"Guru, apa itu?"
Sehingga sekarang, wajah Luo Qiqi masih pucat akibat terkejut.
Dia telah menggunakan seluruh kekuatannya untuk serangan itu, namun, pedangnya dicampak melayang dengan begitu santai tanpa mencederakan pihak yang satu lagi itu sedikit pun. Satu perasaan tidak berdaya semakin membuak-buah dalam dirinya.
"Saya juga tak tahu tetapi benda itu bukanlah sesuatu yang kita boleh uruskan dengan keupayaan kita yang sekarang ini!" Zhang Xuan berkata ketika dia menggerakkan zhenqi Jalan Syurganya di dalam dirinya untuk pulih daripada kecederaan-kecederaannya yang sebelum ini. "Besar kemungkinan yang kamu telah mencetus mekanisma yang salah dan membebaskannya."
"Saya membebaskannya?"
Tubuh Luo Qiqi tersentak akibat terkejut dan perasaan menyesal muncul pada wajahnya.
Memang betul.
Ia hanya selepas dia menekan sejenis mekanisma tertentu barulah tangan besar itu muncul.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com