webnovel

TERGANTUNG SEPI

"PAPA TAK KIRA WALAU MACAM MANA PUN PAPA NAK KAMU KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA JUGAK" TEGAS TAN SRI MALEK "NO PAPA DANIAL TAK KAN KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA SEBAB DANIAL ADA PILIHAN SENDIRI!!!" TEGAS DANIAL FIRDAUS "YANG ABANG SIBUK SANGAT NAK ANAK KITA KAWIN DENGAN BUDAK TU DAH KENAPA" SAMPUK PUAN SRI KATRINA "NAK TAK NAK KAMU TETAP KENA KAWIN DENGAN BUDAK TU JUGAK PAPA TAK KIRA PAPA HANYA AKAN TERIMA CUCU DARIPADA RAHIM PEREMPUAN BERNAMA HANAN SOFEA SAHAJA MUKTAMAT, JIKA DANIAL INGKAR ARAHAN PAPA SATU SEN HARTA PAPA PUN DANIAL TAK AKAN RASA SEMUANYA PAPA AKAN SERAHKAN KEPADA ADIK KAMU AIRA ERDINA" KATA MALEK KEPUTUSAN MALEK KALI INI MUKTAMAT "SAMPAI MACAM TU SEKALI PAPA BUAT DANIAL OKY FINE DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN TU!!" KATA DANIAL SUARA DAH NAIK SENOKTAH "MAMA TAK SETUJU YANG DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN KAMPUNG TU, ABANG PLEASE LAH WARAS SIKIT BUDAK KAMPUNG AWAK NAK KAWINKAN ANAK KITA" KATA KATRINA GERAM "AWAK SETUJU ATAU PUN TAK SETUJU ITU BUKAN MASALAH SAYA YANG SAYA TAHU DANIAL DAH SETUJU UNTUK KAWIN DENGAN HANAN" KATA MALEK TEGAS PADA ISTERINYA KATRINA **** "KAU DENGAR SINI YE PEREMPUAN AKU KAWIN DENGAN KAU CUMA NAK ANAK DARIPADA RAHIM KAU DAN DAPAT SEMUA HARTA PAPA AKU, AKU NAK KAU SEDAR DARIPADA MIMPI JANGAN SESEKALI INGAT NAK HIDUP BAHAGIA BILA KAU KAWIN DENGAN AKU, SEBAB ORANG MACAM KAU TAK AKAN PERNAH ADA TEMPAT DALAM HATI AKU WALAUPUN SEBESAR ZARAH KAU TU JIJIK AKU TENGOK, AKU PUN PELIK APALAH YANG PAPA TU PANDNAG SANGAT DEKAT KAU NI" SANGAT HINA KATA² DANIAL FIRDAUS TERHADAP HANAN SOFEA "BAIKLAH ENCIK DANIAL SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA, SAYA TAHU SAYA TAK LAYAK PUN NAK MENDAPINGI ORANG MACAM ENCIK DANIAL APA PULAK NAK BERTAHTA DI HATI ORANG MACAM ENCIK DANIAL UNTUK SIMPAN ANGAN² HIDUP BAHAGIA DENGAN ENCIK DANIAL PUN JAUH SEKALI SEBAB SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA CUMA PEREMPUAN KAMPUNG!!" PERLI HANAN SOFEA

AINAKHAILEEDA · Urbano
Classificações insuficientes
17 Chs

BAB 10

Badan aku makin lama terasa lemah, tapi aku gagahkan juga untuk berjalan dalam hujan, pandangan aku makin lama makin kabur aku terjatuh di atas jalan kerana tidak dapat menahan sakit di kepala, aku tiba tiba terasa seperti ada seseorang yang memayungkan aku kerana aku dapat rasakan air hujan tidak lagi membasahi badan aku, aku sempat melihat muka orang yang selamatkan aku sebelum pandangan aku gelap.

Aku membuka mata dengan perlahan, aku melihat bilik ini sangat asing, aku menangkap sesorang yang masuk kedalam bilik aku. "Puan Hanan dah sedar" sapa nurse itu. "macam mana saya boleh ada dekat sini ye?" tanya aku pada nurse yang sedang merawat aku itu. "semalam Puan tak sedarkan mungkin Puan lama sangat terdedah pada hujan, jadi suami Puan yang hantar Puan dekat sini" aku pelik apabila perkataan suami yang di katakana nurse itu, aku yakin semalam yang orang yang selamatkan aku tu bukan Danial.

