Ning Xi menunggu dengan cemas sambil memetik daun-daun pokok di taman secara separa sedar. Lama-kelamaan, pokok itu mula menjadi botak tidak berdaun.
"Cik Xiao Xi, jemput minum jus buah ni!" Wan Wan menyediakan segelas jus bersama sedulang kuih-muih yang enak.
"Terima kasih!" Ning Xi meneguk jus itu sehingga separuh gelas dan bertanya dengan perasaan kurang sabar, "Wan Wan, kamu dah tolong saya tengok kenapa pelayan Yuan tak balik ke sini lagi?"
Wan Wan tidak pandai berbohong, tapi dia masih cuba sedaya upaya untuk senyum. Dia memujuk Ning Xi dengan tenang, "Cik Xiao Xi, tolong tunggu sebentar saja lagi! Tak lama lagi dia akan kembali!"
"Okey..." Ning Xi mengerling jam yang tertera di telefon bimbitnya dan membuat keputusan untuk menunggu lima minit lagi. Kalau pelayan Yuan masih muncul selepas itu, Ning Xi terpaksa pergi.
Entah kenapa dia berasa semakin tidak sedap hati...
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com