webnovel

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · Fantasia
Classificações insuficientes
29 Chs

Bab 5

Malam itu

Di dalam mimpi

Hazirah's POV

Sebuah cahaya menerangi dan mengangguku yang sedang dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku membuka mataku dan aku sedar bahawa aku bukan lagi di dalam bilikku. Aku berjalan sambil memandang sekeliling dan nasibku tidak baik kerana aku terlanggar sesuatu. Eh, bukan sesuatu tetapi seseorang. Aku terjatuh duduk dan memandang orang yang dilanggarku untuk meminta maaf. Tidak sangka bahawa orang yang dilanggarku adalah Syahmi.

"Kau okey?" soalnya.

Aku mengangguk dan berdiri sebelum bertanya, "Awak buat apa kat sini? Kita dekat mana?"

"Kita kat sebuah dimensi yang lain," balasnya sambil memandang sekeliling. Aku dan Syahmi berjalan ke sebuah sungai yang terdekat dengan tempat mereka bertemu. Aku memandang Syahmi dengan pandangan keliru.

Syahmi mengambil nafas dan berkata, "Dimensi ini dikenal pasti sebagai dimensi X. Ia berfunsi seperti mimpi tetapi di sini merupakan tempat sesiapa yang memiliki kuasa-kuasa yang tertentu untuk memasuki dimensi ini. Orang itu boleh menarik sesiapa yang ingin dia berbicara tanpa sesiapa tahu, tidak kira pagi ataupun malam," terang Syahmi dengan jelas.

Aku mengangguk dan berfikir akan siapakah gerangan yang menarik kami berdua ke dimensi ini. Tanpaku sedari, dua pasang mata sedang memerhati kami berdua sebelum memandang satu sama lain.

"Sesiapa yang sedang sembunyi itu, sila keluar," arah Syahmi secara tiba-tiba.

Aku terkejut apabila Syahmi berkata sebegitu dan memusing ke belakang untuk melihat siapakah yang dikatakan Syahmi itu. Terdapat dua ekor serigala menunjukkan diri mereka di belakang kami. Seekor ekor mempunyai bulu yang berwarna biru bercampur hijau manakala lagi seekor mempunyai bulu yang berwarna biru bercampur ungu. Mata mereka berbeza. Sepasang mata berwarna hitam dan lagi sepasang berwarna coklat hitam.

"Syahmi. Aku takut," bisikku kepada Syahmi apabila dua ekor serigala itu memandang kami berdua dengan tajam. Syahmi mendiamkan diri dan mengambil tindakan untuk berdiri di hadapanku.

"Selamat datang, wahai Kembar Lagenda yang terbaharu. Kami berdua yang menarik kamu ke dimensi ini," kata salah seorang diantara serigala tersebut.

"Apa tujuan kamu berdua menarik kami berdua ke sini? Siapakah kamu berdua? Apa maksud kamu dengan membahasakan kami sebagai Kembar Lagenda yang terbaharu?" Soal Syahmi bertubi-tubi. Aku pula memegang lengan Syahmi dengan erat.

"Saya Aila dan di sebelah saya ini adalah Pyro. Kami berdua adalah spirit animal Kembar Lagenda. Kamu berdua adalah Kembar Lagenda yang seterusnya setelah pemergian Kembar Lagenda yang lama; Ashley dan Simon. Mereka yang menyuruh kami memilih siapakah untuk meneruskan legasi mereka dan kami telah memilih kamu berdua," jawab Aila, serigala yang berwarna ungu bercampuran biru itu.

"Legasi? Kenapa kami?" soalku pula.

"Kami berdua telah memerhati kamu berdua dari kecil lagi dan tujuan kami memilih kamu kerana kami tahu kamu berdua mempunyai hati budi yang baik dan ingin menolong orang di sekeliling kamu berdua. Kamu ingin melindungi mereka dari segala ancaman. Disebabkan itu, kami berdua telah memilih kamu berdua," terang Pyro, serigala yang berwarna hijau bercampuran biru itu.

Aku dan Syahmi berpandangan. Aku mengaru kepalaku kerana tidak tahu akan perkara ini akan terjadi. Aila dan Pyro perasan akan keraguan kami berdua. Mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri terlebih dahulu.

"Kalau kami tidak menerima kamu berdua, apa yang akan terjadi?" soal Syahmi. Pyro dan Aila memandang dengan riak terkejut. Mereka tidak sangka soalan sebegitu akan dituju kepada mereka. Apabila melihat Aila dan Pyro terkesima, Syahmi mengeluh dan memandangku untuk minta pendapat.

"Kita ambil mereka sebagai spirit animal kami. Sudah jelas bahawa kita Kembar Lagenda seterusnya."

Aku memberi pendapatku kepada Syahmi. Aku dan Syahmi setuju untuk mengambil mereka sebagai spirit animal kami berdua. Aila dan Pyro mengukir sebuah senyuman dan berubah menjadi cahaya sebelum cahaya itu hilang. Aku cuba membuka mataku dan perasan bahawa aku sudah berada di dalam bilikku.

-------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan hari

Hari ini merupakan dugaan kekuasaan yang ramai pelajar menanti-nantikan selama ini. Raja dan Permaisuri Kerajaan Alantia akan turut menyaksikan perlawanan itu. Walaupun dugaan ini bukan antarabangsa, Raja dan Permaisuri Kerajaan Alantia masih mahu melihat perlawanan tersebut dan memberi hadiah istimewa kepada pemenang-pemenang dugaan ini.