"mana suami saya pergi?" tanya aku untuk meminta kepastian. "suami Puan keluar sekejap, jadi dia mintak nurse dekat sini jagakan Puan." Aku hanya mengangguk faham, 'betul ke Danial yang tolong aku semalam?' tanya hati aku.

**********************

DANG!DANG!DANG!

Danial yang sedang sarapan terkejut mendengar bunyi ketukan pintu yang kuat, "orang yang ketuk ni nak bagi pintu rumah aku ni pecah ke?" marah Danial. Danial melangkah kearah pintu utama, Danial membuka pintu itu, tanpa sebarang amaran satu tumbukan tepat kena pada muka Danial, "woi Ridzwan kau dah gila ke?, datang rumah aku pagi pagi lepas tu tumbuk muka aku!!!!" marah Danial. "memang patut kau kena tumbuk Danial, patutnya kau kena lebih daripada ni!!!" Danial begang dengan Ridzwan yang datang kesini untuk menumbuknya.

"apa yang aku buat sampai kau tumbuk aku ni?!!!!" tanya Danial kasar. "kau tanya aku Danial, patutnya kau tanya diri kau tu, apa yang kau dah buat dekat isteri kau." Marah Ridzwan apabila Danial seperti tidak tahu apa salahnya. "apa yang aku buat dekat perempuan kampung tu sampai kau tumbuk muka aku ni?" Ridzwan tergelak sinis.

"serius kau tak tahu apa kau buat dekat Hanan?" Danial mengangkat keningnya seperti memang tidak tahu apa apa. "kenapa kau tinggalkan dia semalam dalam hujan lebat?" Ridzwan tidak sangka yang Danial tidak mempunyai hati perut seperti ini."sebab tu jer kau datang rumah aku pagi pagi ni, lepas tu tumbuk pulak muka aku ni sebab perempuan kampung tu?" hampir terngangan mulut Ridzwan mendengar jawapan Danial.

"Danial, kau sedar tak apa kau cakap ni?, kau tahu tak sekarang ni isteri kau dekat hospital" suara Ridzwan sedikit meninggi. "dia tak mati kan?, masih hidup kan?, jadi pandai pandai lah dia nak hidup" Ridzwan tidak sangka Danial akan berkata begitu. "orang yang kau tengah cakap ni, isteri kau tau. apa yang dah rasuk kau ni Danial" dengar tawa sinis Danial.

"isteri atas kertas jer Ridzwan, kalau bukan sebab harta. Kau fikir aku nak ke kawin dengan perempuan kampung tu?" tanya Danial sinis pada Ridzwan. "masyaallah Danial, aku tak sangka sebab harta kau sanggup gadaikan satu nyawa yang tak bersalah" Danial hanya menayang wajah tidak bersalahnya pada Ridzwan. "macam nilah Danial, kalau kau tak boleh nak hargai Hanan, biar aku jelah yang hargai dia. Sebab bagi aku Hanan tu langsung tak layak di layan macam ni, sebab dia wanita yang baik. Kau akan menyesal sebab sia siakan dia" lepas sahaja Ridzwan berkata begitu, Ridzwan terus melangkah meninggalkan Danial yang berada di hadapan pintu rumahnya itu.

************************

Aku termenung jauh memandang pemandangan daripada tingkap yang terdapat di dalam wad aku itu, "Hanan" tersentak aku dengan panggilan itu. Dengan pantas kepala aku menoleh kearah orang yang memanggil aku.

"Abang Ridz buat apa dekat sini?, macam mana tahu Hanan masuk hospital?" aku pelik dengan kemunculan Ridzwan di sini. "Abang Ridz lah yang jumpa Hanan dalam hujan dan bawak Hanan datang sini?" aku terkejut dengan kenyataan itu, hampa sedikit hati aku kerana bukan Danial yang tolong aku semalam.

"terima kasih Abang Ridz, tolong Hanan". Aku tayang senyuman palsu, "boleh Abang tahu kenapa Danial tinggalkan Hanan semalam?" aku agak terkejut dengan petanyaan itu. "mana ada Danial tinggalkan Hanan" dalir aku.

"jangan tipu Hanan, Abang Nampak semuanya. Sebab waktu itu abang lalu jalan bertentangan arah dengan kereta Danial, bila abang Nampak jer kereta Danial dan Hanan kena tolak dengan Danial keluar daripada kereta cepat cepat Abang u-turn kereta" aku mati kata, tidak tahu nak buat alasan apa. "salah Hanan jugak, sebab tak dengar cakap Danial" bohong aku.

