webnovel

Kejahatan Berterusan Memusnahkan Diri Sendiri (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya nak bantuan penonton…" kata Song Yishi dengan kekok.

Namun, pengacara tersebut berasa lebih kekok berbanding Song Yishi. "Cik Song, kamu hanya ada satu peluang untuk minta bantuan penonton. Kamu dah gunakannya."

"Jadi… saya… tak tahu." Song Yishi tidak begitu mahir dalam puisi Cina kecuali puisi yang terkenal seperti 'Mencangkul Milet di Bawah Terik Matahari' atau 'Sinaran Purnama Menerangi Kamar'...

Dia tidak tahu menahu mengenai puisi tidak terkenal seperti yang ditanyakan Huo Mian.

"Jawapan yang betul ialah - 'Sungai tetap mengalir ke arah timur menuju ke laut'."

Sebaik sahaja Huo Mian menyatakan jawapan yang betul, para penonton mula memberikan tepukan gemuruh… 

Selepas 10 soalan, Huo Mian dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

Song Yishi pula hanya berjaya menjawab satu soalan dan ia jawapan yang dijawab oleh penonton.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com