webnovel

Si Anomali dengan Sihir yang Tidak Normal

10,000 tahun lalu

Peperangan yang teramat panjang antara Iblis dan Malaikat. Peperangan yang tak ada penghujungnya. Namun hanya seorang yang boleh menghentikannya. Dia adalah ras manusia, ras manusia hampir punah disebabkan raja iblis tirani. Dewa juga turut turun tangan untuk membantu manusia. Antara dewa tersebut adalah dewa asgard dan dewa Olimpik. Dewa Zeus dan Dewa Olimpik lainnya telah dibantai secara kejam oleh raja iblis tirani. Raja iblis tirani tidak memerlukan bantuan untuk membunuh dewa-dewa Olimpik. Hanya dengan sihir yang sangat kecil dunia yang tak terbatas langsung musnah kerana keberadaannya sangat berbahaya untuk dunia.

Scene bermula saat Raja Iblis Tirani Lawan Dewa Olimpik.

"Jadi kau raja iblis tirani?" Kata dewa zeus dengan tenang.

"Jika benar? Aku harus berbuat apa?" Kata Raja Iblis Tirani.

"Keberadaan kau harus dihapuskan kerana kau telah membuat umat manusia hampir punah!" Kata Zeus dengan Marah. Dewa Olimpik lain terkejut kerana tidak pernah melihat zeus semarah ini.

"Menghapus keberadaanku? Lawak apa yang kau buat ni." kata Raja Iblis sambil ketawa.

Zeus dengan marah dia memetik jarinya...

"Apa!? Kenapa kau tidak hilang!?" Kata Zeus sambil terkejut. Dewa Olimpik lainnya turut terkejut kerana serangan Zeus tidak mempan.

"Kau fikir hanya dengan menghapus keberadaanku. Aku akan mati? HAHAHA dewa sekarang memang bodoh." Kata Raja Iblis Tirani dengan sombongnya.

Raja Iblis Tirani memetik jarinya. Dunia dewa Olimpik menjadi kucar kacir sehingga menyebabkan kehancuran. Kesemua dewa olimpik keberadaannya langsung menghilang kerana Raja Iblis Tirani itu menolak keberadaannya.

Selepas Kehancuran Dunia Dewa Olimpik.

"Tch, Aku ingat dewa Olimpik terlalu kuat rupa-rupanya terlalu lemah bahkan aku menggunakan sihir terlemahku mereka sudah mati. Sungguh tidak menyesuaikan ekspetasi aku. Sepertinya aku harus Berenkarnasi ke 10,000 tahun akan datang. Apakah sudah terlahir generasi iblis dan dewa yang sangat kuat?" Kata Raja Iblis Tirani dengan dingin.

Raja Iblis Tirani tersebut mengeluarkan Akar Kehidupannya dan menghancurkannya dengan genggaman yang sangat kuat. Tubuh Raja Iblis tersebut membuat dimensi yang tak terbatas di dunia ciptaan dewa Milim. Sebelum kematian Raja Iblis Tirani, beliau membuat 7 ras berbeza iaitu Manusia, Iblis, Undead, Bunian, Pari-Pari, Manusia Separuh Haiwan dan Roh. Setelah itu nama Raja Iblis Tirani dikenal sebagai Amura, Raja Iblis paling kejam dan ditakuti seluruh dewa. Saat menyebut namanya sahaja The Father of Gods langsung menggelupur.

Dunia menjadi tak tentu arah. Banyak kepala dunia bersiap sedia untuk menunggu renkarnasinya Raja Iblis Tirani Amura. Mereka mula membuat sihir penghancur untuk membunuh Raja Iblis Tirani Amura. Raja Iblis Amura mempunyai sifat yang kejam dan tidak memberi ampun pada lawannya. Ramai yang tidak sanggup untuk bertemu dengannya apalagi melihat bayangannya. Auranya sahaja sudah mampu menghancurkan gelembung dunia yang memiliki dunia dan lapisan yang tak terbatas.