"sebab tak dengar cakap jer, sampai nak kena tinggal Hanan dekat tepi jalan, dah lah waktu hujan pulak tu" hati Ridzwan tengah panas. "Hanan ni pakai ilmu apa eh?" aku pelik dengan petanyaan itu. "ilmu?, Hanan tak pakai ilmu apa apa" kata aku naif, aku terdengar Ridzwan gelak.

"maksud Abang Ridz, Hanan tu pakai ilmu apa. Sampai boleh bersabar dengan perangai Danial tu, sedangkan baru beberapa hari kahwin Danial tu buat macam macam dekat Hanan, berapa lama Hanan boleh bertahan dengan Danial. Setahun, dua tahun, tiga tahun?" tanya Ridzwan pada aku. "sekarang ni Hanan cuma berdoa agar Hanan tabah hadap ujian yang ALLAH berikan ini, Hanan yakin Encik Danial tu boleh berubah, tapi makan masa. Untuk bertahan pulak, tak pulak Hanan plan. Tapi bila hati ni dah tertutup susah nak bukak balik" luah aku pada Ridzwan.

**********************

Dua hari aku di hospital, tetapi kelibat Danial langsung tak Nampak. Aku hanya berfikir positif sahaja mungkin di sibuk. "Hanan dah siap belum?" tanya Ridzwan pada aku, "Dah Hanan dah siap kemas dah" jawab aku. Sepanjang aku di hospital Ridzwan lah yang menjaga dan melawat aku setiap hari, bil hospital pun Ridzwan yang bayar, yelah aku mana mampu nak bayar bil hospital swasta ni, Papa dan Aira tidak tahu yang aku masuk hospital aku menyuruh Ridzwan merahsiakan berita ini daripada mereka berdua, kalau mereka tahu pasti mereka berdualah yang paling risau dan akan berada di sini bersama sama dengan aku.

Aku mengikut langkah Ridzwan menuju kearah keretanya. Ridzwan membukakan pintu untuk aku masuk kedalam kereta, aku masuk kedalam kereta Ridzwan, tidak lama selepas itu Ridzwan masuk kedalam kereta sebelah pemandu. "Hanan lapar tak?" tanya Ridzwan."Hanan tak rasa lapar pun, Abang Ridz boleh hantar Hanan balik terus" pinta aku pada Ridzwan. "kalau macam tu, tak apalah. Abang hantar Hanan terus". Ridzwan terus memecut keretanya keluar darpada kawasan hospital. hampir dua puluh minit untuk sampai ke rumah, "terima kasih Abang Ridz, sebab sudi tolong Hanan. Jasa Abang mungkin tidak mampu Hanan balas" ucap aku, ya aku memang terasa terhutang budi sangat dengan Ridzwan. "alah is okay Hanan, mungkin kalau orang lain yang Nampak Hanan pun, Abang rasa diorang akan tolong" kata Ridzwan pada aku, 'tapi mungkin Danial tidak' kata hati aku.

"okaylah Abang Ridz, Hanan masuk dulu ye?" aku keluar daripada kereta Ridzwan terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah, pintu utama itu aku ketuk kerana aku tidak mempunyai kunci untuk aku masuk ke dalam rumah . Aku ketuk pintu itu kerana yakin Danial ada di dalam sebab kereta audinya elok terpaking di luar. Hampir lima minit juga aku menunggu Danial membuka pintu, "baru balik?" tanya dia kasar, tidak sempat aku menjawab Danial sudah berkata dulu. "kau pergi menjalang eh kat luar?" terkejut aku mendengar Danial berkata begitu. "apa yang Encik Danial cakap ni?, saya masih ada maruah, jangan ingat saya diam Encik Danial buat saya macam taka da peraraan" aku memberanikan diri untuk berkata begitu kerana apa yang dikatakan itu sangat melampau.

"ouh dah pandai menjawab sekarang" terus aku terasa sakit di telinga kerana Danial memulas telinga aku "kau ingat kau siapa, berani kau menjawab aku eh, tunggu kejap" Danial masih memulas telinga aku, Danial langsung tidak menghiraukan rintihan aku. Aku melihat Danial membuka tali pinggang di seluarnya, tidak lama itu tali pinggang itu di libas di badan aku, aku sudah meraung kesakitan tetapi Danial langsung tidak hiraukan aku, aku terasa yang tangisan aku ini sepeti lagu di telinga Danial kerana dia makin galak melibas tali pinggang itu di badan aku. "huh puas hati aku, dah berambus masuk bilik kau, petang nanti baru keluar untuk masak untuk aku makan malam, jangan berani kau keluar tanpa aku suruh!!!!!" tanpa tunggu lama aku terus melangkah laju masuk ke dalam bilik, dalam bilik aku menangis sehingga aku puas.Badan aku sakit sangat akibat di libas oleh Danial tadi, aku tidak tahu apa salah aku sampai Danial begitu bencikan aku, aku melayan perasaan sehingga tidak sedar bila aku lena didalam bilik dan baring beralaskan kotak.

