Kenapa Xiao Xi Xi cium abang saya? Aaaaaah! Tak, Tak! Itu tak penting!
Yang paling penting, nampaknya Xiao Xi Xi yang ambil inisiatif dulu!
Mungkin abangnya jadi terlalu cemburu dan mencium Ning Xi, tapi daripada situasi tadi ia tak logik!
Selepas Ning Xi lepaskan bibir Lu Tingxiao, dia melihat ke arah Xi Shiqing. Kemudian, dia memandang Lu Tingxiao dengan mata yang bersinar seperti taburan bintang di langit. Dia menyengetkan kepalanya dan mengusik Lu Tingxiao, "Cemburu ke?"
Ia betul-betul nada seorang wanita yang mengusik teman lelakinya…
Lu Tingxiao masih tergamam sambil memandang Ning Xi. Ning Xi tersenyum dan terus berkata, "Kan saya dah kata yang saya sukakan kamu!"
Sebaik sahaja Lu Jingli dengar kata-kata Ning Xi, dia jadi makin keliru dengan plot itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com