webnovel

Monolog

KERIUHAN ruang tertangga di ruangan rumah, membuatkan aku melangkah keluar ke halaman menuju ke jambatan membawa diri. Malah sebelum melangkah ke luar, anak mata ini sempat melirik melihat kemesraan tamu dan tertangga rumah yang masih belum pulang. Dan..tanpa sengaja, aku tersenyum kecil.

Kawasan kampung yang kecil di kawasan desa seperti ini, kebanyakkan dihuni oleh kaum kerabat yang dekat. Saudara mara rapat, dan sememangnya tidak asing jika mereka sangat akrab apabila ada majlis-majlis perayaan. Bahkan, peluang seperti ini mereka akan bertandang lama. Berbual pelbagai topik dan gosip-gosip baru.

Aku, sengaja menghindari mereka buat seketika. Mencari ruang untuk aku bernafas setelah seharian sibuk dengan urusan majlis. Rambut panjang yang terurai melepasi paras bahu, disebak kebelakang tatkala aku merasakan pandanganku terganggu walaupun rambut depan tidak jatuh menutup mata. Dengan lengan bersilang, berpeluk tubuh. Aku menghela nafas, dengan melempar pandangan ke dada langit yang gelap. Baju kurung bercorak bunga kecil, masih tersarung di tubuhku dan seluar jin lusuh masih lagi menjadi pilihan buatku. Padanan yang tidak secocok. Ganjil!

Aku bergumam tanpa suara, seperti tawa yang tidak lepas apabila melihat dada langit yang kosong tanpa riasan sebutir bintang. Seumpama takdir yang mengejek, air mataku berlinang di tebing mata. Dadaku terasa perih.

Percintaan sebelah pihak, sememangnya menyakitkan. Bukan dia tidak berusaha ntuk melupakan. Pelbagai cara...dan, mungkin ini adalah satu-satu cara yang tinggal untuk dia merelakan sepenuh hatinya.

"Ya Allah, permudahkan urusan perkahwinannya. Aku doakan dia bahagia." Air matanya, mengalir ke pipi. Melepaskan sesuatu yang bukan miliknya, adalah satu keputusan yang pasti. Walaupun, ianya sakit. Ingin mencintai, hati sakit. Ingin dibenci, hati tak rela.

Bersambung..