webnovel

My very own family

"Jumpa lagi Airis.. I'll text you later" Laung Danny bila kami berpisah. Aku angguk dan bagi isyarat ibu jari pada Danny. Jihan hanya memandang sekilas ke arah Danny.

Selepas dari Air terjun Langanan, kami bergerak pula ke satu perkampungan di sekitar Poring di mana bunga reflesia sedang berkembang mekar. Seperti biasa, sebagai tumbuhan pemangsa, kelopak bunganya yang besar itu diminati oleh serangga.

" Wah.. bunga reflesia kali ini benar-benar besar" Seru Linda sambil mengambil gambar. Aku ikut ambil gambar. Nina dan Susan pula sibuk selfie di sekitar tempat itu. Faris melayan penjaga yang memberikan info tentang bunga reflesia.

Aku lihat Jihan yang berdiri di sebelahku juga mengambil gambar bunga reflesia itu. Kerana dia berdiri rapat dengan aku, dengan jelas aku lihat Jihan membuka whatsap di telephonenya dan mengirim gambar bunga reflesia yang diambilnya itu kepada Shila. Bila membaca reply Shila di dalam mesej whatsapnya, Jihan senyum ranum. Matanya 'bercahaya'. Serentak itu aku teringat Danny. ya.. Tadi, aku melihat Danny memandangku dengan pandangan mata 'bercahaya' seperti ini. Sekarang aku tahu dejavu yang aku rasa tadi rupanya Jihan.

Aku tersenyum pahit dan bergerak menjauh dari situ. Moodku tiba-tiba terasa sangat suram. umpama ada batu besar yang berat sedang bergayut di dadaku.

" hey.." tegur Jihan bila melihat aku duduk jauh dari mereka yang lain - yang sedang sibuk berbual-bual dengan penjaga bunga reflesia itu. Jihan mendekat lalu duduk di sebelahku.

" Kau nampak macam ... tak ada mood" Aku sedikit terkedu. Ketara sangat?

" hmmm.. penat. just penat.." Dalihku. Jihan tenung muka ku dan angkat keningnya. Dia kemudian mengambil sesuatu dari beg sandangnya.

" Nah!"

Aku terpegun. Jihan bagi satu tin minuman red bull. Aku jadi senyum lebar. Aku bukannya penat pun, aku sebenarnya moody sebab melihat senyuman Jihan yang happy membaca mesej dari Shila. Tapi dengan muka moody itu aku dapat perhatian dari Jihan buat hatiku gembira. Jelas sekali Jihan ambil berat tentang aku.

" Wow! how nice.. macam tau-tau saja aku perlukan ini.. you are the best!" minuman tin bertukar tangan. Jihan senyum dengar ucapanku.

" I know" Dan dia ketawa ringan memandangku.

"Thank you!"

Jihan angguk dan senyum lagi. Kami terdiam seketika.

" Kau masih ingat macam mana kita boleh jadi bestfriend?" tanya Jihan tiba-tiba. Spontan aku toleh ke arahnya dengan muka tanda tanya.

" hmmmm napa tiba-tiba cakap pasal ni?" tanya ku.

"Tak.. tadi pasal Danny. Bila kau cakap dont judged him too soon. Aku tiba-tiba ter-flash back.. aku pernah salah faham dengan kau. kau safe me dari kena langgar kereta dengan tolak aku hingga aku jatuh masuk longkang" Ujar Jihan. Aku jadi ketawa. Baju Jihan habis kotor sebab jatuh ke longkang sebab aku tolak dia dengan kuat. Dia sangat marah dan hampir pukul aku. Tapi kawan-kawan lain datang padaku sambil tanya adakah aku okay. Jihan tambah marah sebab dia yang jatuh dalam longkang tapi mereka semua semua meluru padaku. Aku juga hampir di langgar kereta itu tapi sempat mengelak tapi terjatuh juga hingga lututku berdarah teruk.

" Tapi bila kau tahu yang kau masih hidup sebab aku tolak kau masuk longkang.. kau rasa bersalah sebab marah aku, lepas minta maaf kau asyik ikut aku ke mana-mana saja sampai sekarang.. " kataku sambil ketawa. Jihan ikut ketawa.

" Aku masih hidup sebab kau. Kalau kau tak tolak aku masuk longkang memang aku dah arwah di langgar pemandu mabuk tu.. kau tengok lah tiang letrik yang dia langgar tu pun patah riuk.. ini kan pula badan budak sekolah baru umur 10 tahun" balas Jihan. Masa kejadian tu Jihan umur 10 tahun dan aku pula 8 tahun. Walaupun Jihan umur 10 tahun tapi tinggi kami lebih kurang saja. Budak lelaki ketika berumur di bawah 12tahun biasanya tumbuh perlahan berbanding perempuan. Sebab tu biarpun dia lebih tua 2 tahun berbanding aku pada masa tu, tapi saiz kami hampir sama. Jihan, sebaik saja dia berumur 12 tahun Jihan meninggi mendadak.

