Ning Xi duduk dikelilingi oleh game console, majalah dan makanan ringan. Dia kelihatan seperti seekor haiwan peliharaan yang sedang menunggu tuannya pulang ke rumah...
Tidak lama kemudian, Cheng Feng, Shi Xiao, Xiong Zhi dan beberapa orang yang lain berjalan melepasinya.
Beberapa orang di antara mereka yang tidak pernah berjumpa dengan Ning Xi sebelum ini terkejut melihat ada seorang gadis yang begitu comel sedang duduk di ruang tamu. Shi Xiao dan Xiong Zhi mencebik bibir melihat gadis itu duduk di sofa sambil membaca majalah dengan begitu patuh...
Ning Xi tidak terasa seperti ingin bersenang-lenang sekarang, jadi dia mengerling ke arah Lu Tingxiao dan mendapati bahawa lelaki itu sedang khusyuk dengan perbincangannya. Dia cepat-cepat menghantar sebuah pesanan kepada seseorang: [Yun, tak guna!!!!!!!]
Dia meletakkan tanda seru yang banyak untuk melampiaskan kemarahannya.
Sebuah jawapan balas masuk dengan cepat.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com