Keesokan hari di Istana Platinum.
Ning Xi membawa Tang Lang ke rumah Lu Tingxiao pada awal pagi. Apabila mereka sampai di depan pintu, mereka nampak yang Si Cilik sudah pun menunggu mereka.
Sebaik sahaja Ning Xi melihat Si Cilik, dia terus terlupa tentang Tang Lang dan berlari ke arah Si Cilik sambil mendepangkan tangannya. "Ah, Si Cilik, sayang saya! Saya betul-betul rindukan kamu! Cepatlah cium saya!"
Mata Si Cilik bersinar seperti matahari pagi sambil berlari dan mencium pipi Ning Xi. Ning Xi pun mencium Si Cilik semula dengan gembira.
Di tepi mereka, Tang Lang memandang ke arah patung kecil yang comel di depannya dan tergamam. "Ya tuhan! Ni ke anak Lu Tingxiao? Comelnya dia! Ni tak logik! Tak hairanlah dia culik kamu juga!"
Ning Xi menjeling ke arah Tang Lang yang terkejut. "Syarat pertama jadi guru ialah jangan bercakap kasar."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com