webnovel

Terlerai Sebuah Dendam

Naura Sofea seorang pelajar kolej swasta yang sangat cemerlang. Tak sia sia Pak cik Hilmi menaja pelajarannya di situ. Tetapi dia sering dibuli dek kerana kemiskinan. "Hey budak miskin, ni tahun last kau kan. So, aku harap kau berjaya la erkk.. Sebab orang miskin macam kau ni bukan nak belajar sangat.Setakat nak cari jantan kaya kan?"-Inara Naura juga mencintai seorang jejaka yang terpengaruh di kolej itu namun, lelaki itu tidak mengetahui dan tidak mengenalinya. "Sudah sudah lah Naura, kau dengan dia bagai langit dengan bumi"-Trisha Namun, satu tragedi hitam terjadi antara mereka membuatkan Shiraz membenci Naura dan menyimpan dendam padanya. "Kau siapa?? berani kau perangkap aku!dah terdesak sangat ke huh?? dasar perempuan murahan-Izz Shiraz "Aku terpaksa Trisha"-Naura Sofea Lima tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali sesuatu yang tak di jangka membuat hati Naura dilanda gelora taufan yang kuat. Kebencian terus kukuh terpahat dihati Shiraz dan ia masih menyimpan dendam terhadap Naura. "Long time no see... Perempuan murahan!"-Izz Shiraz Air mata Naura memecut laju menuruni pipi mulusnya. "Kalau aku tahu dia lah ceo baru kita, awal awal lagi aku dah letak jawatan!"-Naura Sofea Hanya mampu mengeluh, Naura tidak mampu lari dari seorang Izz Shiraz. Kerana dendam Shiraz mengahwini Naura walau tanpa relanya. "Bapak kau dah terima pinangan aku, so kau jangan memandai nak tolak!"-Izz Shiraz. Naura terpaksa akur berkahwin dengan orang yang dicintainya dan bukan kerana cinta, tapi kerana terpaksa. Nasi telah menjadi bubur, baru lah kebenaran terbongkar. "Kau bodoh Shiraz!Naura yang selamatkan kau!"-Trisha "Kenapa dia nak selamatkan aku?"-Izz Shirraz "Sebab dia betul betul ikhlas cintakan kau!"-Trisha "Tahniah! kerana marahkan orang lain, anak kau mati Shiraz"-Trisha Sudah terlewat untuk Shiraz sesali. Mampukah Naura memaafkan suaminya setelah dia kehilangan insan tersayang?

AniRose · Urbano
Classificações insuficientes
11 Chs

Episode 7

Naura menangis semahunya di atas sofa. Sudah dua hari Naura tidak masuk kerja. Hatinya masih sakit, apa yang Shiraz lakukan padanya memang tak boleh dimaafkan.

Khairil pula sudah membenci dirinya. Malahan lelaki itu melabel Naura perempuan murahan dan hubungan mereka sudah berakhir apabila Khairil memutuskan pertunangannya dengan Naura.

Kedua-dua lututnya ditegakkan, dipeluk erat lalu dia menghamburkan tangisan semahu-mahunya. Kenapa lah dia masih ditemukan dengan lelaki itu? kenapa dia ditakdirkan kerja dibawah lelaki itu?

salahkah dia menolong lelaki itu dulu?

Kalaulah dia tahu lelaki itu akan membencinya seperti sekarang, tidak mahunya dia peduli akan insan yang bernama Izz Shiraz. Biarlah apa pun yang terjadi, itu bukan urusannya.

Sudah terlewat untuk menyesali.

Kedengaran derapan kaki yang datang arah luar rumah.

Naura mengelap air matanya dengan tangan.

Trisha menolak daun pintu, wajah temannya itu dipandang sekilas, dia tutup pintu.

Langkahnya diatur ke ruang tamu.

"Tak guna kau menangis meratapi macam mati laki "

Trisha mengambil tempat disebelah Naura.

"Khairil ni pun satu, mudah sangat percayakn si Shiraz tu"

"Macam mana tak percaya, dia siap tunjuk gambar aku dan dia hari tu"

"Memang angin la si Khairil tu" Naura mengikat rambutnya yang panjang paras bahu itu.

"Tuan kesayangan kau kirim salam. Dia suruh aku cakap kat kau, jangan mimpi lah nak berhenti kerja. Kalau kau berkeras, dia akan ambik tindakan undang-undang sebab langgar kontrak" Trisha menyerahkan surat perletakkan jawatan Naura kembali.

"Dia tak nak surat ni, dia nak kau"

"Aku tak kira, aku nak berhenti jugak. Biarlah dia nak ambil tindakan ke apa, aku tetap tak nak kerja. Biarlah aku rehat dulu seminggu, nanti aku cari lah kerja" Naura senyum.

"Kau ingat senang nak cari kerja sekarang?"

"Apa susah, aku kerja kilanglah. Tak pun aku kerja kat pasaraya" jawab Naura selamba.

"Buat penat je kau belajar tinggi-tinggi tapi, kerja kt pasaraya"

"Biarlah. Aku nekad nak berhenti. Aku dah tak nak tengok muka mamat poyo tu" Naura silang tangan.

"Suka hati kau lah. Janji hidup kau aman lepas ni" giliran Trisha silang tangan.

Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba telefon pintar milik Naura berbunyi menandakan ada mesej whatapp masuk.

Naura buka aplikasi tersebut.

"Kak, Naufal nak buat master.

Boleh tak kalau kakak tolong support

kewangan Naufal?"

Naura diam. Dia lepaskan panjang.

"Kenapa" tanya Trisha ingin tahu.

"Naufal, dia nak sambung master"

"Dia minta aku tolong support kewangan dia"

"So?"

"So apa?" Naura menyoal balik.

"Kau tak jadi berhentilah kan?" duga Trisha.

"Kau rasa aku ada pilihan?" Naura masam.