*******************

Ridzwan memandang kolam ikan yang berada di halaman rumah keluarganya. "apa yang anak Mummy tenungkan tu?" tegu Puan Sri Maisarah pada anak bujangnya itu. "eh Mummy, Ridz tengok ikan ni haaa. Makin sihat". Puan Sri Maisarah tersenyum melihat gelagat anaknya itu. "mata memang tengok ikan, tapi fikiran tu dah melayang kemana mana tah." Ridzwan menarik tangan Mummy nya agar duduk di sebelahnya.

"Mummy, boleh tak tolong carikan Ridz seorang ustaz. Yang boleh ajar Ridz mengaji solat dan ilmu ilmu agama?" tersenyum Puan Sri Maisarah mendengar pemintaan anaknya itu, hatinya sungguh bersyukur apabila anaknya ada niat untuk berubah. "boleh sayang, sebelum tu Mummy nak mintak maaf, lepas sahaja Daddy meninggal Mummy tak bagi didikan yang sempurna pada kamu dan adik adik" luah rasa bersalah pada anaknya itu.

Ridzwan memandang anak mata Mummy nya itu, "bagi Ridz, Mummy adalah mak yang terbaik dalam dunia ini. Sebab lepas kematian Daddy. Mummylah yang besarkan kami tiga beradik dengan sempurna sangat. Ridz yang salah sebab tak jadi abang yang terbaik untuk adik adik. Patutnya lepas sahaja Daddy meninggal, Ridz yang patut bertanggungjawab dalam hal keluarga sebab Ridz yang sulung.dan Rdz dah rasa sampai waktunya untuk Ridz berubah, yelah Ridz pun dah tiga puluh tahun dah mana tahu Allah Tarik nyawa Ridz semasa Ridz sedang beguluman dengan dosa." Luah Ridzwan.

"bila Ridz cakap dekat Mummy Ridz nak berubah, itu dah cukup untuk Mummy sayang. Ridz anak yang baik walaupun Ridz kurang sikit tanggungjawab" gurau Puan Sri Maisarah. "boleh Mummy tahu, apa yang menyebabkan anak Mummy ni betul betul nak berubah" Ridzwan tersenyum memaandang Puan Sri Maisarah.

IMBAS KEMBALI

Ridzwan sampai di pintu wad Hanan, bukak sahaja pintu wad itu Ridzwan melihat Hanan sedang berdoa di tikar sejadah, doa yang keluar daripada mulut Hanan telah mengetuk pintu hati Ridzwan. "eh Abang Ridzwan, buat apa dekat situ?" tegur Hanan apabila melihat Ridzwan sedang bediri di pintu masuk wadnya. "tak nak kacau Hanan, yelah Hanan tengah solatkan" jawab Ridzwan. "Hanan dah siap dah, masuklah" ajak aku.

Aku melihat pandangan yang Ridzwan berikan kepada aku itu sedikit anih "kenapa Abang Ridz pandang Hanan macam tu?" aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya. "boleh Abang tanya sesuatu?" aku hanya menganggukkan kepala sahaja, "adakah semua umat islam wajib solat?" tanya Ridzwan pada aku. "yes wajib, walaupun kita ni seorang penjahat, selagi beragama islam kita wajib untuk menuikan solat" jawab aku. "solat tu diterima ke?, walaupun orang yang tunaikan tu seorang pendosa?" tanya Ridzwan lagi.

"terima atau tak bukan kita yang tentukan, Allah tu MAHA PENGAMPUN, besar mana pun hamba dia buat dosa. Di tetap mengampunkan hambanya. Dengan syarat kita berazam kita tak akan ulang lagi dosa tersebut" terang aku, "Hanan ni taklah pandai sangat bab agama, sebab benda yang wajib pun Hanan tak laksanakan lagi" Ridzwan tayang muka pelik, "apa yang Hanan tak tunaikan Lagi?" tanyanya. "pakai tudung, benda tukan wajib untuk para wanita islam. Tapi inshaallah satu hari nanti Hanan tetap akan pakai" kata aku pada Ridzwan.

