "Perempuan jenis apa kau ni ha!? Suka-suka hati mainkan hati lelaki!" tengking budak perempuan itu lagi. Nayla sudah terdiam, air matanya sudah mengalir dengan deras. "Aku tanya ni, jawablah!". Apabila Nayla mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat perempuan tadi, dia mendapati perempuan itu ingin melempangnya lagi. Dengan serta merta dia menundukkan kepala. Namun, lempangan yang dinanti-nantikan itu tidak sampai-sampai. Nayla mengangkat lagi kepalanya. Dia melihat Cikgu Hafiz sedang memegang kuat tangan perempuan itu. Wah! Prince dia dah sampailah! Seronoknya, I pun nak ada prince charming jugak! "Kamu berempat ikut saya sekarang. Kamu pun sama Nayla". Tiada lansung nada lembut dalam kata-kata itu. Mereka semua akur dengan arahan tersebut.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di pejabat pengetua. Cikgu Hafiz pun melangkah masuk ke dalam pejabat tersebut sambil diekori 5 orang pelajar tadi. Nayla diminta menceritakan kejadian tadi. Setelah menceritakan, mereka berempat pun mengaku salah. Mereka diminta tunggu di dalam pejabat sementara pengetua menghubungi ibu bapa mereka semua. Cikgu Hafiz pula meminta Nayla mengikutnya ke bilik kesihatan sekolah. "Kak Maya. Kak Maya ada ke?". Nayla tahu Cikgu Hafiz sedang memanggil nurse sekolah itu. Namun bilik itu sunyi sepi menandakan memang tiada orang di situ. "Masuklah" "Takpelah, cikgu. Mak saya mesti dah tunggu kat luar tu. Nanti lama pulak". Nasib baik dia teringatkan mak dia. Dia tahu kalau dia lambat memang kena bebel lah jawabnya. "Saya dah mesej mak awak tadi. Saya kata saya yang akan hantar awak balik". Cikgu Hafiz kembali menuju ke peti sejuk untuk mencari ais. Takkanlah dia hendak menghantar Nayla balik dengan pipi yang sedikit bengkak itu. Kuat jugak kena lempang, sampai bengkak. Suka-suka hati je nak lempang anak orang. Membuntang mata Nayla. Laju sungguh Cikgu Hafiz buat kerja. Entah bila lelaki itu mesej maknya. Beberapa ketika kemudian, Cikgu Hafiz pun menghulurkan ais batu yang sudah dibalut di dalam kain. Nayla segera mengambil dan menuram ia ke pipinya. Betul ke menuram? Kalau salah sila komen ya perkataan yang betul. Semasa dia melakukan perkara tersebut, matanya terpandang beg berwarna biru yang terletak di pintu masuk. Macam beg Azriq. Hatinya berkata. Dia juga sempat memandang Cikgu Hafiz yang duduk berhadapan dengannya. Dia mengamati muka guru itu agak lama. Wajah tampan guru itu tidak pernah mengecewakan. Akibat termenung yang agak lama. Kain yang berisi ais yang dipegangnya itu pun terlepas. Mereka berdua pun segera ingin mendapati kain tersebut dan tanpa sengaja tangan mereka bersentuhan. Akibat terkejut mereka mula memandang sesama sendiri. Tanpa diduga...
"Kak Maya! Saya nak ambil beg saya, tau!". Azriq sudah membuka pintu bilik kesihatan itu. Dia menyangkakan untuk melihat Kak Maya yang berada di kaunter bukannya kawan baiknya bersentuhan dengan guru kelasnya. Nayla terkejut lalu segera menarik laju tangannya. Cikgu Hafiz juga bangun dan berdehem sedikit. "Nayla!". Terkejut Nayla apabila dipanggil begitu. Azriq segera menuju ke arah Nayla. "Ambil beg kau. Aku hantar kau balik". "Rasanya tak perlu, kot. Saya dah mesej mak dia dan saya yang akan hantar dia balik". Nayla merasakan aura yang tidak baik diantara mereka berdua. Setahu dia, Azriq dan Cikgu Hafiz tiada apa-apa pergaduhan. Dia dalam Kelas dia selalu melihat Cikgu Hafiz berborak kosong dengan Azriq. Azriq tidak menghiraukan kata-kata guru itu. Dia terus menarik lengan baju kurung Nayla agar Nayla mengikutinya. Nayla hanya akur. Walaupun Azriq hanya memegang lengan baju tapi kuat juga pegangan itu. Nayla menoleh sekejap ke belakang lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda meminta maaf. Akhirnya mereka tiba di kawasan meletakkan motorsikal. "Apa kau buat dengan dia dalam bilik tu!?" tanya lelaki itu dengan nada yang keras. "Cara kau tanya tu macam aku ada buat benda haram tau dalam tu. Cikgu Hafiz suruh aku letak ais kat pipi aku sebab aku kena lempang tadi dengan budak kelas Izwan" "Apahal pulak diorang nak lempang kau!?". Nayla pun menceritakan apa yang telah terjadi. Tanpa berkata apa-apa, Azriq menyerahkan topi keledar kepada Nayla lalu mereka memulakan perjalanan mereka. Don't worry guys, Nayla tak peluk Azriq pun waktu atas motor. Dia pegang yang dekat belakang motor tu je. Nayla hanya diam sepanjang perjalanan. Apabila tiba di rumah Nayla, Azriq memberhentikan motornya. Nayla pun turun sambil menyerahkan topi keledar tadi. Belum sempat Nayla mengucapkan 'bye', Azriq sudah pergi dari situ. Nayla pun memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.
—continue...