"Dugaan ini merupakan lawan yang dipilih guru dan aku tahu bahawa dugaan ini merupakan dugaan besar dalam sejarah Akademi Shadowille. Ini merupakan kali kedua Akademi Shadowille membuat dugaan seperti ini. Pengetua Suzy panggil dugaan ini, Perlawanan Kekuasaan," kata Khaulah kepada Hazirah.

"Setahu aku, lima pelajar akan berada di peringkat terakhir dan dari situ, kita akan tahu siapa yang akan berada di tempat pertama hingga tempat kelima. Sebelum mendapat tahu keputusannya, kelima-lima pelajar yang berada di peringkat akhir akan berlawan antara satu sama lain dahulu," terang Muaz.

Hazirah mengangguk tanda faham sebelum bertanya, "Sebelum ini, Pengetua Suzy ada membuat perlawanan seperti ini?"

"Ada. Itu pun sekali dan yang berjaya memenangi adalah kumpulan The Alpha. Dari perlawanan ini, mereka akan ditempatkan di satu bumbung untuk bekerjasama dan mereka perlu fikirkan nama kumpulan serta siapa ketua kumpulan mereka," balas Syahmi sambil meminum air di tangan. Hazirah memandang setiap pelajar di padang Akademi Shadowille. Muaz ternampak Hazirah yang seperti cacing kepanasan.

"Hazirah. Kau takut ke?" Tegur Muaz.

"Tak takut.. Cuma lebih kepada gementar," balas Hazirah dan memandang Muaz.

"Jangan risau, Hazirah. Menang ataupun kalah, tidak bermakna kau tak pernah usaha," nasihat Khaulah dan memeluk Hazirah.

Hazirah mengangguk dan perlawanan bermula tidak lama kemudian. Muaz telah berlawan dengan seorang pengguna api manakala Khaulah telah berlawan dengan seorang pengguna air. Raja Rizal Al-Siddiq dan Permaisuri Khadija Badri, Raja dan Permaisuri Kerajaam Alantia, menonton perlawanan-perlawanan ini dengan tenang. Ada beberapa pelajar telah berlawan termasuk Batrisya dan sekarang merupakan giliran Hazirah.

"Perlawanan seterusnya, Hazirah dari kelas 4-G dan Naila dari kelas 4-B," kata Cikgu Lily. Hazirah menuju ke tengah-tengah padang dan memandang seorang gadis, yang bernama Naila. Rambut Naila berwarna hijau dan matanya berwarna hitam.

'Ni mesti kuasa tumbuhan,' bisik hati kecil Hazirah.

Mereka berdua memandang sesama sendiri sehingga salah seorang guru membenarkan mereka berdua mula perlawanan ini. Naila mulakan perlawanan itu dengan menggunakan kuasa tumbuhannya untuk menyerang Hazirah. Hazirah pula kelihatan tenang. Dia mengeluarkan pedang petirnya dan menunggu.

"Akar menjelang," kata Naila sambil menggunakan kuasa tumbuhannya.

Pada ketika itu, Hazirah berlari ke arah Naila dengan laju, dia mengguna pedangnya dan memotong akar-akar itu sebelum mendekati Naila. Dia sempat menggunakan pedangnya untuk merinjat Naila sebelum membuat refleksi matahari ke muka Naila dan menggunakan kuasa airnya untuk menjatuhkan Naila. Naila menutup matanya kerana kesilauan matahari dari pedang Hazirah dan berundur setapak demi setapak. Dia terpijak di sebuah kolam air kecil yang dibina oleh Hazirah dan terjatuh. Ramai tergamam akan kepantasan Hazirah termasuk Raja Rizal Al-Siddiq dan Permaisuri Khadija Badri. Mereka mula berasa hairan akan kuasa Hazirah kecuali Pengetua Suzy, Cikgu Luthfi dan Syahmi. Hazirah meletakkan pedang kilatnya hampir di leher Naila apabila mata Naila sudah boleh melihat dengan betul. Naila tidak berdiam diri malah tanpa disedari Hazirah, dia memanipulasi sesuatu objek yang tajam dan dihalakan di belakang Hazirah.

'Awas Hazirah!' Spirit beast Hazirah, Aila, memberi amaran kepada Hazirah. Hazirah segera mengelak ke tepi. Hazirah menyimpan pedang petirnya dan mengenggam penumbuk di tangannya dan segera mengaktifkan kuasa petirnya.

"Tumbukan petir," kata Hazirah sambil menghalakan tumbukan tepat di perut Naila sehinggakan Naila jatuh pengsan.

"Pe...Pemenangnya adalah Hazirah," kata Cikgu Lily dengan sedikit gagap.

Setiap pelajar diberi tiga puluh minit untuk berehat sebelum Cikgu Lily mengumumkan lima pemenang utama. Hazirah meletakkan tangannya di perut Naila. Kelihatan warna hijau cerah di antara tangannya dah perut Naila. Naila mula sedar dan mengucapkan terima kasih. Hazirah dan Naila mula berkenalan seketika. Muaz, Syahmi dan Huzair mendekati Hazirah. Batrisya dan Khaulah sudah memeluknya kerana dia berjaya memenangi perlawanan di antaranya dan Naila. Hazirah diberi sebotol air dan sekeping roti untuk dijamah. Masa berlalu dengan begitu pantas dan sudah tiba untuk Cikgu Lily mengumumkan pemenang-pemenang tersebut.

"Sebelum saya mengumumkan lima pemenang utama, Pengetua Suzy ingin memberi pingat untuk setiap pelajar yang turut serta dalam perlawanan ini," kata Cikgu Lily sementara pingat yang disebutkan diberi kepada setiap pelajar.

TBC