" Dan lagi ada satu kali tu, bila aku sedih lepas kena marah dengan Ibu, kau pula senyum dengan gelagat aku.." Kata Jihan lagi.

" Memang patut pun ibu kau marah.. kau selsema tapi masih mau berlatih main bola sedangkan cuaca masa tu selalu hujan.. dia takut kau jatuh demam sebab tu dia marah.." ujarku sebab aku sangat ingat akan hal itu.

" Mula-mula aku geram dengan kau.. tapi kau cakap.. aku patut bersyukur sebab aku ada Ibu yang boleh marah kau bila kau buat salah atau buat dia risau.. masa tu baru aku tahu yang kau tiada ibu bapa.." kata Jihan sambil renung muka ku.

" Hmmm.. lepas tu kau janji yang kau akan tolong carikan ahli keluarga aku.. tapi sampai sekarang memang kita tak ada clue pun kalau aku masih punya ahli keluarga yang masih hidup.. entah lah. Aku pun sudah berhenti berharap" balasku lalu tunduk memandang lantai.

" Airis..." Jihan bersuara tapi aku cepat memotong..

" Its okay... kau kan ada.. family kau pun dah macam keluarga aku..lagipun nanti kalau ada jodoh.. aku dah kawin.. aku akan bina keluarga sendiri.. ada husband dan sekurang-kurangnya ada 3 orang anak" ujarku berangan sambil tersenyum. Membayangkan mini family yang ingin aku miliki. Jihan terdiam.

" Jadi.. Aku patut cari steady boyfriend secepatnya.. kau pun sudah ada Shila. eh! bila majlis tunang kamu?"

" Dua bulan dari sekarang majlis tunang tu. Jadi sebab aku ada Shila.. kau pun cepat-cepat nak cari boyfriend?" Tanya Jihan dengan muka serius. Aku angguk spontan.

" Kalau aku tidak ada Shila?" Tanya Jihan lagi.

"Hmmmm.. Tak perlu kot? sebab kau ada!" Jawabku ringan. Jihan tenung muka ku lama. Aku balas renungan matanya dengan muka tanda tanya.

" maksudnya.. kau anggap aku macam boyfriend kau?! " Tanya Jihan perlahan. Aku tersentak. Baru perasan dengan kata-kataku sendiri.

" Eh?"

Aku pandang Jihan yang juga memandangku dengan mata yang terkebil-kebil menunggu jawapanku.

" Kau .. kau.. hmmm.. bukan macam tu. Macam mana ya? Aku banyak bergantung dengan kau dalam segala hal.. kalau aku ada masalah.. aku just cari kau dan masalah aku selalunya settle. Tapi kau sudah ada Shila sekarang aku tak patut terlalu bergantung dengan kau... Aku ni umpama macam seorang adik yang banyak bergantung dengan abangnya.. sampai masa aku lepaskan abang aku ini, untuk jaga orang lain pula dan sampai masa aku cari aku punya soulmate to live with " Aku pandang Jihan yang juga memandangku dan kemudian menyambung..

" Bila kau dah ada Shila, aku rasa its time to me to find my true love too, biar beban yang selama ni asyik kau yang kena pikul tu beralih pada boyfriend aku.. atau bakal ayah pada anak-anak aku.. my very own family" ujarku.

" I am your family too Airis! kau tak pernah jadi beban.. jangan cakap macam tu.." Aku cepat-cepat potong kata-kata Jihan.

" I know, kau dan family kau tetap akan jadi sebahagian dari diri aku - all of you are my families. Tapi kau sendiri juga akan bina your own family with Shila. We all do.. its time for me to build my very own family too. kan? tapi firstly I need a steady boyfriend lah" kata ku lalu ketawa. Jihan terdiam memproses kata-kataku.

" You know what Airis. Aku selalu rasa yang kau adalah tanggungjawab aku.. sampai aku lupa yang satu hari aku kena lepaskan kau pada lelaki lain untuk jaga kau.. Kau ingat tak? bila kau broken heart sebab crush kau rupanya sudah ada girlfriend. Aku pula yang sedih bagi pihak kau" balas Jihan dan kami ketawa. Mana mungkin aku lupa hal itu. Linda datang dekat membuatkan perbualan kami terhenti.

" Jom ambil gambar ramai-ramai.. " panggil Linda. Aku dan Jihan serta merta bergabung dengan mereka yang lain. Masa balik ke kereta Faris untuk pulang ke homestay kami, Aku berjalan paling belakang. Telephone ku tiba-tiba berbunyi. Aku melihat nama pemanggil yang terpapar di screen telephone ku.

" Danny? hmmmmm" aku jadi tersenyum.

********