TAMAT IMBAS KEMBALI

"Kamu ni Ridz, Mummy cakap dengan dia boleh pulak mengelamun" marah Puan Sri Maisrah. "Ridz dengarlah Mummy, boleh tak lepas ni biar Ridz yang cari calon isteri Ridz. Boleh bagi Ridz peluang?" pinta Ridzwan. "Mummy boleh jer bagi kamu cari sendiri, tapi jangan lama sangat. Mummy ni makin tua tau, nnti ada pulak tak sempat nak tengok anak teruna Mummy ni naik pelamin" kata Puan Sri Maisarah. "ishaallah Ridz akan pastikan Mummy sempat tengok Ridz naik pelamin"

************

Aku yang sedang mengaji tiba tiba terdengar pintu bilik aku terbuka, "woi perempuan masakkan aku sekarang!!!!!!, aku dah lapar. Aku bagi masa tiga puluh minit siapkan makanan aku. Kau lambat kau tak dapat makan" kasar Danial berkata, lepas sahaja berkata begitu Danial terus mengambil langkah keluar daripada bilik itu. Aku yang baru lepas mengaji cepat cepat aku buka telekung untuk siapkan makan. Perut aku sudah lapar kerana tak di isis daripada pagi tadi."

Aku mengambil masa dua puluh lima minit untuk menyediakan nasi goreng dan ayam goring. Makanan yang aku masak aku hidangkan di meja makan bersama air oren. "Encik Danial, makanan dah siap" panggil aku. Aku melihat Danial sudah datang kea rah meja makan dan mengambil tempat duduk, makanan yang aku masak di ceduk sendiri olehnya, tiba tiba aku melihat matanya tepat memandang aku. "kau buat apa dekat sini, masuk lah bilik kau, muka kau tu buat aku tak ada selera nak makan" kasar Danial berkata.

"tapi saya lapar Encik Danial" aku kena berani berkata, perut aku lapar sangat ketika ini, aku perlu mengisi perut aku dengan segera. " ouh lapar ye, kejap" aku melihat Danial seperti mahu menyeduk nasi ke dalam lagi satu dan menghulurkan kepada aku. Aku datang mendekat untuk mengambil pinggan itu, tangan aku tidak sempat memegang pinggan itu, nasi yang berada didalam pinggan itu sudah selamat jatuh di atas lantai akibat Danial telah menuang nasi itu ke bawah."opps tumpah pulak" katanya tanpa rasa bersalah. "laparkan?, kau makan jelah nasi yang tumpah tu, dekat bawah ye tanpa pinggan" katanya pada aku.

"mesti kau rasa kosong jer kan nasi tu tak ada kuah, kejap aku letak kuah sikit" Danial menuang air oren yang berada di dalam cawan ke atas nasi yang di tumpah olehnya."Nampak sedap sikit, tunggu apa lagi makanlah" suruhnya. Aku teragak agak untuk makan. "kau tunggu apa lagi makanlah, tadi kata lapar!!!!!!!!" tengkingnya. "susah sangat kau nak makan eh, tunggu kejap" Danial bangun daripada duduknya, rambut aku di Tarik olehnya dibawa kearah makanan yang tumpah di atas lantai tadi. "tadi lapar sangat kan, aku bagi makan kaau tak nak makan, mungkin nak suruh aku suap" rambut aku di Tarik kasar oleh Danial, aku memintak di lepaskan tapi itu semua hanya sia sia sahaja, tidak mungkin Danial akan melepaskan aku.

Makan yang berada dilantai itu, Danial sumbat ke dalam mulut aku kasar. Muka aku juga di tonyoh dengan makan itu. "kau laparkan sangatkn tadi, makanlah makan" Danial masih menonyoh makan itu di muka aku. Perbuatan Danial terhenti apabila mendengar seperti ada seseorang yang memberi salam di hadapan. "kemas!!!!" arahnya sebelum meninggakan aku sendiri disitu. Tidak dapat menahan air mata akhirnya jatuh jua.

###########################

MASYAALLAH KEJAMNYA DANIAL NI, AINA YANG CIPTA WATAK DANIAL PUN RASA NAK HEMPUK HEMPUK JER DANIAL NI!!!!!!!!!!!!!!!!

JANGAN LUPA KOMEN TAU, DENGAN KOMEN KRANG BUAT AINA LAGI SEMANGAT NAK MENGARANG BAB SETERUSNYA. LEPASTU BOLEH FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA DAN ESOK TAK ADA UPDATE YE?