webnovel

Terlerai Sebuah Dendam

Naura Sofea seorang pelajar kolej swasta yang sangat cemerlang. Tak sia sia Pak cik Hilmi menaja pelajarannya di situ. Tetapi dia sering dibuli dek kerana kemiskinan. "Hey budak miskin, ni tahun last kau kan. So, aku harap kau berjaya la erkk.. Sebab orang miskin macam kau ni bukan nak belajar sangat.Setakat nak cari jantan kaya kan?"-Inara Naura juga mencintai seorang jejaka yang terpengaruh di kolej itu namun, lelaki itu tidak mengetahui dan tidak mengenalinya. "Sudah sudah lah Naura, kau dengan dia bagai langit dengan bumi"-Trisha Namun, satu tragedi hitam terjadi antara mereka membuatkan Shiraz membenci Naura dan menyimpan dendam padanya. "Kau siapa?? berani kau perangkap aku!dah terdesak sangat ke huh?? dasar perempuan murahan-Izz Shiraz "Aku terpaksa Trisha"-Naura Sofea Lima tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali sesuatu yang tak di jangka membuat hati Naura dilanda gelora taufan yang kuat. Kebencian terus kukuh terpahat dihati Shiraz dan ia masih menyimpan dendam terhadap Naura. "Long time no see... Perempuan murahan!"-Izz Shiraz Air mata Naura memecut laju menuruni pipi mulusnya. "Kalau aku tahu dia lah ceo baru kita, awal awal lagi aku dah letak jawatan!"-Naura Sofea Hanya mampu mengeluh, Naura tidak mampu lari dari seorang Izz Shiraz. Kerana dendam Shiraz mengahwini Naura walau tanpa relanya. "Bapak kau dah terima pinangan aku, so kau jangan memandai nak tolak!"-Izz Shiraz. Naura terpaksa akur berkahwin dengan orang yang dicintainya dan bukan kerana cinta, tapi kerana terpaksa. Nasi telah menjadi bubur, baru lah kebenaran terbongkar. "Kau bodoh Shiraz!Naura yang selamatkan kau!"-Trisha "Kenapa dia nak selamatkan aku?"-Izz Shirraz "Sebab dia betul betul ikhlas cintakan kau!"-Trisha "Tahniah! kerana marahkan orang lain, anak kau mati Shiraz"-Trisha Sudah terlewat untuk Shiraz sesali. Mampukah Naura memaafkan suaminya setelah dia kehilangan insan tersayang?

AniRose · Urbano
Classificações insuficientes
11 Chs

Episode 2

Lima tahun telah berlalu kisah silam Naura amat pahit untuk ditelan.Naura termenung jauh otaknya sedang ralit menggamit kenangan lalu di kolej itu.Naura pejamkan mata,tiba tiba terlihat ada air jernih menitis di pipi mulusnya.

"Hei Ra,belum tido lagi ke?"Sapaan Trisha mengejutkan Naura.

Cepat cepat ia mengelap pipi yang basah dengan lengan baju.

"Hei,kau okey ke ni?"Trisha labuhkan duduk disisi Naura.

"Aku okey, ni habuk masuk mata" tangan kanannya sengaja menggosok mata

"Kau terkenang kisah tu lagi ke?" Trisha tahu sangat kalau mata Naura basah.

"Aku... aku tak boleh lupa apa yang...dia cakap kat aku"

"Lupakan je, lagipun benda dah lama berlalu. Biarlah ia bersemadi di dalam lipatan sejarah silam kau".

"Kau kena bagi tumpuan pada Khairil,dia betul betul sayangkan kau. Kau patut lupakan Mamat sombong tu"

"Aku cuba Sha, lagipun aku rasa seperti baru semalam peristiwa tu berlaku" Naura tunduk.

"Kau tak payah lah serabutkan otak kau ni, haa jom masuk tidur" Trisha menarik tangan Naura.

"Kau ada dengar tak yang esok ada ceo baharu yang akan menggantikan tempat Tuan Khai?"

"Ada dengar, dia dari U.K kan?" Naura menyoal Trisha balik, kakinya laju memijak anak tangga untuk ke biliknya yang bersds di atas.